Dulu ayah saya seorang Tukang Sapu tapi Sekarang… Jawapan Anak kecil ini buat Paknil dan Penonton menitis airmata


Baru-baru ini, Pak Nil telah berkongsi satu video di IG, memaparkan dia sedang memberi motivasi kepada kanak-kanak sekolah dalam siri jelajah Ikon Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di Sabah.

Aznil dilantik sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke-21

Aznil yang berusia 57 tahun berkongsi watikah pelantikan itu di laman Instagram miliknya berserta ucapan penghargaan terhadap pengiktirafan ber­kenaan.“Inilah watikah pelantikan saya sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke-21 oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

“Terima kasih kepada pejuang-pejuang Yayasan Pesona. Tugas baharu kita telah bermula. Anak-anak Pak Nil nantikan kemunculan saya di sekolah anak-anak,” tulisnya di laman Instagramnya semalam.Aznil yang mesra di sapa sebagai Pak Nil juga merupakan pengasas Yayasan Pesona dan berperanan melahirkan generasi yang bijak menyuarakan pendapat secara beretika dan tatasusila menerusi pelantikan tersebut.
Mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang pengacaraan, Aznil turut melepaskan jawatan tetap sebagai Naib Presiden Pengurusan Bakat Ona Air Astro pada 31 Disember tahun lalu demi me­numpukan perhatian terhadap Yaya­san Pesona.Yayasan Pesona telah dilancarkan secara rasmi pada 28 Februari lalu dengan slogan ‘Suara Kita’ yang melambangkan ge­nerasi muda yang berani melontarkan pandangan.

Kisah di  sebalik siri jelajah Ikon Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di Sabah.

Setiap manusia di dunia ini lahir dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Buat pengacara terkenal, Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, diberi peluang untuk melihat sisi kehidupan insan-insan lain.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah ketika pengacara itu beramah mesra dengan salah seorang pelajar bernama Rahmat bin Musli. Pada awalnya, kanak-kanak diminta untuk membuat persembahan nyanyian.

Selasai persembahan, Pak Nil telah menanyakan beberapa soalan mengenai bapa kanak-kanak itu, namun apa yang didengar pengacara itu cukup meruntun jiwa.

“Ayah seorang tukang sapu Pak Nil…ayah sudah mningggal Pak Nil…”

Ditanya mengenai apakah pekerjaan ayahnya, Rahmat menjawab bahawa bapanya hanyalah seorang tukang sapu. Tetapi selepas ditanya sama ada bapanya masih ada, dengan nada pilu dia menjawa ayah sudah mningggal dunia.

Tanam semangat luar biasa…
Bagi Pak Nil, satu anugerah buatnya apabila diberi peluang untuk melihat dan mendekati anak-anak yang tidak bernasib baik dengan pelbagai latar belakang.

Menurutnya, Pak Nil mahu anak-anak ini tidak hidup di dalam kesedihan dan bangkit untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.

 

Video ini menceritakan perjalanan #paknil di setiap tempat singgahan Paknil

Kalau dah sekali melangkah, Paknil akan kuatkan diri untuk menyelesaikan misi.
Bukan mudah, tapi disebabkan kesungguhan, dan doa dari kalian, perkara mustahil pun boleh berlaku.
#JelajahPAK21 #PAK21

Tak sedar air mata mengalir
Cukup meruntun jiwa, melihat ketabahan dan keikhlasan pada wajah adik Rahmat ini, tatkala memberitahu bahawa ayah sudah mningggal dunia, cukup mengundang hiba.


Sebak saya tengok video ni

Tabahnya adik ini…

Satu ucapan tahniah buat Pak Nil, kerana berjaya memupuk satu semangat dengan kata-kata dan ucapan yang membina semula semangat anak-anak ini, untuk percaya pada kebolehan diri sendiri.

Sumber : Datuk Aznil Haji Nawawi