Mujur takde orang nampak’ – Pemandu Saga W6137E langgar Viva sampai terbalik, lari dari tempat kejadian


Kegopohan seorang pemandu Proton Saga keluar dari persimpangan menyebabkan sebuah kereta yang lain mengalami kemalangan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.28 pagi semalam di lokasi yang tidak dinyatakan, kereta Perodua Viva terbalik setelah dilanggar oleh kereta suspek.

Suspek tidak berhenti dan meneruskan perjalanannya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera papan pemuka yang berada di belakang Proton Saga terbabit.

Tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan m4angsa, namun di media sosial netizen mengecam pemandu Saga terbabit yang tidak bertanggungjawab.

Rausyan Safwan Ni kalau myvi ni dah berbakul kena kecam myvi. Haha. Video ni dah membuktikan myvi tak bersalah. Yang bersalah pemandu malaysia ni yang macam ambik lesen terbang, basic memandu pun xlepas .

Steward Mathias W6137E Saga FLX Silver nombor plate clear video sudah ada mana mau lari

Nazrul Imran Nombor plate clear gler! Hahaha..masuk jel la ko

Mohd Ridhwan Abdul Mutalib Kejadian ni rasanya dekat bandar utama, Simpang berdekatan masjid dan sjkc puay chai

احماد نايف حاكيمي محمد Lama sgt tgu nk keluar simpang saga tu.semua jln laju² x nak bg laluan.itu la makan dia.

Norazman Yahya Trafic light pun xde kurang² letak la bonggol jalan sibuk mcm ni sape kisah petak kuning tu masing²pentingkan diri

Mohd Faizul drebar saga tensen sgt tu, lama nunggu……semua laju x bagi laluan…..

Kai Meri Ini membuktikan proton saga memang kereta kebal.

Muhammad Azam Ini lah yg dikatakan beruk keluar simpang..eh jauh lagi tu…

Din JB Klau terus g balai selamat la ko..hahaha

Mohd Nor Shafiq Apa benda siak terus bla kalau ko takut sekali pun tanggungjawab la sikit aduh 

Sumber: PanduLaju