Dia Buat saya Terharu, Walaupun saya s@kit Ment@l dan dia belajar di oversea tapi sudi kahwin dengan saya. Dengan dia, saya cuba tahan…”


SIAPA kata individu yang mengalami masalah ment4l tidak boleh menjalani kehidupan normal seperti insan lain?

Begitulah perkongsian Muhammad Faris Nazrin Khairun Nazir, 26, menerusi laman Twitter sewaktu mengimbas foto perkahwinannya yang berlangsung pada 5 Mei 2018.

Mesra disapa Faris, pemuda yang mempunyai masalah ment4al ini berkata perkenalan sekitar tahun 2017 dengan Nur Jehaada Ibrahim, 24, bermula di laman Facebook.

“Saya selalu berkongsi kisah saya di Facebook. Dia ada tegur, komen-komen. Dia pun pernah alami kemurungan, jadi dia boleh relate dengan apa yang saya kongsikan.

“Masa tu dia masih belajar di Jordan. Lepas dia balik, kami berkenalan dengan bantuan orang tengah dan berkahwin tak sampai setahun selepas itu.

“Dia banyak membantu, dari segi nak ubah karakter saya, untuk lawan peny4akit. Dulu apa-apa benda saya akan meng4amuk, tapi dengan dia saya cuba tahan.

“Kalau saya diam, dia tahulah saya sedang tahan marah, saya cuba untuk kawal,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Rabu.

Boleh jadi keliru dengan emosi sendiri. Takut untuk keluar berjumpa orang. Kadang-kadang saya rasa resah bila nak solat berjemaah di surau sebab tak nak jemaah surau tegur atau tenung saya.
MUHAMMAD FARIS NAZRIN KHAIRUN NAZIR

Menurut anak kelahiran Rawang, Selangor itu, dia terpikat dengan Nur Jehaada kerana keberaniannya berkongsi masalah sama yang dihadapi menerusi media sosial.

Ujarnya, tidak semua orang mampu membuka cerita, barangkali bimbang dengan stigma masyarakat ataupun digelar orang gila.

“Alhamdulillah, keluarga dia juga terima saya dan menerima perkahwinan ini.

“Masyarakat Malaysia sekarang pun makin menerima, dah ramai juga yang berani tampil untuk terima rawatan dan sebagainya,” ujar Faris.

Bercerita mengenai dirinya, Faris kini masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh manakala isterinya pula sudah pulih sepenuhnya dari masalah depresi.

Dedah Faris, dia merupakan penghidap Schizoaffective Disorder yang membuatkan dia sukar untuk membezakan antara realiti dan delusi.

Malah, ia boleh menyebabkan dia berhalusinasi seperti melihat sesuatu benda mahupun mendengar bisikan-bisikan yang tidak boleh dilihat dan didengari oleh orang lain.

Faris (tengah) bersama rakan baiknya, Shahrul Naim (kiri) dan Wan Abdul Hakim (kanan).

“Boleh jadi keliru dengan emosi sendiri. Takut untuk keluar berjumpa orang. Kadang-kadang saya rasa resah bila nak solat berjemaah di surau sebab tak nak jemaah surau tegur atau tenung saya.

“Cepat sensitif. Orang buat lawak tapi saya rasa benda tu serius, itu untuk simptom-simptom psikosis lah. Kalau untuk mood disorder pula, saya ada Depression dan Mania.

Depression macam kita dah tahu, rasa sedih, kosong, penat, tak bermaya, tak berguna, cepat marah dan sebagainya dalam masa tiga hingga empat minggu.

“Kalau Mania pula terbalik. Saya rasa lebih bertenaga. Banyak idea, bercakap laju, sangat aktif, tak tahu malu seperti menyanyi dan menari di khalayak ramai dan tak boleh tidur walaupun mengantuk,” jelas Faris secara terperinci.

Kata Faris, dia kini berehat seketika dan tidak bekerja manakala isterinya sedang mengikuti pengajian di sebuah universiti tempatan.

Posting Faris di Twitter.

Selain isterinya, Faris turut menzahirkan rasa syukur atas kehadiran dua sahabat baiknya iaitu Shahrul Naim, 28, dan Wan Abdul Hakim, 26,yang banyak membantu dirinya.

“Dua kawan rapat saya ni, kalau saya depresi, mereka akan luangkan masa dan bagi kata-kata nasihat. Kadang-kadang rasa nak bunuh diri, bila fikir orang tersayang, tak jadi nak buat.

“Perasaan nak bunuh diri ni datang tanpa sebab. Kadang-kadang rasa penat nak hidup. Tengah memandu rasa nak pecut, bila rasa macam tu cepat-cepat saya hubungi kawan baik saya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter turut berkongsi kisah mereka dan menyampaikan kiriman doa buat Faris dan pasangannya.

“Tahniah bro. Semoga sentiasa bahagia dan sihat bersama isteri tercinta. Aamiin,” tulis @QifMuhammad.

“Saya ucapkan yang terbaik untuk kamu. Saya sudah putus asa dengan hidup tapi selepas melihat posting ini ia beri saya sedikit harapan. Harap saya akan jumpa orang yang akan terima saya seadanya,” tulis @nur_shafika pula.

Antara Twett Nazrin:

Im schizophrenic & married. So dont give a damn about what other ppl say that u cant get married when u have a mental illness. Sure, its difficult 4 u 2 find some1 who could really accept u 4 who u r but once u find that person, he/she’ll be the  of ur life.

Aku dulu waktu nak kahwin pun aku memang siap sedia dgn jawapan pihak perempuan if lets say diorang nak letak hantaran ribu riban, sebab wife aku belajar dekat Jordan and sekarang pursuing her Master. It’s not about how high the level of her education.

Tapi alhamdulillah la sebab pihak wife aku tak minta hantaran. Dia minta apa yang aku mampu je. In the end, aku bagi sweater dan cincin emas putih. Sebab itu je aku MAMPU dan TAK MENYUSAHKAN. Itu maksud perempuan tu. Tengok kemampuan lelaki tu cemana.

Tapi nak bayar duit belajar dia. Aku faham je benda tu. So hantaran ni tak perlu pun kau nak beli Gucci, Prada, Louis Vuitton, DKNY semua tu. Kau nak bayar cash pun tak pe. It’s like, duit tu memang bakal wife nak buat something sbb nnt kau gak yang nak tampung hidup wife.

And then lelaki pun, kalau kau betul² minat dekat perempuan tu and you think she’s the one, then work for it la. Aku pasti perempuan tu pun takkan susahkan kau kalau dia betul² nak kan kau. That’s why perlunya deep and serious conversation sebelum berkahwin.

Tanya lelaki tu gaji berapa, apa kerja dia, apa yang dia mampu dan sebagainya. InsyaAllah pihak perempuan akan permudahkan. Kalau niat kau betul² ikhlas nak kahwin dan hormati perempuan spt mana Rasul hormati perempuan, insyaAllah Allah permudahkan urusan tu nnt.

sumber: Mstar