Tak tinggal sebumbung lagi. Hana Azraa Dedah Ada Masalah Rumah Tangga, Bakal Bercer@i Dengan PU Abu?


Selepas dilanda kntroversi mencer4aikan isteri yang sedang sarat hamil, PU Abu ‘buat hal lagi’ apabila timbul pula berita yang mengatakan dia kini mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri barunya, Hana Azraa.

Menurut laporan mStar, selepas 2 bulan mencer4aikan Ain ‘Afini, perkahwinan kedua PU Abu sekali lagi diuji apabila Hana Azraa kini mengaku yang dia dan suaminya sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal bersama-sama.Pulak dah??

APA dah jadi dengan peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan ni? Selepas dilanda kntroversi mencer4aikan isteri yang sedang hamil, dia dihimpit kisah sensasi baharu apabila rumah tangga bagi perkahwinan keduanya pula dikatakan mulai retak.

Selepas dua bulan mencer4aikan Ain ‘Afini Latif, kebahagiaan yang diharapkan untuk perkahwinan terbaharunya dengan ibu tunggal, Hana Azraa turut diuji.

Perkara itu dikongsi sendiri Hana Azraa kepada mStar.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama.

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercer4ai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

 

Hana mendoakan kebahagiaan PU Abu, Ain dan anak mereka.

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” kata Hana kepada mStar.

Menerusi semakan mStar, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu.

Tambah Hana, dia tampil mahu menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.

“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami.

Doakan kebahagian PU Abu dan Ain sampai syurga

Hana Azraa pada masa yang sama juga mendoakan kebahagian PU Abu dan Ain dengan anak baru mereka, Muhammad Adam Aysar.

“Saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri pertama) serta anak mereka sampai syurga. 

“Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik, insyaAllah,” ujarnya.

Dalam pada itu, PU Abu enggan memberi sebarang kenyataan mengenai status rumah tangganya bila disoal wartawan. Dia hanya menegaskan bahawa hubungannya dengan Hana masih lagi suami isteri.

Marilah kita doakan yang baik-baik kepada mereka. Min pun dah tak tahu nak cakap apa dah kat PU Abu ni. 

Sumber: Mstar

Baru zuriat pertama, PU Abu mengaku penat jaga anak

Selepas hampir sebulan menimang cahaya mata lelaki, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan mengakui letih apabila perlu menguruskan Muhammad Adam Aysar.

Menerusi laman Instagram, PU Abu atau nama penuhnya Mohd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi memuat naik sekeping gambar yang sedang menidurkan anaknya sehingga dirinya sendiri turut terlelap.
“Aku baru tidurkan dia dah rasa letih, macam manalah ibu jaga aku dulu,” luahnya menerusi kapsyen pada posting tersebut.
Walau bagaimanapun, PU berusia 25 tahun tersebut berhasrat akan mencuba sebaiknya bagi menjaga dan memberikan kasih sayang terhadap bayi yang dilahirkan pada 7 Jun lalu itu.


“Ayah akan cuba sedaya upaya berikan kasih sayang pada Adam sebaik mungkin seperti ayah lain memberikan kasih sayang pada anaknya.
“Adam takkan rasa ruang ksong dalam hidup Adam,” katanya.

Posting tersebut masih dipenuhi kecaman netizen, namun rata-ratanya mempersoalkan kembali begitulah kepenatan apabila bekas isterinya, Ain Afini yang sakit ketika melahirkan dan menjaga zuriat pertama mereka.
Tak sesakit kena khianati…

Bila jaga Adam seorang diri

Ibu awak untung sebab suami di sisi

Hargai la pengorbanan wanita!

Bekas isteri jaga seorang diri…

Sumber : PU Abu