Akhirnya Fizo Omar cera1kan Mawar t@lak satu


Fizo dan Mawar kelihatan tenang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat kira-kira pukul 10 pagi Rabu bagi menyelesaikan masalah berhubung kemelut rumah tangga mereka yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Nantikan berita penuh sebentar lagi di mStar 

SUASANA tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cer4ai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim pada pagi, Rabu.

Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.

Lafaz cer4ai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.

Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cer4ai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Menerusi laporan media, Fizo juga mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Fizo dan Mawar bersama anak mereka, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Mawar, 30, pernah memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat.

Ketika jatuh baharu Fizo rasa nikmat bahagia

Pelakon dan usahawan Fizo Omar mengakui jika seseorang itu memiliki wang yang banyak ia tidak semestinya boleh mendatangkan kebahagian.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 33, berkata, dia belajar mengenal erti kebahagian ketika mengalami zaman kejatuhan sebelum berkahwin.

“Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik semenjak kelahiran puteri sulung saya dan isteri. Saya dapat rasakan kebahagian itu.

“Sebab masa zaman bujang saya terlalu mengejar karier dan kewangan. Tapi apabila Allah uji saya jatuh bankrap dan kena tipu. Dari situ saya mula mengenal erti kebahagian.

Fizo dan rakan kongsi perniagaannya berbuka puasa bersama anak-anak asnaf dan yatim.

“Tak semestinya kita ada duit, kita boleh bahagia. Proses yang saya jatuh tu, saya banyak belajar,” kata Fizo kepada mStar Online.

Fizo ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang di Restauran Fizo Mawar di sini pada Khamis.

Tambah Fizo, dia menghilangkan diri dalam industri seni selama empat tahun kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan.

Kata Fizo, perancangan Allah itu sangat sempurna apabila dia dan isteri dikurniakan cahaya mata pertama selepas empat tahun berkahwin.

“Saya hilang selama empat hingga lima tahun ini sebab nak fokus pada perniagaan. Bagi ruang untuk diri belajar. Saya pernah tertanya kenapa Allah tak beri rezeki anak awal?

Fizo bahagia disamping puteri sulung dan isterinya.

“Apabila fikir balik, kalau Allah bagi anak waktu itu, mungkin saya tak dapat luangkan masa dengannya. Saya kerja keras keluar pagi, balik tengah malam.

“Kadang-kadang ada kerja luar seminggu. Isteri pun sama. Susunan Allah itu cantik. Selepas perniagaan kami semakin baik, baru dikurniakan bayi.

“Kami ada masa untuk bersama dan saya juga boleh bekerja dari rumah sahaja. Duit tak banyak tapi cukuplah untuk menampung keluarga kecil saya,” ujarnya.

Fizo dan isterinya, Mawar Abdul Karim berkahwin pada 10 November 2013 dan dikurniakan anak bernama Wan Mariam pada 29 Desember tahun lalu.