Kali ni Aku kahwin mmg Jimat, Tak Sampai 7K pun Untuk semua. Kalau ikutkan hati aku , aku mmg taknak ada hantaran Sebab


Assalamualaikum heyyy korang . Terpanggil iolls dengan kes y viral pasal hantaran nak kena ikut level education tu . And also aku nak bgtahu budjet kawin aku harituu . Sebap ramai y pm aku tanya psl ni .

Ok lah mcmni , aku kawen haritu aku buat simple2 je . Mmg kawen ikut budjet dan aku taknak buat majlis besar2 bersebap . Nanty aku selitkan sebap nya . Now aku nak bgtahu budjet aku masa kawen haritu .

Mini pelamin ni aku amik harga rm600 , memang srs lawo sgt and satisfied ! So baju pulak aku beli sendiri dekat Boutique dlm Angsana harga rm699 dpt discount rm600 , tudung tu rm59 , veil pon rm59 pon beli dlm Angsana . Fotographer pulak rm700 siap dpt album guys ! Ada certain fotographer just shoot and burn . Just dpt softcopy je . Tapi aku dpt siap Album and 2 keping gamba a4 size

Then , aku pilih canopy ala Arabic . So canopy nya cantik and besar so aku just amik 2 je sebap aku jempot pon tak ramai . Tapi bole duduk ramai tau ! Canopy dia srs cantik dgn warna soft2 gittewww dgn alas meja and kerusi y kemas gila , harga cuma rm700 . Memang murah ! Sound sistem pulak dari tengah hari smpai jam 2 pagi rm400 . Servis pon terrbaik sgt . Dulu aku mmg selalu sumbang suara aku y sumbang ni kt tmpt pakcik tuu  .

Last sekali part makanan , aku amik ngan catering abg aku . 1 kepala abg aku letak rm9 lauk daging , ayam merah , nasi beriyani , sayur pencuk siap air dan buah2an . Aku jempot haritu utk 200org so total rm1800 je . And goodies pon aku spend tak smpai rm300 . Alhamdulillah makan pon cukup siap ada terlebih2 lagi walaupun y dtg lebih dr 200org .

So katsini korang boleh totalkan sndiri brp cost aku kawen haritu . Tak smpai 7k pon ! Girls , knp nak kena membazir duit ? Why not duit tu korang perhabis untuk after korang kawen right ? Aku mmg sengaja tak jempot ramai . Sebap aku taknak susahkan fmily aku . Aku taknak fmily aku penat masa majlis aku . Alhamdulillah fmily aku rehat je sepanjang majlis aku kecuali abg sulung aku y buat catering .

If korang nak tahu , ni perkahwinan kali kedua buat aku . Hantaran aku cuma 6k . Kalau ikutkan hati aku , aku mmg taknak ada hantaran . Aku taknak susahkan suami aku . Tapi biasalah kehendak org tua . Jadi aku guna duit tu semua utk persiapan majlis . Perkahwinan pertama aku dulu hantaran 15k dan spend duit utk majlis lebih kurang 50k dan itu semua guna duit Abah , aku jujur katsini sebap aku nak bgtahu wang hantaran dan majlis mewah2 tak akan kemana kalau pasangan kita tak faham erti perkahwinan , tak mampu jalankan tanggungjwb dgn baik dalam perkahwinan .

Perkahwinan pertama aku terlalu banyak ajar aku erti kehidupan , erti sabar . Bermacam2 dugaan . Hidup kami umpama tiada keberkatan , smpai lah kami berpisah . Perkahwinan kami hanya bertahan 6tahun je . Akhirnya wang hantaran dan majlis y gah2 tu kemana ? Hancur mcmtu je . Buatapa kita perlu wang hantaran mahal2 untuk tunjuk pada org ? Dan minta wang hantaran mengikut level education ? Kita ni orang islam . Kalau ikutkan wang hantaran tak perlu . Tapi sebap adat , kita ikutkan . Sebap perlukan duit untuk menjamu tetamu y dtg .

Ok balik pada bagi hantaran mengikut level education , katmana link dia ? Is it nanty da kawen y prmpuan klu amik course perdoctoran so sepanjg kawen tu kau dokkk cek jantung suami kau je . Dokk cek kesihatan suami kau je ? So duit hantaran kau tu mmg di bayar mengikut course y kau amik tu la erk ? Kiraa mcm duit hantaran kau tu gaji kau seumur hidup la suami kau bayar . Nanty nafkah takyah bagi sebap da alang2 kau kaitkan level education ngn wang hantaran y patut di bagi kan so kita takyah cita tanggungjawab laki pada kau . Kita cita pasal level education kau je . Nanty tiap anniversary kau husbnd kau tak bg hadiah tau . Dia bagi kau paper exam je . Kau jawab lah eh smpai bengkak tiap tahun .

Buatapa cerita hantaran gah2 kalau masak pon tak reti . Kau siap mentioned kalau nak isteri pndai masak baik cari tukang gaji je . Habis tu kau pikir alam rumahtangga ni mcmna ? Lepas kawen ada makanan depan mata ? Bangun2 tahu je da smpai shoppingmall bole beli baju beli kasut beli barang makeup . Pastu suami kau mati kebulur kat ruma . Takkan laki kau nak hadap ubat je hari2 sebap dpt bini doctor ? Takyah makan nasi ? Haa makan je panadol biar laki kau mampos sebap dpt bini taknak dilable ” bibik ” cuma suh masak je .

Girls , jgn cerita pasal hantaran nak berapa K kalau tak mampu jalan tanggungjawab. Tak sempurna tak apa , yang penting tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri . Jgn asik pikir hantaran je dlm otak kau . Aku ni pon takde la bagus mana . Tapi segala tanggungjawab aku tahu .

Moral of the whole my story , dulu aku kawin hantaran banyak dan majlis gah2 dan akhirnya kecundang jua . Now hantaran aku sikit majlis biasa2 dan Alhamdulillah aku dpt suami y sangat memahami . Kdg2 tugas aku dlm rumah pon dia amik alih bila dia free . Dia takkan bg aku penat . Dia kirja , dia penat ke apa nanty dia y akan urut aku bagi aku relaks . Ni lah y dinamakan keberkatan dalam rumahtangga . Now baru aku percaya ayat “selepas turunnya hujan , akan datang seindah indah pelangi ” Alhamdulillah syukur

Malaysia Dan Kecaman

Assalamualaikum hi korang . Sebap ramai sgt y kecam dari segi budjet aku , dari segi penulisan aku , dari segi ” status janda ” dari segi tak paham apa y aku cuba smpaikan , dari segi rasa membazir je baca . Guys . First of all sekali lagi aku nyatakan kenapa aku post bnda ni , disebap kan ramai y nak tahu budjet majlis aku haritu . Aku ckp kurg dr 7k diorang mcm tak percaya . Then diorang minta aku tolong listkan . Takkan la aku nak mesej sorg2 bgtahu .

So aku pilih untuk post terus kat fb , mana tahu bole jd inspirasi untuk org lain juga . Tapi tak sangka ramai sgt y tolong calculate kan untuk aku . Siap bgtahu pengalaman masing2 dgn budjet masing2 . Comparekan harga mereka lg murah dari aku punya . Alhamdulillah itu rezeki awak semua dpt murah dari harga aku . Aku dpt harga mcmtu then aku amik je lah . Aku survey2 tmpat lain selain full pada tarikh majlis aku , mahal pulak . Harga y aku dpt tu da kira paling murah y aku dpt tht time .

Part dr segi penulisan aku , puas aku baca kat mana y org kata macam budak wechat la apa lah . Aku rasa penulisan aku lagi elok dr y kecam. Alhamdulillah smpai habis juga kan korg baca ? Ni bukan paper exam BM aku nak kena tulis bahasa baku . Shortform sikit2 tu kena la ada . Dah takde bnda agaknya nak dikecamkan , eja ” sebap ” pon jadi masalah .

Ok , pasal status aku . Ya aku janda . Hina ke seorang janda ? Salah ke janda nak ada majlis utk kali kedua ? Guys , dekat posting pertama aku . Aku da nyatakan y aku taknak pon hantaran tu bagai . Sebap aku taknak susahkan suami aku . Aku nak suami aku spent duit after kawen . Tapi itu kehendak keluarga aku . Dan aku je y janda , suami aku tu bujang . Ofcos lah dia nak rasa naik pelamin . Suami aku sndiri kalau bole nak buat majlis y lebih dari tu . Tapi aku tekan kan ke dia better kita jimat . So dgn majlis y terjadi pada haritu da cukup puaskan hati suami aku . Takkan aku nak ikut tekak aku je kan ? Aku taknak ada majlis then takyah ada majlis . Aku kan kawen dgn suami aku . Bukan kawen sorg2 y nak ikut kepala aku sorg je . Apa y terjadi semua sepertimana y dibincangkan kami berdua.

Ada org ckp da kalau kawen kali kedua , takyah la ada majlis . Buat je kat masjid . Habis tu tetamu takyah makan ? Minum je air semahyang kat masjid tu ya ? Korang ckp please lah gunakan otak dan akal y Allah dah bagi . Jangan cakap pakai ketiak . Lain jd dia nanty . Kita ada keluarga y besar nak diundang . Parents pon ada kenalan y nak di jamu . Takkan nak jamu dgn kuih karipap je kan ? Semata nak ikutkan kehendak netizen , takyah jamu tetamu .

Ada pulak y kata aku post sebap batak like sebap nak viral . Allahu . Katmana lah org2 y cakap ni letak otak dia . Tertinggal dlm toilet ke masa type tu ? Aku da kata aku share sebap org nak tahu budjet aku . Klu aku tak share org kata kedekut . Sudah kita share org kata batak . Majority memang perempuan lah y kecam . Ada ke aku share , pastu aku hashtag please like hashtag please share please viral . Ada ? Takde ya haters2 sekalian . Anda sendiri y terasa macam senak sgt ngn posting aku . Taktahu la klu posting aku ni membawa bala untuk keluarga korang .

Aku cuba nak postive , tapi aku gagal bila orang kaitkan pasal ” status kawen kali kedua ” . Siapa je y nak jadi janda kan ? Takdir . Smpai ada y cakap tggu kawen kali ke tiga pulak . Umpama mendoakan . Takapa lah , kepada mulut2 y takde insurans tu , aku doakan korang sentiasa bahagia . Jgn ada sorg pon y jumpa nasib mcm aku

And last part , aku bgtahu semula kenapa aky post bnda ni . First sememang nya nak bgtahu siapa y tanya budget aku tu . Second nak tekankan pasal y nak hantaran ikut level education tu . Ikut lah pada korang. Nak terima pasal hantaran tu terima , kalau taknak takperlu . Third , aku nak smpaikan pada korg . Hantaran mewah2 tak akan kemana kalau kita sendiri tak mampu nak corak rumahtangga kita , tak mampu nak jalankan tanggungjawab kita dalam rumahtangga .

sumber : Rara Roslan