Pengorbanan seorang ayah, gigih angkat barang semasa daftar anak masuk U buat hati tersentuh


Baru-baru ini, foto sekitar pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar di Universiti Sains Malaysia (USM) mula mendapat perhatian para netizen. Tiada apa yang diharapkan oleh kedua ibu bapa, selain mahu melihat zuriat mereka berjaya dalam kehidupan. Justeru, biar susah sekali pun, mereka tetap berusaha mencari rezeki untuk memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak.
Raut wajah penuh harapan…
Foto-foto tersebut, memaparkan sebilangan ibu dan bapa sedang mengangkat barangan anak mereka masing-masing, ketika proses pendaftaran.


Penat jadi nombor dua, yang penting kebajikan anak2 lengkap


Senyuma gembira tengok anak berjaya ke menara gading

Kesemua foto tersebut, nyata telah menyentuh perasaan para netizen, kerana dapat dilihat daripada raut wajah ayah dan ibu walaupun kelihatan penat, namun ada sinar harapan di mata mereka untuk melihat anak-anak berjaya menggulung ijazah.

Semoga, kesemua pelajar ini mampu memberikan yang terbaik dalam pelajaran supaya dalam membalas semula jasa kedua ibu dan bapa yang sudah bertungkus lumus mencari rezeki buat mereka.

Sumber : Penang Kini