Sejak Tular Dia Jual Durian Tanpa Kulit, Akhirnya Dia Buka Mulut Knapa Jual Durian Tanpa Kulit


KEJUJURAN seorang pemuda berniaga durian tanpa kulit di bahu jalan di Batu 15 Jalan Sintok menjadikan gerainya sentiasa menjadi rebuutan peminat raja buah itu. Mohd Izzuwan Ismail, 30, berkata, dia memilih untuk menjual isi durian yang baik saja bagi memastikan pelanggan berpuas hati.

Katanya, dia mendapat idea berniaga dengan cara itu pada bulan lalu selepas beberapa kali membeli durian buruk. “Jika saya sendiri pasti merasa marah apabila buka durian yang isinya buruk maka orang lain juga akan ada perasaan begitu juga. Tidak mustahil mungkin ada yang menyumpah seranah peniaga durian sebagai seorang yang tidak jujur.

“Jadi saya tak mahu perkara itu berlaku kepada saya dan adik-adik yang membantu saya berniaga di sini. Kami mahu pelanggan berpuas hati dan melakukan ‘akad’ jual beli dengan rasa senang hati,” katanya yang juga adalah anak kedua daripada lapan beradik.

Mohd Izzuwan yang bekerja sebagai mekanik motosikal berkata, setiap durian yang diisi dalam bekas akan dijual dengan harga RM25 sekilogram (kg) manakala sebiji durian pula akan dijual bermula dengan harga RM8 sekilogram hingga RM25 mengikut jenis.

Katanya, buah yang dijual terus kepada pelanggan akan dipastikan baik dan jika dia berasa was-was atau mendapati terdapat tanda buruk pada durian itu, dia akan terus membuka buah itu.

“Jika buah itu dari jenis udang merah sekalipun, saya akan buka kemudian saya akan campur dengan buah jenis lain dan tetap dijual dengan harga RM25 sekilogram.

“Setakat ini pelanggan banyak yang ulang beli di gerai saya belum ada yang datang merungut. Alhamdulillah walaupun berniaga di hujung kampung saya berjaya jual lebih 200 biji durian setiap hari,” katanya yang berasal dari Kampung Changkat Setoi, Changlun.

Bercerita lanjut, Mohd Izzuan berkata, sejak pelanggan tular mengenai cara jualan di gerainya semalam, duriannya habis dijual lebih awal hari ini iaitu pada jam 2 petang selepas mula berniaga pada 10 pagi.

“Selain menjual durian di gerai, saya turut menjual secara atas talian dan membuat penghantaran ke daerah lain termasuk ke Pulau Langkawi.

“Sebelum ini, saya dah hantar 20 bekas durian ke Pulau Langkawi, banyak lagi pesanan yang saya terima,” katanya.

Antara komen padu ntizen,

Baiem Ikram, Alhmdulillah.. Rezeki tidak pernah salah alamat.. Semoga Allah curahkan rezeki yg berlipat kali ganda buat saudara..

Rosnita Dahalan, Semoga rezeki saudara ini dimurahkn oleh Allah.. Dan sy harap ramai lg peniaga lain yg akan mengikut jejak langkah saudara ni.

Sarimab Husin, Aamin moga lepas ni br lebih3 lgi rezeki mu y dik, durian mhal kn klu kira kg x br bloii kn,ni kira biji x de org yg buat cmni kn A

Fadly Abu bakar, Semoga Allah murahkan rezeki bro ni.. inilah jalan terbaik utk keluar dari rezeki yg syubhah.. beli ratusan ringgit, tiba2 dapat brapa ulas je, itu pun yg elok utk buat tempoyak je..itu ok lagi, ada yg dp5 kulit je.. naya kat org..

Mohd Kausar, Kalau pokok sendiri insyaallah bole buat, kalau pi beli atas orang balik nak meniaga, jngn harap nak bole buat, mudah mudahan dmurh rzki kau bro

Aboudy Abdullah, Untung kau dik, satu malaysia doakan kebaikan utk ko, kepada peniaga kulit durian dan peniaga durian ddah lebih, anda tidak suka baca post ini..

Paan, Kepada wanita2 yg masih mncari calon suami, kalau nk tahu lelaki itu mmpunyai sifat seorang ketua keluarga yg berdedikasi, bertanggungjawab, penyayang, soleh dan beriman.. tak payah pegi jauh… tengok dalam gambar ni je pon boleh jumpa.

Salina Ismail, Semlm saya beli durian kg kat Sek 6 Shah Alam.. ..bila buka je tgk nama bijik je.. Isi mcm nipis sgt.. Saya ckp tukar boleh ke.. Sbb rm10 kot se kg.. . Boleh peniaga tu ckp durian kg ni dah buka x boleh reject.. Agak2 la kn.. Ni saya beli durian ke saya beli bijik dgn kulit durian..teruk betul kn..

Along Ajiee, Terbaik.. Semoga dimurahkan rezeki…Tapi hati2..jgn sampai ade org plak kata… Itu timbang sekali ngn biji tu.. Kena buang biji dulu baru timbang… Tak naya ko bang… Hati2 bang.. Ape2 pun terbaik dan semoga di murahkan rezeki

Sumber: Harian Metro & Nur Hajar