Ger@mnya tengok muka, takda rasa bers@lah langsung – Netizen doakan @rwah Zulfarhan dapat keadilan sewajarnya


Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 8 Julai untuk mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan melibatkan 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menghadapi pertduhan membnuh dan mencedrakan rakan seuniversiti mereka Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua pihak (pendakwaan dan pembelaan) masih belum meneliti kandungan dokumen berkaitan kes itu.

“Timbalan Pendakwa Raya (Othman Abdullah) yang mengendalikan kes sebelum ini telah bersara baru-baru ini.

“Hari ini saya baru sahaja menerima beberapa dokumen berkaitan dengan perbicaraan itu. Jadi saya perlukan masa untuk meneliti beberapa dokumen berkaitan,” katanya ketika sebutan semula kes itu hari ini.

Dalam prosiding hari ini, barisan peguam yang mewakili tertduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman dan Zamri Idrus.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bers4alah atas pertduhan membnuh dan bersubahat membnuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017. – Bernama

Sementara itu di media sosial, netizen berharap mangsa akan diberi keadilan yang sewajarnya.

 

Yang hired singh dillon tu kaya nak mampus  – tujuh tujuh lipa

Geramnya tengok muka takda rasa bers4alah langsung  Credit ig adik arwah, _zulhelmieIdros. 

video dari Twitter 

Saksi dedah tulis dua surat layang beritahu Zulfarhan Osman dider4

Saya sedih, saya ingin buat laporan,” kata seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa dia telah menulis dua surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain telah dider4 oleh rakan-rakannya.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM berkata dia telah menulis surat tersebut setelah melihat pegawai kadet laut itu terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah pada kulitnya di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada  6 petang, 22 Mei 2017.

Katanya pada hari tersebut, dia telah pergi ke bilik itu untuk menemui Muhammad Izzul Akhtar, seorang daripada ahli bilik berkenaan berkaitan tugasan kuliah bagaimanapun Muhammad Izzul Akhtar tiada di bilik itu.

“Saya cari Izzul, dia tiada, ketika saya hendak keluar, saya ternampak Osman (Zulfarhan Osman) di atas katil, di hujung bilik, ditutup dengan kain pelikat pada bahagian pusat ke lutut,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada prosiding hari ke-11 kes itu pada Rabu.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata dia kemudian terus balik ke biliknya di asrama 4-06 dan berbincang dengan seorang rakan sebiliknya yang dikenali sebagai Akmal Akif untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Pada mulanya kami ingin buat laporan secara berdepan dengan jurulatih tetapi takut identiti kami akan dibocorkan, jadi kami memikirkan untuk buat surat layang,” katanya memberitahu Akmal Akif mencadangkan untuk menulis surat layang itu manakala dia telah menulisnya di atas kertas A4.

Katanya surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Muhammad Aiman Aufa bagaimanapun berkata surat layang pertama yang ditulis: “Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ – Hamba Allah” bagaimanapun surat itu diketahui oleh semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat itu ke dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp.

Saksi itu berkata penyebaran surat tersebut telah menyebabkan usahanya untuk memberitahu pihak atasan bahawa Zulfarhan Osman dider4a gagal apabila seorang daripada penghuni bilik 4-10, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertduh pertama  terlebih dahulu memindahkan Zulfarhan Osman ke bilik 4-06 dengan alasan menumpangkan mangsa di bilik berkenaan untuk sementara waktu.

Muhammad Aiman Aufa berkata selepas kegagalan surat layang pertama, dia dan Akmal Akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua yang tertera ayat, “Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” namun surat itu telah ditemui seorang penuntut lain.

Terdahulu, seorang pemandu Uber yang kini dikenali sebagai Grab, Mustapa Kamal Ibrahim, 56, berkata dia pernah menemui Zulfarhan Osman dalam keadaan mangsa berbau busuk, hamis dan bajunya dipenuhi tompok darah.

Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata dia telah menerima satu tempahan melalui sistem tempahan perkhidmatan dalam talian antara 9 dan 10 pagi, 31 Mei 2017 yang memintanya mengambil penumpang di Apartment De Centrum di Bangi dan menghantar penumpang tersebut ke sebuah klinik, juga di Bangi.

Katanya dia  kemudian telah ke apartmen itu sebelum menemui penumpangnya iaitu tiga lelaki dengan seorang antaranya duduk di atas kerusi roda dan berkain pelikat.

“Saya tengok, eh kenapa budak ni (Zulfarhan Osman) duduk atas kerusi roda, saya keluar (dari kereta) tengok, budak ni macam tak terurus, bau busuk, baju ada tompok darah, ada macam air bisa kat badan dia, tangan dan kaki dia berbalut dengan ‘bandage’. Baunya macam menyucuk hidung, macam hamis, saya tanya ni apa hal ni kawan kau, dia diam sahaja,” katanya memberitahu dia bertanyakan soalan itu kepada dua rakan mangsa.

Mustapa Kamal berkata dia kemudian membantu Zulfarhan Osman untuk masuk ke dalam kereta kerana melihat dua rakannya itu seolah-olah tidak mengendahkan mangsa.

“Saya papah (Zulfarhan Osman)  sebab kawan dia yang dua orang tu tak berapa menolong. Kalau kawan rapat tu, susah-payah akan tolong, jadi saya cakap (kepada dua individu itu) tolonglah kawan kau, budak dua orang tu senyum je,” katanya.

Mustapa Kamal berkata sebaik tiba di klinik, dia sekali lagi membantu Zulfarhan Osman keluar dari kender4aan, memapahnya duduk di kerusi roda serta menolak kerusi roda itu sehingga ke depan klinik dan mangsa berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya.

Saksi itu berkata dia kemudian memandu kender4aannya beredar dari situ dan ketika mengerling ke belakang, dia melihat ada lendir dan darah di kerusi belakang keretanya yang diduduki Zulfarhan Osman, lalu dia memberhentikan kender4aannya untuk membersihkan kesan tersebut dan mengambil penumpang lain.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bers4alah terhadap pertduhan membnuh dan bersubahat membnuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman m4ati mandatori, jika sabit kes4alahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertduhan dengan sengaja menyebabkan ceder4a terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kes4alahan.

Sumber: BernamaSanteira , awani & the Reporter