Tak lena aku nak tidur sebaik tahu hal ini. “Bila tanya mak mana dia jawap” “Mak kat pnjara.”


“Mak kat mana?” “Mak kat pnjara.”

Allahu. Tak lena aku nak tidur sebaik tahu hal ini sebentar tadi. Betapa diluar sana masih ada ibu terpaksa mencuri hanya untuk sesuap nasi.Bila kes begini berlaku, tidak ada guna lagi menuding jari. Tak perlu nak salahkan ibu, kerana ibu mana yang sanggup biarkan anak kelaparan.

Tak perlu nak salahkan pihak polis, kerana negara mana-mana pun ada undang-undang. Bahkan pihak polis sangat baik hati kerana bantu ambil anak di sekolah dan beri pula makan.Cuma sedikit kesal dengan tindakan pihak pasaraya yang meneruskan kes walau dah diterangkan si ibu ini adalah asnaf. Patut boleh bawa bincang. Dah ada pihak yang nak bayarkan pun jumlah kerugian.

Mencuri kali ini bukan kerana tabiat. Bukan sebab suka-suka. Tapi keadaan tersepit yang memaksa.Kemiskinan bukanlah tiket yang membolehkan seseorang itu mencuri. Bukan. Bukan kita menggalakkan orang miskin dan asnaf mencuri.Mencuri tetap salah disisi undang-undang dan agama itu sendiri.

Namun ada masa dan situasi, kena bertolak ansur dan bertimbang rasa.Kita semua sebagai masyarakat, sebagai insan perlu peka kepada orang sekeliling kita.Entahlah. Aku kehilangan kata-kata.Terima kasih kepada mereka yang terlibat sedaya upaya membantu keluarga ini.Semoga kes ini diselesaikan dengan cepat. Si ibu dapat keluar lokap dengan segera dan bertemu anak-anak yang menanti penuh rindu dan sayu di rumah.

#DanaKITA
#MFS

 

Dari Wall Mohd Zulhairi Zainol

Sabar la nak,..ibumu tiada malam nie”memang salah cara ibumu lakukan”..tetapi ibumu lakukan kerana hendak bagi kamu makan ”…esok ibumu akan dihadapkan di mahkamah untuk sebutan kes tadi ( mencuri ayam mentah dll RM72.90 )

Kami yg jauhan ini berdoa akan dipermudahkan,..esok wakil hery puan aida akan maklumkan untuk kos ikat jamin”….salah tetap salah tetap tetapi akan tiada sedikit pon rasa bertolak ansur pada mereka..terima kasih pihak balai polis seri iskandar kerana bantu ambik anaknya di sekolah dan memberi makanan di balai tadi”…kami hargai..

#sedih

Dari Wall Rohaidatul Asma

Assalamualaikum..maaf semua bru smpat mencelah… beliau seorg ibu tunggal ank 3..beliau hnya bekerja amik upah mengasuh ank cikgu dgn bayran rm500 utk 2org..beliau adalah seorg asnaf yg pnh sy bntu dan amal team bntu seblm2 ni…dia nk kerja x blh sbb ank2 kecik lg dan di ceraikan tnpa sebrg nafkah dr suami..

Hari ni jam. 1.05 tghari dia col sy mntk dtg ke tesco sbb di tertgkap kerana mencuri..sedikit ayam dan daging..sy mklumkan pada tuan Mohd Zulhairi Zainol apa perlu sy buat utk kes mcm ni memndangkan suspek adalah asnaf yg pnh amal team bantu..tuan hery kata BANTU..sy berhbung dgn manager tesco tya berapa kos yg dicuri dan sy mhon kerjasama ats budi bicara rasa kemanusiaan utk selesai diluar tnpa perlu bawa ke balai polis…tp manager tesco tersebut ttp berkeras nk bawak ke balai…sy pun akur dan cb berhbung dgn balai utk tahu apa tindakan ats ibu tunggal ni..

Sy smpai di balai sy merayu lg pd manager dan gurd tesco tu..sy cerita sedikit latar belkang ibu tunggal harapan agar dua hamba allah tu simpati…dan pihak polis pun mencdgkan benda yg sama pd pihak tesco agar selesai di luar..bkn mksud polis menyebelahi pesalah tp ats rasa kemanusian dan brg yg di curi adalah makanan utk anak2..manager tesco lelaki melayu bgtau saya,saya kena jumpa seorg lg manager lelaki india…saya pn pergi jumpa dan dr awal sembang manager india tersebut berjanji akan cb cr jln dan selesaikan kes ni..katanya dia akn update saya..

Tgu punya tgu smpai mlm tak dak jawapan..dan pihak polis col sy bgtau pihak tesco tetap mahu meneruskan kes..dan ibu tunggal ini di reman..saya mntk maaf pd semua saya,hery dan sahabat2 lain dh berusaha minta belas kasihan pihak tesco..bkn la kita nk menyokong tindakkan ibu tunggal tersebut..tp kita tahu dia ssh,dan buat kerja mcm2,bt kuih letak kedai,amik upah masak bkn nya tak berusaha..tapi kerana ank2 kecil seorg ibu sgup bt apa saja..saya pun bru blk antar mkanan pd anak2 beliau..bila tya mak mana dia jawap “mak kt pnjara”…

Terima kasih sgt2 bt semua pegawai dan anggota balai polis seri iskandar kerana memberi kerjsama yg baik..doakan yg baik2 semua.

Komen Net1zen:

Zaililah Yusri Doakan ibu yg tertangkap ditesco Sri Iskandar dipermudahkan urusannya.
Anak2 menanti di rumah

Azlini Abdullah Keciannye…. ank2 dia msti lapar tggu mk dia kan… sbb 2 la mk dia mncuri… agknye nk mintak ngn jiran dh malu sgt… xtau la nk kata… bukan nk sokong perbuatan si emak.. tp biar la ade budi bicara cket… lgpun dh ade pihak yg nk tlg gnti kerugian y ntah berapa je…. kciannye… yg mne pnh rse susah tau la….

Mai Rich Berries Ya Allah semoga kerajaan tidak zalim, bukan melihat itu sebagai kesalahan. Banyak kes tesco begini..mengikut rules yang tidak berperikemanusiaan. Tabung CSR diperlukan ada untuk setiap syarikat sepatutnya. Kes2 begini boleh di masukkan di dalam tabung CSR mereka. Ummah jom berganding bahu bantu mereka yang tak berkemampuan

Noorhaziah Ibrahim kita bkn galakkan org mencuri tp bila berlaku kene tgk kenapa.selain dr tesco yg disekeliling wanita ini buat apa? kenapa x bantu untuk ringankan bebannya.masalah kita 1 je.tak pernah nak menyantun tetangga kita.

Ribuan Komen Dari Net1zen kepada Tesco Malaysia

Dear Tesco Malaysia, are you aware on the case at Tesco Sri Iskandar? Yes, agreed on the wrongdoing. However, I do believe there’s other better solutions as your company always involved in CSR activities nationwide. Kindly re-consider this case. Thank you.
#TescoMalaysia

Semoga Kedua Dua Pihak Dapat mencapai Kata sepakat dan diharapkan Pihak Tesco bertolak ansur demi setitis nilai Kemanusian.