Sambungan Kisah Terdahulu, Saya Tidak Akan Lupa Malam Yang Amat Romantis. Kisah Dijemput ke Malaysia, Rihana Petra & Sultan.


Kisah pertemuan terhenti seketika dan ramai menunggu untuk beliau menyambung kembali ceritanya..

Link Part Pertama ( klik utk Baca) : Sweet Sangat! Akhirnya Rihana Petra kongsi kisah pertemuan pertama dengan suami. 

Kisah Percintaan Part II

Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan.

Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi.

Datang ke Malaysia

Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya. Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia.

Sultan Melamar Pada Satu Makan Malam Romantis

Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya.

Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah

Sebelum ini Rihana Petra pernah berkongsi rasa bersyukur jika diberikan zuriat yang ramai. Gambar beliau mula memakai turban turut mendapat perhatian ramai.

Rata-rata pengikut Rihana teruja mengikut kisah cinta Sultan kesayangan ramai ini dan berasa kagum dengan kesungguhan beliau menulis di dalam Bahasa Melayu

Kisah Kelahiran Ismail Leon

Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar. Berat badan si Leo menjatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga mengidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning. Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan.
Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2.5 – 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan ia berada dalam pelukan ibunya. Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur … kadang-kadang.

Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas. Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu. Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran. Sehingga waktu itu, putera kecil kami akan terus membesar dan memberi kasih sayang kepada ibubapanya serta kepada semua insan yang menyayangi dan mendukunginya.

One month ago I became mother of beautiful little baby Ismail Leon
My life has changed forever. Child is a great happiness and at the same time it is a huge responsibility. Leo lost too much weight during the first few weeks of his life. He also had jaundice. At the beginning I didn’t pay attention on it because i thought he was born with yellow skin. Alhamdullilah, by one month old he recovered from it and gained the necessary weight in plus 1 kg.
Now Leo eats every 2.5 – 3 hours, he sleeps good, especially when it is fresh air outside and he enjoys cuddling very much. Actually he is wonderful and very calm child. I was afraid that It would be impossible for me to sleep at nights, but I had already get used to his timing and even manage to sleep… sometimes

My fears about motherhood were unnecessary, this is the most beautiful period in the life of any woman, and what is most important, (continue below) 👇🏼

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : IG Rihana Petra