Dayang Nurfaizah tak tutup peluang lelaki lain,selagi tiada pengumuman kahwin, selagi itu boleh kenal


BIARPUN mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan penyanyi Hael Husaini namun Dayang Nurfaizah masih membuka peluang kepada mana-mana lelaki untuk mendekatinya.

Bagi Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, peluang tersebut sentiasa terbuka selagi dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya bakal berkahwin.

“Saya akui memang hubungan saya dengan Hael sangat rapat dan saya selesa bersama dengan dia. Tapi kami tidak ada hubungan istimewa tapi hanya sahabat baik.

Peminat suka melihat hubungan rapat Dayang dan Hael.

“Jadi jangan takut untuk dekati saya, bukannya saya makan orang pun. Selagi saya tak cakap esok nak kahwin, selagi itu masih boleh lagi untuk mana-mana lelaki nak kenal dengan saya,” kata Dayang kepada mStar.

Dayang ditemui ketika Konsert Karisma Jelajah Suria 2019 yang diadakan di Central I City Mall, Shah Alam, pada Sabtu.

Hubungan rapat Dayang dan Hael itu mula menjadi perhatian netizen semenjak mereka bekerjasama menerusi lagu Haram dan kerap memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.

Rata-rata netizen suka melihat keakraban Dayang dan Hael dan ada juga segelintir mereka yang mahu melihat mereka berdua menjadi pasangan kekasih.

Dayang Nurfaizah.

Sebelum ini, kedua-duanya pernah menjelaskan hubungan mereka sememangnya rapat dan buat masa kini selesa bekerjasama hanya sebagai sahabat baik serta rakan duet.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sebentar ini memberitahu dia tidak dapat menjangka hubungan mereka di masa hadapan dan mengharapkan peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.

Menurut Dayang, dia secara peribadi selesa disamping Hael dan mengakui mereka saling melengkapi di atas pentas dan kerjasama dalam nyanyian.

“Seperti yang saya akui memang kami rapat dan sekarang ini saya selesa dengan dia sebagai rakan duet tapi untuk di masa hadapan itu tak tahu la kan. Doa saja yang baik-baik.

“Sejujurnya Hael selalu buat saya senang dan selain muzik, bila berborak kosong dengan dia pun rasa seronok. Boleh dikatakan kami saling melengkapi atas pentas dan menyanyi,” ujarnya.

mstar