Dulu ada Laksa Tisu, Kalini Kertas Pulak. Gadis Syak Penjual Blend Surat Khabar Atau Kotak Untuk Pekatkan Kuah Laksa?


Bagi mereka yang menceburi bisnes makanan, admin rasa bisnes ini antara perniagaan yang paling berisiko tinggi sebab ada banyak cabaran yang perlu seorang peniaga lalui.

Tapi admin paling pantang kalau ada peniaga yang menipu bab makanan. Tambah-tambah pulak membahayakan pelanggan macam blend surat khabar untuk pekatkan kuah laksa! Wuish boleh sebabkan k4anser tau tak?? Karbon tu! 

“Aku musykil gila isi dia tak hancur dan aku boleh perah. Korang rasa?” 

Menurut satu posting viral di Twitter, netizen ini telah berkongsi pengalaman membeli sebungkus laksa yang dirasakannya agak pelik.

Apa yang pelik? Kata mangsa, laksa tu ada isi-isi yang tak hancur dan lebih musykil, isi tersebut pulak boleh diperah macam kertas. Aduh apa kebenda tu??

Sumber: Twitter

 

“Aku bukan nak tutup periuk nasi peniaga. Aku cuma nak korang berhati-hati dan kalau jumpa macam ni, beringat jela” 

Sungguhpun kita tak tahu sama ada betul kertas atau tidak, mangsa ingatkan kepada semua pembeli supaya hati-hati jelah. Takutlah terkena sebab benda macam ni memang wujud dan ada peniaga lain buat untuk pekatkan kuah laksa mereka.

Sumber: Twitter

“Ada peniaga buat kuah laksa letak tisu sebab nak bagi kuah tu pekat” 

Netizen yang membaca tweet ni pun ada reveal yang memang sesetengah penjual gunakan ’tisu’ untuk pekatkan kuah laksa. Tapi ada juga yang macam husnuzon dan anggap isi tersebut mungkin isi sardin yang tak hancur. Emm min pun keliru lah. 

Sumber: Twitter

Memang ada peniaga yang nak untung macam tu
Perkongsian daripada pengguna yang dikenali sebagai Syuzu itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen di Twitter. Ada juga daripada mereka memaklumkan pernah mengalami nasib sama dengan gadis tersebut.

Namun begitu, ada sebahagian netizen meminta Syuzu untuk memaklumkan kejadian yang dihadapi kepada pihak berkuasa dan tidak sekadar melaporkannya di media sosial sahaja.

 


Tak kan serai, lengkuas tak hancur
 


Ada kedai yang mengaku buat macam tu

Ada yang letak tisu

Cuba maklumkan perkara ni kepada pihak tertentu

Sumber : Syuzu

Apa-apapun korang kat luar sana hati-hatilah kalau makan makanan kat luar ni. Sebelum nak makan tu periksa dulu macam mana keadaan kedai dan check keadaan makanan tu baik atau tak. Jangan main ngap je!