“Rindu dengan tweet Permaisuri Agong”. Ramai luah rasa sedlh Tunku Azizah nyahaktif Twitter,


KEMUNCULAN Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Twitter ternyata menjadi fenomena dalam kalangan netizen.

Malah, apa sahaja yang dikongsi oleh baginda, ia pasti menjadi perhatian ramai.

Namun, pelayar laman sosial itu ternyata gempar apabila akaun rasmi milik baginda, @cheminahsayang didapati ‘hilang’ dari radar Twitter.

Akaun yang memiliki lebih 235,000 pengikut itu dipercayai sudah dinyahaktif pada Rabu.

Dalam pada itu, berita tersebut turut mengundang hiba dalam kalangan netizen dan pengikut baginda khususnya.

Rata-rata mereka meluahkan rasa sedlh, tidak kurang mengkritik beberapa individu yang sebelum ini kelihatan lantang mempersoalkan perkongsian baginda menerusi Twitter.

Permaisuri Agong kesayangan kita @cheminahsayang sudah nyahaktifkan Twitter dia. Hilanglah keserian tiap hariku membaca tweet Baginda.
NETIZEN

Ia susulan tweet tular beberapa individu yang mengakui rimas apabila baginda berkongsi aktviti harian dan rajin berinteraksi dengan netizen.

“Mari mulakan pagi anda dengan aktiviti berfaedah,” tulis seorang lelaki dengan menyertakan paparan skrin bahawa dia sudah menyekat akaun milik baginda.

Komen-komen di posting tersebut turut bernada serupa apabila ada yang mengakui rimas dengan hal itu.

Tweet biadab beberapa individu di Twitter.

“Haha samalah. I dah unfollow. Rimas pulak,” tulis seorang wanita di ruangan balas.

“Same, tetiba nak rancak bila masuk istana. PR move sangat,” jawab seorang lagi individu di posting itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca sebenar tindakan baginda menyahaktifkan akaun Twitter berkenaan.

Berikut antara komen netizen di Twitter yang masih bersedlh dengan ‘kehilangan’ baginda di laman Twitter.

Antara luahan netizen di Twitter.

“Permaisuri Agong kesayangan kita @cheminahsayang sudah nyahaktifkan Twitter dia. Hilanglah keserian tiap hariku membaca tweet baginda.

“Rindu dengan tweet Permaisuri Agong @cheminahsayang . Baru rasa nak dekat, tapi dah jadi camni.

“Tak tahu kenapa tapi bila tuanku @cheminahsayang tak active dekat Twitter rasa sunyi pula twitter ni. Dengan gurauan manja, cara layan rakyat. Alaaa rindu,” tulis beberapa individu.

mstar