Selepas DiCari Polis Buat Kerana Andaian dari filem CSI. Zikri Amstrong Mohon Maaf Tuduh Nora Anne Dir0g0l Orang Asli


Semasa sesi sidang media bersama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop petang tadi (15 Ogos 2019), beliau telah menegaskan bahawa tweetyang mengatakan Nora Anne Quoirin telah dir0g0l oleh orang asli merupakan satu dakwaan fitnah.

Sumber: Twitter

Dalam pada itu juga, pihak polis katanya sudah mengenal pasti siapakah pemilik akaun dan sedang menjejakinya.

Tak lama kemudian, lelaki yang dikenali Zikri Amstrong ini katanya telah memadam semua akaun media sosial miliknya dan muncul dengan kenyataan permohonan maaf yang dimuat naik di Twitter. 

“Saya telah menerima banyak ancaman dari tweet tersebut dan saya akur untuk ‘delete’ post tersebut” 

Menurut kenyataan permohonan maaf yang didakwa telah ditulis Zikri, dia memohon maaf kepada orang awam, orang asli seluruh Malaysia dan pihak PDRM serta SKMM atas tweet yang berbaur fitnah tersebut. 

Ini apa yang ditulisnya:

Sumber: Twitter

Zikri menerusi permohonan maaf tersebut juga berkata, disebabkan dia terlalu terjebak dengan drama / filem bersiri CSI, ia telah mendorongnya untuk membuat andaian yang tidak matang tersebut tanpa mengetahui akibat daripada perbuatan tersebut. Haish macam-macamlah! 

 

“Terlambat sudah. Tangkap dan dakwa!” 

Rasanya dah tak ada gunanya lagi permohonan maaf ni sebab rata-rata netizen berpendapat ‘the damage is done’. Apa yang paling penting kini, mereka yang menyebarkan fitnah haruslah berdepan dengan undang-undang dan hukuman daripada pihak polis.

Sumber: Twitter

Dalam pada itu, kenyataan permohonan maaf ini masih tidak dipastikan kesahihannya dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan mengenai kes ini.

Tu lah, lain kali hati-hati bila berkata-kata. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata… buruk padahnya! 
[TERKINI] “Nora Anne Tidak Dir0g0l Orang Asli, Kami Sedang Buru Pengguna Twitter Zikri Armstrong”- Ketua Polis Negeri Sembilan

“Per0g0l Nora Anne adalah orang asli. Police will never find the killer cuz most orang asli still dont have IC or any sort of citizen data. Bet me,”

 

Diatas merupakan posting twitter milik akaun Zikri Armstrong yang mendakwa remaja perempuan Ireland, Nora Anne Quoirin dir0g0l orang asli.

Bagaimanapun posting tersebut telah pun dipadam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata dakwaan tersebut adalah satu fitnah dan pihaknya sedang menjejaki pemilik akaun berkenaan.

Twitter kata nora dir0g0l  org asli adalah xbenar, report dh dibuat dan kita sedang kesan..”

Sebelum ini viral di media sosial mengenai satu ciapan oleh pengguna lelaki menggunakan nama Zikri Armstrong mendakwa remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sebelum ditemui mati selepas 10 hari itu dir0g0l orang asli, lapor Harian Metro.

Dakwaan itu mungkin disebabkan resort tempat penginapan Nora Anne dan keluarganya dekat hutan di Pantai, di Seremban, adalah berdekatan kawasan penempatan Orang Asli.

Selepas 10 hari kehilangannya, mayat Nora Anne ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort berkenaan tanpa pakaian jam 1.57 tengah hari, kelmarin.

Ikuti sidang media Ketua Polis Negeri Sembilan dibawah.