Demi Nak Tanggung 4 Anak, Abang pizza Terpaksa Menagih selepas Isteri Lari


Kisah pen4agih d4adah yang dikongsi seorang lelaki di Twitter baru-baru ini memang lain daripada yang kita selalu dengar. Menurut peguam bernama Farhan itu, suatu ketika dulu ada satu kes di mana seorang lelaki didapati positif da4dah jenis sy4abu.

Tapi, tanpa disangka rupa-rupanya kisah pen4agih itu menyentuh hati ramai netizen lepas diceritakan oleh Farhan.

Bukan hanya perlu menanggung perbelanjaan anak-anaknya. Lelaki itu juga terpaksa menjaga 2 orang kakaknya di rumah yang disewa.

Aku ingat lagi dulu ada satu kes urine. Kantoi sy4abu. Kerja delivery pizza. Anak 4 org. No 1 dgn 2 kembar. Nak daftar darjah 1. Anak no 3 daftar tadika. Anak no 4 dijaga dua org kakak dia. Kakak² dia pun dia jugak yg bela. Duduk rumah sewa.

Sebab dia amik sy4abu antaranya ialah dia nak kejar tripDelivery dari pagi sampai malam.”

Bini dah lari. Sebab dia amik sy4abu antaranya ialah dia nak kejar trip. Delivery dari pagi sampai malam. Nak bagi makan minum anak² dan kakak². Daftar anak sekolah dan tadika.

Duit jamin pun pinjam Ah Long

Bayangkan nak daftar dua orang anak mendaftar sekolah serentak dengan hanya kerja sebagai delivery manKesiannya…

Masa rayuan, aku siap cakap yg antara yuran sekolah paling mahal adalah darjah satu. Bayangkan nak daftar dua org serentak. Kerja delivery pizza je pun. Duit jamin pun pinjam Ah Long.

Selingan:  Masa ni aku ingat lagi Magistrate yg dengar kes ni. Antara yg paling comel kat KL.

Masa buat hujahan, tiba-tiba… Suara aku je bergema. Tiba-tiba dengar kakak kakak dia teresak-esak.”

Moment paling best ialah masa aku tgh buat hujahan, satu court diam. Suara aku je bergema. Tiba² dengar kakak² dia teresak-esak. Lepas tu adalah sesi menangis beramai-ramai kat court.

Antara kes paling emosi, nampak pengorbanan ayah

Ini lah antara kes paling emosi yg aku pernah buat. Bukan apa, kita tgk pengorbanan ayah sehingga sanggup jadi pen4agih semata-mata nak bagi anak² makan.

“Tak semua pen4agih tu bersalah…”

Di pengakhiran tweet Farhan dia sempat berkata,

Tak semua pen4agih tu bersalah. Pen4agih pun manusia jugak. Terutama manusia yg melakukan kesilapan. Siapa kita nak menghukum diorang. Cukuplah sekadar bersyukur kita tak diduga sebegitu rupa.

Terima kasih Farhan atas perkongsian ini. Buat admin berfikir sejenak dan bersyukur… apa pendapat anda?

 sumber: Farhan