Dik, belajar rajin2 ya…jgn jadi mcm kami.. Nasihat Dari hero yang tidak didendang buat ramai menitis airmata


Jika lalu sahaja lori sampah, tidak hingga lagilah kita menutup hidung daripada bau yang tidak menyenangkan, tetapi cuba bayangkan bagaimana pula dengan petugas yang mengendalikan sampah, pasti mereka sudah biasa dengan keadaan itu.

Walaupun pakaian mereka tidak sehebat anggota bomba atau polis, dan kenderaan mereka selalunya dipenuhi sampah, namun kehadiran mereka setiap kali mengutip sampah sentiasa dinantikan oleh anak-anak Taska Nurul Ilmu.

Tindakan sebegini tidak asing di negara luar seperti Jepun. Mereka mendidik akhlak dan adab kanak-kanak sedari kecil

Menerusi perkongsian di Facebook guru taska tersebut, Puan Eda Ali, setiap hari anak-anak jagaannya itu sentiasa menantikan kehadiran pekerja pembersihan datang mengambil sampah.

Tiba sahaja lori sampah, mereka teruja untuk melihat bagaimana mereka menjalankan tugas sambil melambai-lambai ke arah para pekerja pembersihan.

Menurut guru tersebut, dia mahu memupuk sifat-sifat mulia seperti menghormati pekerjaan orang lain dalam diri setiap anak-anak muridanya.

Semua pelajar kanak-kanak akan menanti sambil memegang secawan air untuk diberi kepada pekerja pemungut sampah. Mereka dididik bahawa pekerjaan apa pun harus dihormati.

Jesteru, pihak taska berkenaan telah membuat aktiviti amal melibatkan anak-anak asuhan disitu untuk menyediakan dan memberi air kepada pekerja pekerja pembersihan yang telah penat mengutip sampah.

“KAMI SEBAGAI CIKGU BERTANGGUGJAWAB UNTUK MEMUPUK SIFAT MULIA SEPERTI MENGHORMATI PEKERJAAN ORANG LAIN, MENGAJAR MEREKA MENGHARGAI JASA HERO-HERO YANG TIDAK DIDENDANG INI…

Ketika sedang mengagihkan air, kata guru tersebut dia terdengar salah seorang pekerja bercakap kepada anak-anak tersebut agar belajar dengan rajin supaya tidak menjadi seperti mereka

Melihatkan wajah terharu para pekerja tersebut, rata-rata netizen berasa cukup bangga dengan hasil didikan yang diterapkan untuk membentuk akhlak mulia dalam diri anak-anak kecil ini.

Walaupun bergelumang dengan kekotoran, namun tanpa kudrat mereka sudah pasti kita hidup di dalam keadaan yang menjiijikan, kerana itulah kita perlu mendidik jiwa untuk menghargai jasa insan lain.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk mendidik anak2 supaya berakhlak dan menunjukkan contoh yang baik

Sumber : Puan Eda Ali via http://celotehsaje.com