Tangan glgll Disentuh Nadzmi  buat pertama kali, Ardell Aryana menitis air mata.


Tiada angin tiada rlbut, pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat disatukan sebagai suami isteri di kediaman keluarga aktres itu petang tadi.

SELEPAS lapan tahun berkenalan, pelakon Nadzmi Adhwa selamat bernikah dengan pasangannya yang juga pelakon, Ardell Aryana pada jam 5.31 petang hari ini di kediaman Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Muttaqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin dengan sekali lafaz.

Mula rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015, Nadzmi menyerahkan dua dulang hantaran dan senaskhah al-Quran dibalas dua oleh Ardell.

Cantik dalam persalinan berona putih, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin menerima mas kahwin RM300.
Majlis turut dihadiri kira-kira 500 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara dan teman rapat pasangan pengantin.

“Alhamdulillah saya bersyukur segala yang dirancang berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan hanya dalam tempoh dua bulan saja.

“Selama ini ramai yang mendoakan jodoh kami dan doa mereka dimakbulkan. Saya juga tidak menyangka jodoh kami kuat sehingga masing-masing bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” kata Ardell.

Ardell juga dilihat menangis terharu saat mendengar ucapan daripada ibu tercinta, Sambian Din pada majlis pernikahannya.

Pasangan berkenaan tidak mengadakan majlis pertunangan, tetapi hanya majlis khatam al-Quran yang dianjurkan oleh keluarga Nadzmi pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Nadzmi menyifatkan Ardell adalah anugerah dan insan yang sangat istimewa pada dirinya.

“Pada saya, dia insan terbaik pernah saya kenal dan dia adalah wanita yang kuat serta sangat luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan belum merancang destinasi bulan madu dan majlis resepsi juga belum ditetapkan tarikh.

Menurut Nadzmi, mereka tidak mengadakan majlis pertunangan sebaliknya hanya menganjurkan majlis khatam al-Quran di rumah keluarganya Jumaat lalu.


“Naskhah al-Quran yang sama, selepas khatam dan difahami tafsir dan maksudnya, diserahkan kembali pada hari pernikahan ini,” kata aktor berusia 27 tahun itu.

Nadzmi berkata, dia dan Ardell kenal sejak lapan tahun lalu namun hubungan mereka bertambah erat kira-kira empat tahun lalu selepas berlakon menerusi drama Namaku Bedah.


“Selama ini, kami selesa menggunakan istilah sahabat. Ketika itu, kalau ada jodoh, adalah. Selama ini pun, kami tak menolak andai ditakdirkan ada jodoh.

“Ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya dimakbul dan dipermudahkan doa peminat dan pengikut Instagram.
Ternyata jodoh kuat antara kami selepas masing-masing bersedia melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.

Tambah Nadzmi, dia menyifatkan isterinya yang berusia 29 tahun itu sebagai insan istimewa yang pernah hadir dalam hidupnya.

“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola sepak dan futsal.


gambar sekitar majlis nikah Ardell & Nadzmi
Kemeriahan penyatuan dua hati antara pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana masih menjadi bualan hangat di laman media sosial.

Majlis perkahwinan pasangan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Ardell petang tadi di Seri Kembangan, Selangor.

Difahamkan kira-kira 500 tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kenalan rapat dan rakan media.

Berikut antara posting di sekitar majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu yang dikongsi orang ramai di Instagram berserta tanda pagar #adhwaardell.

Terdahulu, pasangan itu sering diusik peminat mereka supaya berkahwin kerana kelihatan sama cantik dan sama padan setelah mengenali antara satu sama lain sejak lapan tahun lalu.

“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum. Ardell kerja kuat untuk memberi kesenangan kepada keluarga,” katanya.

Terdahulu, mereka mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 dan mula rapat kira-kira empat tahun lalu selepas berlakon bersama dalam satu drama.

sumber : jaydeesm dan Hmetro