Foto Baby Bump Nina Iskandar tarik perhatian


Seperti yang kita tahu, Nina Iskandar telah melangsung perkahwinannya dengan seorang penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu dan bersanding pada awal bulan Ogos baru-baru ini. Hari ini, Nina berkongsi berita gembira di ruangan instagram miliknya tentang kehamilannya. Katanya, Dia dan suaminya akhirnya mengambil keputusan untuk mengumumkan tentang kehamilan ini kepada umum.

Bismillahirrahmirrahim.
Time has flown pretty fast and so many things have happened in my life within such a short period of time. Overwhelming surprises – but only blessing after blessing.

Syukur Alhamdulillah, My Husband and I are happy to finally announce to the public that we have a little one on the way. Terima kasih atas semua doa kalian. Jumuah Mubarakah.

Makin berseri seri Nina. Kami mendoakan agar semua di permudahkan. Rata rata netizen mengucapkan tahniah.

Sebelum itu, Selepas empat bulan diijab kabul pelakon Nina Iskandar dan suami penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah melangsungkan majlis resepsi pada Ahad.

Menurut kenyataan pihak pengurusannya MIG Metrowealth, pasaangan itu berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

“Jadual penggambaran yang padat sehingga menyebabkan majlis resepsi ini diadakan pada bulan ini,” ujarnya wakil pengurusan.

Majlis tersebut berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan artis seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat dan Sissy Iman.

Terdahulu, pelakon ini berkongsi beberapa keping foto kad undangan perkahwinan yang telah diagihkan kepada kenalan rapat di laman Instagram miliknya pada pagi Ahad.

Nina dikatakan mengenali lelaki berkenaan ketika terlibat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi yang diarahkan oleh Heykal Hanifah.

Pada Mac lalu, aktres berasal dari Brunei itu mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga pengarah berkenaan.

Susulan itu, Nina mengadakan sebuah sidang media khas menafikan perkara berkenaan dan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Lan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pramugari dan bercrai pada Februari lalu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : Ig Ninaiskandar/mstar