Ini Bukan pertama kali ‘terbang’ ke Australia, kali ini kliru tengok ayah siap beruniform, Mak pulak perli


SIAPA yang tidak teruja apabila hari yang ditunggu-tunggu untuk ‘terbang’ ke Australia akhirnya tiba.

Begitulah yang berlaku terhadap Fatini Batrisyia Mohamad Fildza pada Khamis sewaktu dia bersama kedua ibu bapanya bertolak ke negara kanggaru itu untuk menziarahi kakaknya, Farhana Kamalia.

Namun, rasa teruja itu bertukar keliru saat gadis berusia 18 tahun itu melihat bapanya, Mohamad Fildza Yaacob lengkap dalam pakaian seragam kerjanya.

Langsung tidak disangka, namun lelaki berusia 48 tahun itu tidak akan bersama dia dan ibunya di kerusi penumpang, sebaliknya akan mengemudi pesawat yang dinaiki mereka.

Bercerita kepada mStar, anak kepada juruterbang itu berkata, kekeliruan mula timbul sewaktu mereka sedang mengisi bagasi ke dalam kenderaan sebelum berangkat ke lapangan terbang.

Ibu bapa Fatini yang turut berangkat ke Adelaide bersamanya pada Khamis.

“Masa tengah masukkan bagasi dalam kereta saya baru perasan dia pakai seragam kerja.

“Saya jadi blur, kenapa dia pakai baju kerja sebab yang saya tahu, kami bertiga pergi sekali ke Adelaide.

“Jadi bila saya tanya ayah, baru dia kata dia yang bawa pesawat ke Adelaide ni.

“Mak saya tahu, saya sorang je tak tahu. Mak saya perli la, dia kata takkan la ayah pakai seragam sebagai hiasan je,” ujar Fatini secara berseloroh sewaktu dihubungi pada Jumaat.

Rasa excited la juga, sebab sebelum ni orang lain tapi kali ni ayah sendiri bawa pesawat.
FATINI BATRISYIA

Bercita-cita untuk mengikut jejak langkah bapanya, Fatini menjelaskan ia merupakan pengalaman pertama menaiki pesawat yang dikendalikan oleh bapanya.

Mengakui teruja, ia turut menambahkan lagi motivasi dirinya untuk terus bekerja keras dalam merealisasikan cita-citanya itu.

 

Fatini bersama keluarganya.

“Rasa excited la juga, sebab sebelum ni orang lain tapi kali ni ayah sendiri bawa pesawat. Dengan ayah, dia kadang-kadang akan bercerita mengenai hal-hal berkaitan juruterbang.

“Ajar perkara-perkara asas, sebab saya pun minat nak jadi juruterbang. Saya minat sebab suka melancong. Dulu tak ramai juruterbang perempuan, ia bagi inspirasi untuk saya pilih kerjaya ini,” katanya sambil menambah ia bukan kunjungan pertamanya ke Australia.

 

Fatini dan ibu bapanya akan berangkat pulang ke tanah air pada Ahad ini.

Sepanjang berada di sana sehingga Ahad ini, dia merancang untuk meneroka kota Adelaide bersama keluarganya.

Dalam pada itu, posting Fatini mengenai hal itu menerima reaksi ramai apabila ia menerima lebih 12,400 ulang kicau (Retweet).
Merem4ng pula bulu roma bila teringat balik” – Anak pramugara MH370 harap orang lain tak ulang kesilapan sama

Sudah lima tahun insiden kehilangan pesawat MH370 menggmparkan dunia, namun impaknya masih dapat dirasai oleh rakyat di negara ini, terutama ahli keluarga dan rakan mangs4a.

Realiti ini jelas, apabila anak kepada ketua pramugara MH370 itu sendiri, Maira Elizabeth Nari memuat naik posting di laman Twitter yang ‘menjentik’ hati netizen.

Menerusi perkongsiannya pada Khamis, dia mengimbas kembali detik sekitar empat tahun lalu ketika kali terakhir bertemu bapanya, Andrew Nari.

Tweet Maira mengenai bapanya, Andrew Nari ternyata menarik perhatian pelayar Twitter.

Bercakap kepada mStar Online, Maira mengakui tidak menyangka perkongsian itu akan mendapat perhatian ramai sehingga menerima lebih 12,000 ulang kicau (retweet).

“Sewaktu saya baca beberapa perkongsian orang lain mengenai kehilangan adik beradik dan ibu-bapa secara tiba-tiba, lama-lama saya jadi sedih dan kebetulan semalam memang teringatkan bapa saya.

“Jadi saya pun kongsi kisah dan pengalaman saya. Tak terlintas pun ramai yang akan retweet. Sejujurnya saya ingat orang dah tak kisah pasal ni,” katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Bercerita lanjut mengenai tweet itu, Maira mengakui perasaan menyesal masih menyelubungi dirinya kerana tidak menghantar bapanya ke lapangan terbang pada malam 7 Mac 2014 walaupun diajak, sebelum MH370 dilaporkan hilang awal pagi keesokan harinya.

Malah, dia sama sekali tidak menyangka detik itu menjadi pertemuan terakhir mereka.

“Sebenarnya nak ikut pergi hantar, tapi hari tu sangat penat kerana saya bekerja secara sambilan, masa tu sedang tunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Menyesal, tapi tak terlintas akan jadi macam tu sebab dah biasa dia pergi kerja. Kebetulan kalau ada kat rumah saya ikut. Kalau tak, mak dan adik akan hantar dia.

“Meremang pula bulu roma bila teringat balik. Saya harap orang lain tak ulangi kesilapan sama, sebab kita tak tahu bila orang tersayang akan pergi,” jelasnya lagi.

Foto kenangan Maira bersama bapanya, Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari.

Menurut Maira yang kini sedang meneruskan pengajian secara sambilan dalam bidang perniagaan dan pengurusan, dia sudah lama menerima hakikat mengenai pemergian bapanya itu.

Namun, harapan untuk kesemua penumpang MH370 pulang tidak pernah lenyap dari kamus hidupnya.

“Sejujurnya tak tahu macam mana, nak doa untuk orang mninggal tapi kalau masih hidup macam mana? Nak doa orang hidup tapi kalau dah mninggal macam mana?

“Pada akhirnya, saya hanya berdoa agar semua OK, sihat dan bahagia sahaja.

“Sewaktu tahun pertama dan kedua selepas insiden itu, saya ada hantar mesej pada nombor telefon bapa saya, sekarang dah tamatkan nombor itu dan saya cakap dalam doa je, tapi rasa tak puas,” ujarnya.

Sementara itu, Maira turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menyokong mereka sejak hari pertama insiden itu berlaku.

 

Biarpun pelbagai teori mengenai insiden itu telah dikemukakan, ia masih lagi menjadi misteri terbesar dalam dunia penerbangan.

Katanya, dia tidak menyangka kejadian itu masih mendapat perhatian walaupun ia sudah lama berlalu.

“Kisah orang lain di Twitter saya jadikan peringatan. Tapi kalau nak kata jadi lebih kuat tu tak ada sebab saya dah memang kuat sangat.

“Tapi menarik apabila tahu ramai lagi sebenarnya lalui perkara sama. Apa pun terima kasih, tak sangka orang di luar sana masih berharap semua penumpang MH370 akan kembali,” katanya lagi.

 

sumber mstar