Mereka gelak sebab KFC jadi hantaran Tapi memang aku..


Semalam trending di Twitter mengenai Bucket Ayam Goreng KFC dijadikan sebagai hantaran pertunangan mengundang pelbagai respon netizen.

Isu perkahwinan dalam kalangan orang muda sejak kebelakangan ini dilihat semakin kerap dikupas oleh warganet. Dari kisah mengenai hantaran tinggi sehingga tips jimat untuk  majlis kahwin ataupun tunang, semuanya seakan mudah diperoleh di media sosial.
Tunang memahami suka makan ayam goreng
Namun begitu, menerusi satu perkongsian mengenai majlis tunang seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Masidayu, dia telah meminta tunangnya memberikan sekotak ayam goreng dari restoran makanan segera KFC. Lebih menarik, ayam goreng itu turut diletakkan di atas dulang hantaran.

Ada yang kata comel, ada yang bertanya “Tak berbau ke satu rumah?” dan sebagainya. Namun bagi tuan empunya badan berkata, itu semua tak perlu dikisahkan kerana dia sememangnya peminat ayam goreng dari restoran berhawa dingin itu.

“Sebab aku suka sangat ayam goreng! So yaa, untung dapat tunang yang memahami. Hahaha! Semua orang gelak sebab KFC jadi hantaran.

Sekadar bagi idea
Pada awalnya, Ayu hanya sekadar memberi idea kerana dia sangat menggemari ayam goreng tersebut. Walau bagaimanapun dia tidaklah begitu berharap kerana memahami situasi pada hari pertunangan agak kalut kerana masing-masing sibuk dengan persiapan majlis.

“Sebenarnya aku yang minta. Yelah, sebab makanan kan. Biasa orang tunang bagi makanan, manisan, tinggal satu dulang saja tak tahu nak bagi apa. Dia pun tak ada idea. So, apa lagi, tengoklah KFC jadi list paling last sekali.

“Pastu nak dekat majlis, aku tanya balik. Oke ke KFC tu? Dia cakap ok saja. Cuma risau siapa yang nak pergi beli nanti apa semua. Aku cakaplah kalau susah, tak apa. Bagi yang lain saja. Dia pun senyap je, tak cakap apa-apa sampailah dah majlis.

“Aku tak expect dia letak sebagai hantaran juga do. Hahaha! Ingatkan tak jadi. Aku keluar je pergi depan, mata terus nampak kotak KFC itu. Pastu mulalah senyum-senyum kambing di depan semua orang. Yang diorang dok “Bau KFC lah, bau KFC” Hahaha! Malu!

“Tak pernah ke orang buat ayam goreng jadi hantaran? Tunang aku mula macam “Serius ah nak letak KFC? Mana ada orang buat” Hahaha! Asalkan makanan kan, bedal je.

“As long makanan, ala untuk majlis tunang je pun. Hehe! Masuk perut pun kenyang. Tapi itulah ayam sejuk dah. Hahaha! Tapi apa ada hal, bedal saja makan dengan family.

Rancang nikah tahun hadapan
“Doakan kitorang kahwin tahun 2020 bertemakan mood klasik ya. Lekas doa! Hehe!” katanya.

Ayu dan pasangannya yang dikenali sebagai Fakih mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sebelum merancang untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun hadapan.


Lepas tunang boleh makan ramai-ramai
Menerusi perkongsian tersebut, ramai warganet yang meninggalkan komen di ruangan Twitter Ayu. Rata-rata mereka berasa terhibur dengan hantaran yang diberi oleh pihak lelaki itu. Walau bagaimanapun, memberi makanan sebagai hantaran diatas dulang merupakan antara idea yang bijak.

 


Idea yang bagus
 


Tahniah, hantaran simple je

Pernah buat jugak, tapi kantoi abang KFC datang tengah majlis

Sumber : Ayuyuyuyuuu

 

Tweet Ayu: sebab aku suka sangattt ayam goreng! so yaaauntung dapat tunang yang memahami hahaha semorang gelak sbb kfc jadi hantaran

REAKSI NETIZEN:

Alip: @KFCmalaysia Mohon taja depa ni hahah btw tahniah sis

@faizalshahfauzi : Replying to @ayuyuyuyuuu @kfc

hantaran simple simple pun dh kira okay, ni hubungan yg memahami antara satu sama lain…. congratulation

Syazwina Ikram@syazwina_ikram: omg. lepas tunang/nikah bolrh makan ramai ramai. good ideaa