Mujur ada abang Foodpanda Hafiz, walaupun dah nak masuk kerja tapi sanggup tolong tunda motor ke bengkel


DUGAAN ada di mana-mana, begitu nasib yang menimpa seorang pemuda apabila motosikalnya mengalami kerosakan di tengah jalan.

Lebih memburukkan keadaan, dia yang ketika itu sedang bertugas sebagai penghantar makanan Foodpanda, terpaksa mencari jalan untuk meneruskan perkhidmatannya.

Tangkapan skrin klip video yang menunjukkan Muhammad Fakharuddin sedang menunggang motosikal, ditolak oleh seorang penghantar makanan Foodpanda.

Tangkapan skrin klip video yang menunjukkan motosikal Muhammad Fakharuddin ditolak ke bengkel.

 

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosialnya pada Ahad, dia merakamkan motosikalnya yang rosak ditolak dengan bantuan seorang penunggang motosikal.

Pemuda berkenaan, Muhammad Fakharuddin Shahudin berkata, motosikalnya mengalami kerosakan pada pagi Ahad sewaktu dalam perjalanan untuk mengambil pesanan pelanggan di sebuah restoran, di Setapak, Kuala Lumpur.

 

Motosikal Muhammad Fakharuddin tersadai di tepi jalan kerana mengalami kerosakan. Foto ihsan Muhammad Fakharuddin 

Penghantar makanan berusia 20 tahun itu memberitahu, kerosakan motosikalnya itu menyebabkan dia tersadai di tepi jalan sambil beriktiar mencari penyelesaian.

“Jalan di situ lengang, jauh dari kedai pula dan kebanyakan bengkel di KL tutup pada Ahad. Dengan siapa pula saya nak minta tolong.

“Nasib baik saya belum ambil roti canai dan teh o ais yang ditempah pelanggan, kalau tak macam manalah saya nak pergi hantar makanan tu,” katanya kepada mStar.

 

Muhammad Fakharuddin baru empat bulan bekerja sebagai penghantar makanan.

Muhammad Fakharuddin yang baru empat bulan bekerja sebagai penghantar makanan berkata, dia kemudian mengambil jalan terakhir dengan memaklumkan mengenai masalah yang dihadapinya, menerusi grup sembang Whatsapp geng Foodpanda.

Kami sebelum ini tidak pernah berhubung, apatah lagi berjumpa. Kami juga membuat penghantaran di kawasan berlainan, tapi bila tolong dah macam adik-beradik
MUHAMMAD FAKHARUDDIN

“Saya minta tolong, ada yang mahu membantu tapi kebanyakannya sama ada nak ambil makanan atau buat penghantaran. Saya turut memaklumkan kepada pihak pengurusan mengenai masalah saya dan tempahan itu diambil oleh petugas lain.

“Tak lama selepas tu ada seorang brother ni sudi nak bantu saya memandangkan dia pun buat penghantaran di kawasan sekitar lokasi saya terkandas ni,” ujar pemuda yang berasal dari Serendah, Selangor itu.

 

Muhammad Fakharuddin menghubungi grup sembang Whatsapp sebagai jalan terakhir.

Bagaimanapun, penghantar makanan bernama Hafiz yang sukarela membantu itu sepatutnya memulakan tugasnya dalam tempoh setengah jam lagi ketika itu.

“Motor saya rosak kira-kira pukul 11.30 pagi dan brother tu kena masuk kerja pukul 12 tengah hari. Dia ambil break shift yang bermaksud satu tempoh yang dibenarkan oleh pihak pengurusan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau waktu rehat.

“Dia datang ke lokasi saya terkandas dan kami ‘berkonvoi’ ke bengkel tapi malangnya tutup, sebelum jumpa bengkel lain pada pukul 12.30 tengah hari.

“Sampai di bengkel, saya kata dia dah boleh pergi kerja, tapi dia nak tunggu sampai selesai. Tempoh break shift adalah 30 minit, jadi dia ambil satu lagi menjadikannya sejam,” katanya yang melakukan penghantaran di sekitar Lembah Klang.

 

Hafiz membantu Muhammad Fakharuddin yang mengalami kerosakan motosikalnya.

Sementara menunggu motosikalnya dibaiki, Muhammad Fakharuddin berkata, Hafiz yang berusia 21 tahun itu banyak berkongsi pengalamannya sebagai penghantar makanan termasuk tips penjagaan motosikal.

“Kami sebelum ini tidak pernah berhubung, apatah lagi berjumpa. Kami juga membuat penghantaran di kawasan berlainan, tapi bila tolong dah macam adik-beradik.

“Mujur ada abang Foodpanda Hafiz, walaupun dah nak masuk kerja. Saya terharu sebab dia sanggup korbankan masa kerjanya dan ambil break shift kerana kecemasan untuk bantu dan tunggu sampai motosikal saya siap dibaiki.

“Terima kasih banyak-banyak sebab membantu saya. Semoga Tuhan membalas budi baik brother dan dimurahkan rezeki,” ujar graduan Sijil Automotif dari Kolej Komuniti Kelana Jaya itu.

sumber : mstar
[VIDEO] Jalan Terhincut-Hincut Hantar Makanan, Kegigihan Rider Foodpanda Kurang Upaya Ini Bikin Sebak

Bukan semua orang hidup bernasib baik mempunyai kehidupan selesa dan mewah. Kalau sebelum ini, kisah rider Lazada dan Grab Foodberjaya menyentuh hati ramai orang apabila dia bekerja siang dan malam demi menyara keluarganya.

Kali ini, seorang individu kongsi pula kisah rider Food Panda kurang upaya yang gigih bekerja demi meneruskan kehidupan. Bayangkan dengan keadaan kaki yang terhincut-hincut, namun masih tetap bekerja menghantar makanan yang dipesan orang ramai. Sebaknya!
Order foodpanda sebab malas keluar

Nak buat story sikit

Macam biasalah time weekend je, malas nak turun bawah cari makan, duduk Flat ni tingkat dia bukan kaleng2 14 tau. Terdetik dihati, ketik ketik terus sampai, apa tu? Tak foodpanda, grab food tu je lah, sebab musim sekarang ni jarang makan nasi, so tergerak hati nak order mcd, mcd area danau kota ade je, tapi close order awal sgt, so terpaksa order mcd jauh sikit mcd bhp melawati, lebih kurang 45 minit mcm tu.

Mcd tu order biase2 je ala carte, sebab nak makan dan malas nak turun kat bawah, so kena tunggu je lah. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai lah Abe foodpanda kat bawah tu tunggu lif, sebelum tu dia call dulu, nak confirmation kan, kan tersilap Block menangis tak berlagu sebab sy punya rumah Block E
Lepas tu, Abe foodpanda call kali ke 2.
Rasa sedih dan simpati

F : Bang, bang duk tingkat berapa? Sebab sekarang ni saya duk tingkat 13.
Aku : kito duk tikak (tingkat) 14 boh! Boh cari nomor rumoh 12 deh lik kiri hujung sekali (bahasa Kelantan)
F: laa ye ke? Jadi saya kena naik tangga lagi satu la ni, takpe-takpe tunggu jap bang
Aku: ehh takpe je..

Nak dijadikan cerita, sampai la Abe foodpanda tu depan pintu rumah aku, aku terkejut kot, dengan serba kedaifan nya, kekurangan anggota semata mata nak hantar punya makanan just 2 ketul ayam kot

F: sorry bang lambat sikit, masalah lif kat bawah tadi
Aku : ehh takpo bey, biaso lah tu
F: Abang tadi order mcd kan, semua rm11. 89
Aku: jap ea
Aku pergi amik duit, dan terdetik rasa sebak, pilu, terharu sedih tengok Abe tu, just aku bagi lebih kat dia (bukan riak tau, sebab rasa simpati dan niat nak bersedekah)

F : Bang lebih banyak ni
Aku : Takpe bang, rezeki abang tu, tq tau
F: sama sama
Tak malu ke kita?

So dalam story ni,
Masih ramai manusia yang susah dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak dan isteri. Orang yang serba kekurangan dan kedaifan semangat nak kerja mencari rezeki, kita ni masih kuat dan gah pun malas nak kerja dan masih memilih. Tak malukah kita?

Sedih tau, jarang jumpa depan2 org macam tu, ni first time tau, sebelum ni tengok depan TV takpun media sosial, ni video ni saya rakam sendri tau, sebak tak korang? Semoga Abe foodpanda dan rider2 yg lain dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera selalu.

Sumber : Baliami Conmigo