Suami bertanggungjawab dalam segala hal Tapi Dua bulan sebelum penceraian, Baru aku tahu perangai dan naluri sebenar dia


Assalamualaikum readers, nama aku Natasha 25 tahun. Aku baru bercer4i bulan 12 tahun lepas Taalak 3. Aku dan suami berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan 1 orang anak lelaki baru berusia 1 tahun++.

Punca aku dan suami bercer4ai disebabkan bekas suami aku mempunyai naluri song sang. Suami aku berterus terang yang dia dah tak mampu menipu perasaan dia terhadap aku lagi. Dari mula kahwin dia tak ada perasaan cinta pon ngan aku. Dia berkahwin sebab dia nak ubah diri die, die kata nak berkahwin dulu supaya naluri die ni boleh hilang tapi ternyata tidak.

Ex suami seorang yang menjaga solat dan rajin serta bertanggungjawab. Selama kami berkahwin, dia rajin membantu aku menjaga anak kami dan mengemas rumah. Dia tak pernah lepak dengan kawan kawan kat luar, selalunya die banyak menghabiskan masa di ruma je. Ex juga layan aku dengan baik segala kemahuan aku dituruti.

Oh ya, Ex aku ni pendiam dan suka memendam. Masa bercinta dulu ex aku ni rapat ngan kawan pempuan die, adalah juga kawan lelaki tapi 2 3 org macam tu. Yang aku perasan sejak kami berkahwin, masa kami jalan2 ke apa ke, dia ni langsung tak tgk perempuan seksi or cantik yang lalu depan die tapi bila lelaki sado ke hensem ke yang lalu depan dia akan tengok dari atas ke bawah macam nak terkam. Tapi tulah masa tu tak fikir bukan2 lagi.

Dua bulan sebelum pencer4aian, aku memang dah syak ada sesuatu yang tak kene, Dia mula menghabiskan masa dengan handphone, tidur lewat sampai jam 2 pagi, anak pun dia dah kurang peduli, selalu pergi outstation dan selalu balik rumah dalam jam 11pm. Kadang2 langsung tak balik dengan alasan tertidur di ofis. Masa tu aku tak fikir bukan2 lah sentiasa husnuzon je, sebab dalam fikiran aku masa tu yang Ex ni mungkin berusaha dan penat sebab mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Tiba2 di suatu hari tu Ex cakap ngan aku die tak dapat tipu perasaan yang die tak nak kat aku dah. dia suka kaum sejenis dia dan sedang berhubungan dengan seorang lelaki selama 2 bulan dah. Aku fikir mase tu die bergurau tapi bila dah tengok segala bukti yang ada aku terus terdiam dan menangis. Dia tak sanggup kehilangan lelaki tu sebab dia sangat2 sayang. Mereka dah terlanjur beberapa kali.

Rupanya selama ni dia kata dia pergi outstation rupanya tidak sama sekali, dia tengah berfoya-foya dengan lelaki tu selama berminggu minggu. Allahuakabar!! Perasaan aku pada masa tu hanya Allah je yang tau. Punyalah aku sayangkan dia dan banyak berkorban untuk die dari zaman bercinta lagi, mase lahirkan anak dia dulu pun aku hampir kehilangan nyawa sebab komplikasi tumpah darah. Terasa diri ni dikhianati sangat2 dan tak dihargai.

Lepas tu kami perang besar dan dia lafazkan cer4ai taalak 3 ke aku. Die kata die memang tak nak rujuk dah ngan aku. Aku terduduk dan menangis semahu-mahunya, tergamak die lepaskan aku demi lelaki tu. Dia rela pilih lelaki tu dari kami anak beranak.

Semenjak dari hari tu aku frust sgt dan balik2 salahkan diri aku kot2 selama ni aku gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri. Suami kata dia memang dah ada naluri ni sejak kecil lagi, dan dia berusaha untuk kawal nafsu dia tetapi akhirnya tewas juga, die juga berterus terang selama kami dah berkahwin dia selalu download apps g4y untuk cari pasangan.

Kami berpisah dengan cara baik walapun aku masi terluka dan kecewa dengan die. Sebelum berpisah tu dia kata jangan lupakan or benci dia. Dia nak kami jadi kawan. Anak dibawah jagaan aku dan nafkah anak sampai sekarang dia still bagi. Masalah die, sekarang ni ex suami terlalu ikut cakap pasangan die tu sampai die dah tak hirau orang sekeliling, dah macam angau. Die banyak habiskan masa untuk bercuti dengan lelaki tu.

Mmm.. Sekarang ni aku masih lagi rindukan die tapi dalam masa yang sama tengah usaha jugala untuk move on. Jauh di sudut hati aku, sekiranya die ingin bertaubat dan kembali kepangkal jalan, aku masih mampu terima die walaupun agak mustahil untuk dia berubah sebab naluri ni, tapi manalah tahu suatu hari nanti Allah buka hati die..

Walaubagaimanapun kes aku ni memang tak dapat rujuk pun sebab dah taalak 3.. tak apala korang doakan aku ye spaya dapat menempuh hari2 yang mendatang. Aku akan besarkan anak aku sebaik mungkin.

Untuk Ex, semoga kamu kembali ke jalan yang benar dan jangan pernah putus asa untuk kembali kepada fitrah. Maaflah ayat aku bertabur, aku memang tak pandai nak buat ayat ni, sekolah pun tak habis lagi.

Insan yang Kerdil,

– Natasha (Bukan nama sebenar) via IIUM