Nyanyi satu baris, terus kena pet1r, satu rumah bl4ckout! Bro ni gelakkan diri sendiri, “Saya akui suara tak sedap, tapi…”


MUNGKIN patut cari hobi lain, begitulah reaksi beberapa netizen berhubung penularan video nyanyian seorang jejaka di laman Twitter.

Menerusi rakaman berdurasi sembilan saat itu, Fikri Nordin sedang menyanyikan lagu Fall For You dendangan asal Secondhand Serenade sambil bermain keyboard di dalam sebuah bilik.

Malangnya, nyanyian jejaka berusia 21 tahun itu terhenti secara mengejut kerana dentuman bunyi guruh yang menyebabkan bekalan elektrik di kediamannya terputus.

Paparan skrin rakaman tular melibatkan Fikri Nordin di laman Twitter.

Ia pantas menjadi jenaka media sosial selepas dikongsi dan sehingga kini menerima lebih 36,000 ulang kicau (Retweet).

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Fikri mengakui turut terhibur apabila menyaksikan semula rakaman berkenaan yang berlaku pada Sabtu lalu.

Fikri mengakui dia sendiri terhibur menonton semula rakaman berkenaan.

“Masa tu baru balik kerja. Nak keluar tak boleh sebab tengah hujan.

“Tak ada apa-apa nak buat, jadi saya rakam video menyanyi sambil main keyboard.

“Sebenarnya dah rekod banyak kali. Yang blackout tu kali ketiga dan saya nyanyi. Terpaksalah saya pergi hidupkan balik elektrik kat rumah saya tu.

“Kat rumah masa tu ada adik saya seorang je. Saya tengok balik video tu pun saya tergelak. Baru nyanyi satu baris terus kena petir,” ujarnya berseloroh sewaktu dihubungi.

Ada yang cakap suara tak sedap, sebab tu kena petir. Macam-macam lagi komen di Twitter.
FIKRI NORDIN

Menurut Fikri lagi, dia juga tidak kisah seandainya rakaman berkenaan menjadi bahan gelak ketawa netizen.

Ujarnya, dia sekadar berkongsi rakaman itu secara suka-suka dan sama sekali tidak menyangka ia akan menerima reaksi luar biasa.

 

Selain gitar, Fikri juga boleh bermain keyboard dan ukulele.

“Ada yang cakap suara tak sedap, sebab tu kena petir. Macam-macam lagi komen di Twitter.

“Saya tak kisah. Saya pelajar muzik dan boleh main beberapa jenis instrumen, tapi saya bukan penyanyi.

“Saya akui suara tak sedap, tapi saya boleh main keyboard, gitar, bass dan ukulele. Dulu pernah ikuti pengajian muzik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut berjenaka dan memberi cadangan agar Fikri berhenti menyanyi untuk mengelakkan kejadian seumpamanya pada masa akan datang.

 

Koleksi instrumen muzik milik Fikri.

“Orang lain nyanyi terus hujan je. Dia terus petir terus blackout,” tulis @hiyuni.

Maybe dah ditakdirkan untuk tak menyanyi,” tulis @nnrladlaa.

I think you dah tak boleh nyanyi dah you kena cari bakat yang lain pula,” tulis seorang lagi netizen.

Berkaitan: Tak sia-sia buat ‘show’ atas katil sampai terpejam mata, netizen ‘cair’… “mermang bulu roma oii”

MERMANG bulu roma, begitulah respon salah seorang pelayar Twitter terhadap video nyanyian Ketua Asrama Putera (Aspura) SM Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ), Negeri Sembilan yang tular.

Dimuat naik oleh alumni sekolah berkenaan, Raza Syazani Muhammad, ia sehingga kini menerima hampir 28,000 ulang kicau (Retweet).

Bercerita kepada mStar Online, pemuda berusia 26 tahun itu berkata, dia berkunjung ke SMSTJ sempena berlangsungnya hari karnival di institusi itu.

“Hari tu sekolah ada buat karnival, ada program hari asrama terbuka. Sebagai alumni, saya datang atas jemputan untuk buat liputan.

“Sewaktu melawat dorm saya tengok dia sedang jamming dengan kawan-kawan. Saya rakam dan tak sangka ia viral.

“Memang kagum dengan suara dia, sebab bukan calang-calang orang boleh nyanyi lagu Inggeris dengan baik,” ujar Raza sewaktu dihubungi pada Selasa.

Menerusi video berdurasi satu minit enam saat itu, pelajar berkenaan, Ammar Akmal Mohamed Johari mendendangkan lagu berjudul Empty Space nyanyian James Arthur.

Kawan dia cakap, dia ni ustaz. Boleh bertadarus, baca al-Quran sedap dan pernah jadi penyanyi nasyid.
RAZA SYAZANI MUHAMMAD

Raza sebelum ini menuntut di sekolah yang sama bermula tahun 2006 hingga 2010.

Menurut Raza yang bertugas di Bilik Berita Media Prima, Ammar Akmal yang kini berada di tingkatan lima turut mahir dalam mengalunkan bacaan al-Quran.

“Kawan dia cakap, dia ni ustaz. Boleh bertadarus, baca al-Quran sedap dan pernah jadi penyanyi nasyid.

“Saya pun sempat berborak dengan dia. Ammar seorang yang merendah diri. Dia jenis tak membangga diri,” ujar Raza lagi.

 

Raza berkunjung ke SMSTJ pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji suara serak-serak basah pelajar berkenaan yang turut disamakan dengan beberapa penyanyi lelaki tempatan dan antarabangsa.

“Berapa kali lah aku repeat ni, dahla aku memang adore suara James Arthur dengan Lewis Capaldi huwa ahhaha,” tulis @eemenina.

“Meremang bulu roma dengar oi,” tulis @QamarulAmsya.

Such wonderful voice… Jarang ada artis suara macam ni. Complete package kalau nak jadi recording artist,” tulis @reez_khai pula.

“Campak lagu Ramli Sarip, Cakra Khan or Afghan, sumpah sedap kalau suara macam ni,” tulis seorang lagi individu.

sumber : Mstar