Luahan Staf Kosmo Sedih, Dakwa Hari Ini Hari Terakhir Akhbar Itu ‘Bernafas’. Doakan Aku Dapat Kerja Baru Ya


Kalau mendung hitam sudah di atas kepala, Jangan larang hujan turun ke bumi, Kalau angin bertiup dengan kencangnya, Jangan larang daun-daun kering berguguran, Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku, Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu. (D. Zawawi Imran)

Kecintaannya dalam bidang penulisan justeru membulatkan tekadnya untuk menjadi seorang wartawan di sebuah syarikat di ibu negara. Akhbar Kosmo tempat dia mencorakkan tinta kali pertama sejak bergraduasi dan sudah hampir lima tahun dia berkhidmat di sana.

Sebuah akhbar terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang lebih bercorak santai di mana pelancarannya telah dirasmikan pada 30 Ogos 2004 lalu oleh Perdana Menteri Keempat Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Salah seorang wartawan akhbar Kosmo yang juga dibawah naungan Utusan Melayu Berhad, Ameen Azizul meluahkan rasa sedihnya apabila mendapat berita syarikat yang beliau berkhidmat bakal ditutup.

Katanya sewaktu dihubungi Siakap Keli, syarikatnya itu ada menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) pada hujung tahun lepas, ada segelintir dari rakan sekerja telah menerimanya dan mencari kerja lain.

“Semalam bos kami panggil meeting and katanya paper last esok. Maknanya, kami last day kerja harini. My farewell untuk kesayanganku Utusan Melayu. Siapa yang baca ni korang doakan aku dapat kerja baru ya, doakan aku tau.”

Dia ada juga memuatnaik ciapan di laman twitternya untuk berkongsi perasaannya. Luahnya:

Siapa sangka, begini pengakhirannya. Kerja pertamaku, aku bertahan sampai tamat perjuanganmu. Aku jual semua hartaku untuk bertahan dalam fasa perit ini. Dijanjikan cahaya namun gelap gelita nampaknya. 
Hari ini 20 Ogos, hari terakhir jumpa rakan Utusan Melayu dan Kosmo. Hari jadi yang sepatutnya ceria, bakal bertemu suram seketika.
Ciapan tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata memberi sokongan dan mendoakan yang urusannya sentiasa dipermudahkan.
InsyaAllah ada rezeki lain yang lebih baik Allah nak bagi

Gunakan kemahiran serta potensi tu di tempat lain

 
Moga segalanya dipermudahkan

 
Jangan putus asa, moga terus dikurniakan rezeki

Selamat hari lahir, Insyallah ada peluang lebih baik

Ameen Azizul juga pernah memenangi anugerah Dokumentari Video Terbaik bersama 4 lagi wartawan dan jurukamera lain sempena Malam Wartawan Malaysia 2018.

Sumber: Ameen Azizul