Sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nina, mak aku mninggal. Lepas mak pergi, aku buat istikharah. Aku tak nampak Nina, tapi aku Nampak…


Bila baca confession, banyak pulak cerita yang menunjukkan kesampahan lelaki. Suami cur4ng dengan jiran, suami pkul isteri, suami tak straight, sesak jiwa aku. Jadi, rasa terpanggil nak kongsi cerita aku di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa takut dalam kalangan wanita tentang perkahwinan.

Aku Din. Tahun ni umur 30. Aku duda. Kem4tian isteri 5 bulan lalu. 4rwah isteri aku biarlah aku namakan sebagai Nina. Aku dan Nina punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak aku.

Mak aku suka sangat dengan Nina. Mak kata Nina baik, Nina hormat orang tua, Nina pandai masak. Serba serbi baik senang cerita. Dan sebab Nina ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya.

Bila mak kata nak jodohkan aku dengan Nina, aku serba salah. Sebab aku dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior aku. Aku panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab aku plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar. Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nina, aku macam blur kejap. Mak asyik push aku untuk cuba kenal & kawan dengan Nina. Sebab mak dah berkenan sangat.

Pendekkan cerita, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nina, mak aku mninggal. Mak memang dah lama s4kit. Akulah yang jaga mak selama di hospital. Mak kenal Nina sebab berjiran katil kat hospital. Bila Nina melawat mak dia, berbual-buallah dengan mak aku. Tu yang suka sangat dengan Nina. Lagi pulak mak aku ingat aku memang tak ada sesiapa, lagilah mak aku nak sangat kami kahwin.

Lepas mak pergi, aku buat istikharah. Aku tak nampak Nina, tapi aku nampak mak. Setiap kali buat istikharah, aku nampak mak. Sebak gila rasa sebab aku memang ikhlas & sayangkan Ita. Tapi istikharah tu?

So aku ikut jawapan istikharah. Aku pilih Nina. Ita menangis teruk. Ita kata aku kena s1hir Nina sebab aku sanggup tinggal Ita yang dah bertahun bercinta demi Nina, seorang anak dara tua. Entah. Aku pun tak tahu nak explain apa kat Ita.

Ita minta aku pergi berubat & dia sanggup tunggu sampai aku sihat balik, tapi dia minta aku jangan kahwin dengan Nina. Aku pesan kat Ita, jangan tunggu aku. Ita berhak dapat lelaki lebih baik. Klisè sangat kan jawapan aku. Macam drama pukul 7. Tapi aku memang nak dia bahagia walaupun tanpa aku.

Persiapan pun dibuat. Meriah gila. Sebab Nina anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat & nak buat majlis grand kiranya. Aku ikutkan jek. Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian darah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin.

Masa tu aku dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nina panggil aku masuk bilik dia & terbongkarlah segala kisah. Nina H1V+. Nina menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta aku fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada aku nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Bila masuk kereta, aku tengok Nina. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Nina minta maaf sesungguhnya. Nina kata dia bodoh sebab dia ingatkan dia boleh tipu aku tentang ini. Nina lupa yang ada ujian darah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik-makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun.

Dah tu, aku pak sanggup ke? Ya Tuhan. Bala apa pula kali ni. Aku rasa frust sangat. Jawapan istikharah ni membawa aku kepada musibah ini ke? Aku buntu. Nina cakap, terpulang kalau aku nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan? Nak cakap apa kat keluarga? Aku tanya, parents Nina tahu tak pasal ni. Nina kata, tak ada siapa yang tahu.

Aku teruskan. Aku tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati aku ke pilihan ini. Serius. Bila fikir-fikir balik, macam gila juga keputusan aku ni. Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya. Aku ajar Nina solat, mengaji.

Nina cakap dia suka aku sebab dia selalu dengar aku mengaji untuk mak aku masa di hospital. Sebab tu Nina cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak aku supaya jadikan Nina menantu. Nina cakap, dia tak nak mati menderita sorang-sorang tapi at the same time, Nina tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+.

Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati aku ni memang ikhlas bukan berlandas nafsu semata. Semakin hari, aku nampak perubahan Nina. Kulit Nina mengering macam berkeruping & berbekas hitam. Bila dalam rumah pun Nina pakai lengan panjang & tudung. Sebab Nina kata dia malu kulit dia buruk. Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh-sembuh.

Sehinggalah dia s4kit terlantar, aku yang jaga Nina sepenuhnya. Kawan-kawan pejabat Nina semua buat andaian yang Nina kena sihir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nina boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nina pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas aku mandikan Nina, dia kata dia s4kit perut. Masa tu Nina macam dah boleh bergerak sikit. Aku papah dia ke bilik air. Lepas siap, Nina kata dia sejuk sangat. Aku selimutkan Nina & masa tu lah Nina nazak depan mata aku. Tiba-tiba.

Nina sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup aku & ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat. Nina pergi macam tu jek. Mudah. Tenang. Aku terkelu kejap. Tak tahu nak rasa apa. Nina pergi bersama aibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun & Penerima Taubat hambaNya.

Oleh sebab Nina masih muda & tak ada history sakit teruk, so kena buat post mortem untuk claim insurans. Mulanya aku tak nak bagi sebab aku risau kecoh pulak tentang punca s4kit Nina yang sebenar. Tapi keputusan post mortem menunjukkan yang Nina kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nina yang selalu keluar negara. Even parents Nina pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah aku duda muda.

Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nina, Allah hantar aku untuk tutup aib & jaga Nina ke hujung nyawa. Andai itu takdirNya, aku redha. Semoga Allah tutup juga aib aku & berikan aku ganjaran kebahagiaan di dunia & akhirat.

Cinta sejati tu wujud ye, semua. Aku tak galakkan korang buat keputusan seperti aku sebab aku rasa kisah aku ni rare sangat. 1 dalam seribu kot. Bukanlah aku nak kata aku ni jejaka beriman ke apa. Cuma mungkin ini ujian untuk aku & alhamdulillah aku berjaya tempuh hingga ke hujung cerita.

Now aku dalam proses nak menenangkan diri. Semoga cerita aku akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.

– Din (Bukan nama sebenar) via IIUM