Intan Najuwa dituduh mata duitan tapi dia tegaskan “Cinta sejati bukan berdasarkan duit” 


BERITA pertunangan pelakon Intan Najuwa dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Kedah, Razrul Anwar Rusli, 38, yang berlangsung pada Ahad lalu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas pertunangan pasangan itu yang diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru namun ada juga segelintir mereka yang beranggapan Intan, 22, memilih usahawan itu disebabkan harta.

Bagaimanapun, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menegaskan cinta mereka bukan berdasarkan duit tetapi kehadiran lelaki itu memberikan inspirasi untuk dirinya menjadi lebih baik


The man beside me, made me who I am today. His presence in my life inspires me to be better everyday. He’s such a lovely, caring, understanding & supportive person. Well, I’ve received so many comments today. Money? Let me tell you, real love is not based on that. It is based on respect, compromise, care & trust. Never ever judge anyone  Only you @ezurazz , family & friends knows me  Thank you for all the wishes.

Sikap matang dan memahami membuatkan Intan menerima lamaran kekasihnya.

“Lelaki di sebelah saya, menjadikan diri saya hari ini. Kehadiran dia dalam hidup saya memberikan inspirasi untuk saya menjadi lebih baik setiap hari.

“Dia seorang yang sangat penyayang, memahami dan sentiasa menyokong. Jadi, saya ada terima banyak komen hari ini. Duit? Biar saya beritahu anda, cinta sejati bukan berdasarkan perkara itu.

“Ia berdasarkan hormat, kompromi, penjagaan dan kepercayaan. Jangan pernah menghukum seseorang. Hanya awak @ezurazz, keluarga dan rakan sahaja mengenali saya,” kata Intan.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini mendedahkan perkara itu selepas menerima komen negatif menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Intan belum tetapkan tarikh perkahwinannya.

Intan dan pasangannya mengadakan majlis pertunangan tersebut pada 18 Ogos lalu bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-22 dan dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Intan memberitahu jarak perbezaan usia 16 tahun tidak menjadi halangan kepadanya untuk memilih pemuda itu sebagai pasangan hidupnya.

Malah menurut pelakon drama Tuan Danial ini, dia menerima lamaran kekasihnya disebabkan sikap matang dan memahami pemuda itu.

Dalam pada itu, Intan memberitahu mereka belum menetapkan sebarang tarikh untuk melangsungkan majlis pernikahan disebabkan jadual kerja yang sangat padat.

Komen Netizen:

tyrakmrzmn :I’m so happy for you sayang. Ignore what they have to say about you. As long as you’re happy and you know what’s best for you

ekaazahidin : I can see how excited you were masa baru settle makeup haritu. Haha. Don’t bother mulut mulut puaka semua tu. As long as you’re happy, that’s what matters the most  Happy Engagement Day syg!

fatinafeefa : age is just a number! she’s happy with her choice and she’s not doing anything wrong. bad mouthing her will not make you any richer, though

afif_yatid82: u look so happy. that is what matters. I am sure this guy is gonna make u happy for a lifetime Insya Allah

qaisara_erina : Kahwin ngan laki tua ni lagi bagus dari kahwin ngan laki muda yg tk puas enjoy tahu nk sodap je

mdzulfazli8993: aik..rasanya lepas hbis drama kkasih paksa rela,duk updte pasal lelaki laen..ni bertunang ngn org laen..well said,JODOH..

syafiqirfanzainuddin: Real love not based on money…???apsal xcari org biasa2 jaa yg keja kilang ker..xpon pnjawat awam yg gred biasa2 jaa..hehehe…

noorsurianamohdnasir: Ingat ayah dia td… Bila baca baru tau yg ni tunang dia… Moga kekal.. Tp kan awat tua sangat… Ramai lg yg muda2..

nurul_athirah_mukhtar : ehhh . i kawin dgn lelaki yg umur dgn i beza 8 tahun. takde hal pulak. malah husband i lebih umurnya dr kakak dan abg i . bila kawin dgn lelaki yg lebih berusia dr umur kita , segala hal akan jd lebih matang dan profesional. takde pulak undang undang negara kata xboleh kawin dgn lelaki tua. #netizenn

Sumber : mstar & Intan Najuwa