Air Kencing, Batu, Suar Dan Objek Besi Jadi Makanan Penyokong Malaysia Di Gelora Bung Karno


Selesai perlawanan Malaysia menentang Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno, suanasa di sana terus bertukar menjadi teg4ang.

Gauman Harimau Malaya yang patutnya dirai menjadi sebaliknya apabila penyokong Malaysia dikumpulkan dalam satu tempat untuk mengelakkan sebarang keja4dian tidak diingini dari terjadi.

Turut berada di sana, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga ada berkongsi situasi di dalam stadium melalui ciapan di laman twitternya.

Tambanhnya lagi, terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba mere mpuh kawasan penyokong Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Menurutnya, saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.

Gangst erism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.

Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang.

Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.


Kami mohon maaf daripada pihak Indonesia
Sementara itu, kenyataan tersebut dibalas dengan permohonan maaf daripada rata-rata rakyat Indonesia yang turut kecewa dengan sikap buruk yang ditunjukkan oleh bangsa mereka.


Maaf pak menteri, kelakuan mereka sungguh memalukan

Seperti medan perang! Itu definisi yang boleh diungkapkan situasi di Stadium Bung Karno Jakarta malam semalam. Kekecohan yang tercetus semasa perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia dan Indonesia berentap dalam kelayakkan Piala Dunia 2022.
Macam medan per4ang!
Perlawanan terpaksa dihentikan kerana penyokong Garuda telah mulai bertindak agresif dengan menyerang bangku penyokong Malaysia.



Air kencing dari pelbagai arah
Pelbagai objek keras dibaling kepada rakyat Malaysia sehinggakan ada individu tercedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Lebih menjijikkan, ada sebahagian daripada penyokong Indonesia bertindak membaling botol mineral berisi air kencing.

Menerusi posting yang terdapat di Twitter, para penyokong Malaysia yang berada disana telah memuat naik gambar botol-botol yang berisi air kencing yang dibaling oleh penyokong tempatan.

 


Menjijikkan sangat!


Tolong terima kekalahan tu
Sehubungan dengan itu, posting tersebut telah dihujani dengan komen dari netizen yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh penyokong pasukan seberang.

Ketidakmatangan sesetengah daripada mereka dalam menyaksikan perlawanan bola sepak  benar-benar memberi persepsi yang buruk terhadap penyokong sukan Indonesia.


Lepas ni pergi stadium pakai baju hujan

 


Bukan salah negara, salah manusia tak berotak!

 

Sumber: Syed Saddiq , SC Barai