Tunku Azizah kongsi Kisah duka menjelang hari pertabalan Agong buat ramai h1ba…. Tapi Nangis pun cantik


MENJELANG Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi perasaannya mengenai hari bersejarah itu.

Jelas Tunku Azizah, baginda berasa amat sebak dan hiba kerana hari penuh bersejarah itu diraikan tanpa kehadiran ayahanda dan bondanya.

“Nampak tak saya tengah menangis sedih. … (kerana) bonda tak ada, Tuanku (ayahanda baginda) tak ada jadi sedihlah.

“Tapi yang sedih sekali, sebak dada kerana saya dan Tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda kita berdua duduk dan bonda kita berdua menggunakan takhta semasa mereka menjadi Agong.

“Dan Tuanku dengan saya akan menggunakan singgahsana itu juga. Itu yang saya sebak. Hiba sungguh kerana ya lah mak bapa kita tak ada, tak dapat nak tengok (Hari Pertabalan),” katanya.

Tunku Azizah berkongsi gambar bonda dan ayahanda baginda di Twitternya.

Reaksi Tunku Azizah dirakam pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim yang juga ‘tukang jahit’ baginda dan suaminya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan ketika video itu diambil Tunku Azizah hadir untuk sesi fitting pakaian bersempena hari bersejarah itu.

Ditanya mengenai harapan baginda menjelang hari bersejarah itu, Tunku Azizah meminta rakyat Malaysia agar mendoakan kesihatan mereka dan berharap majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Tapi yang sedih sekali, sebak dada kerana saya dan Tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda kita berdua duduk dan bonda kita berdua menggunakan takhta semasa mereka menjadi Agong.
TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.

“Doakan saya dan Tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat… dapat menjalankan kerja-kerja kami, tugas-tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong sebaik-baiknya. Berkhidmat kepada rakyat. Doakanlah,” katanya sambil mengesat air mata.

Sejak dimuatnaik pada Jumaat, video itu mendapat 61,952 tanda suka.

Tunku Azizah dan suamninya, Al-Sultan Abdullah.

Rata-rata netizen turut sebak menyaksikan video tu dan menitipkan doa kepada baginda berdua.

“Kami tengok pun sebak. Paling bermakna dalam sejarah Malaysia. Pahang dan Johor bergabung menjadi Agong kali ini. Letop,” tulis Ady.

“Nangis pun cantik. Permaisuri Agong yang pertama yang sangat saya kagumi. Daulat Tuanku. Sejuk mata tengok Tuanku. Putih gebu,” kata Cik Mah.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah berkongsi perasaannya menjelang Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. Min pun sebak tengok reaksi baginda. Semoga dipermudahkan segala urusan baginda berdua.

“Maaf… terdelete, tak sabar nak jadi pengantin baru lagi agaknya!” – Tweet Raja Permaisuri Agong buat ramai terhibur

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali netizen sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat dan ia jelas kerana baginda aktif di media sosial.

Selepas perkongsiaan mengenai durian, terbaharu baginda memuat naik gambar bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitternya.

Gambar Tunku Azizah dan Sultan Abdullah yang memakai pakaian rasmi menjadi tumpuan netizen gara-gara kapsyen mencuit hati baginda.

“Maaf… terdelete kerana tidak check terlebih dahulu sama ada gambar rasmi boleh dishare atau tidak.

“Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya! Selamat Pengantin Baru…” tulis Sultanah Pahang ini.

Posting tersebut mendapat 3,435 ulang kicau dan 8,298 tanda suka sejak dimuat naik pagi Selasa.

Selain itu, Tunku Azizah turut berkongsi gambar perkahwinan diraja dengan Sultan Abdullah.

Dalam ruang komen gambar itu, seorang netizen bertanya kepada Tunku Azizah mengapa tengkolok berubah untuk setiap Yang di-Pertuan Agong.

Menjawab kepada pertanyaan itu, Tunku Azizah berkata setiap Agong akan mempunyai tengkolok masing-masing.

 

Ada juga netizen yang meminta agar Tunku Azizah berkongsi tip kecantikan.

“Terima kasih di atas maklum balas Tuanku. Kami tidak sabar menyaksikan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai ini.

“Juga tidak sabar untuk melihat potret baharu di dinding dan restoran. Kami juga merindui potret rasmi Raja Permaisuri Agong, sudah tiga tahun sejak kami melihatnya buat kali terakhir,” tulis seorang pelayar Twitter.

Bagai pinang dibelah dua. Ni bukan raja sehari, raja setiap hari. Appreciate your social media engagement.
NETIZEN

Bagaimanapun Tuanku Azizah membetulkan tempoh ketiadaan potret Raja Permaisuri Agong yang ditulis netizen itu.

“Dua tahun,” tulis baginda.

Dalam pada itu, seorang netizen turut meminta Tunku Azizah untuk berkongsi tips kecantikannya.

“Tunku Permaisuri minta share skincare routine… cantiknya,” tulis Nur Dalila.

Seorang netizen turut mencelah dengan berkata walaupun baginda berkongsi rutin penjagaan kulit wajahnya dengan kita, sudah tentu kita tak mampu untuk beli produk tersebut.

 

Paparan skrin posting di Twitter.

“Hahahaha. Saya tahu tetapi saya hanya ingin tahu rutin hariannya. Kita tak mampu untuk buat facial spa setiap hari,” kata Nur Dalila.

Sementara itu, ramai netizen turut memuji kecantikan Tunku Azizah dan ketampanan Sultan Abdullah.

 

Foto yang mengimbas memori lama.

“Bagai pinang dibelah dua. Ni bukan raja sehari, raja setiap hari. Appreciate your social media engagement.

At least the rakyat will feel close to the rulers. Daulat Tuanku!,” tulis Fikri Hasyim.

Sultan Abdullah akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Justeru kerajaan mengumumkan tarikh itu sebagai cuti am tambahan bagi seluruh negara.

 

sumber: Mstar