Pertemuan dengan Ryzal yang saya anggap sebagai ‘saluran’ hidayah. Gadis Korea Tekad Peluk Islam


Menjalani hidup tanpa menganut sebarang agama, tetapi percaya tuhan itu wujud meletakkan wanita Korea, You Narae, dalam persimpangan memilih agama apa yang tepat sebagai panduan hidup.

Perkenalan dengan pemuda Melayu dari Kota Bharu, Kelantan, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27, yang ketika itu sedang menuntut di Universiti Korea, Seoul mula menjentik hatinya untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Melihat kepada cara hidup dan amalan Nik Muhammad Ryzal, wanita berusia 27 tahun itu terus tertarik dengan Islam lebih-lebih lagi apabila melihat keluarga pemuda itu menumpang solat di rumahnya ketika berkunjung ke negara itu, pada penghujung tahun lalu.

Dalami kelebihan, amalan berpuasa

You Narae berkata, tarikan dengan Islam semakin menebal apabila Nik Muhammad Ryzal memberitahu akan berpuasa selama sebulan beberapa hari sebelum Ramadan, tahun lalu.

“Saya bertanyakan kepadanya apa tujuan berpuasa dan dia menerangkan serba sedikit, malah untuk mengetahui secara terperinci saya mencari maklumat sendiri melalui pembacaan dan melayari internet, sekali gus menjadikan saya kagum dengan Islam.

“Sebelum ini, saya memang percaya tuhan itu wujud, tapi tidak tahu agama apa yang harus saya ikuti sebelum dipertemukan dengan Ryzal yang saya anggap sebagai ‘saluran’ hidayah Allah kepada saya,” katanya ketika dihubungi.

Wanita yang bekerja sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di bandar Ansan, Korea itu, kini sudah memeluk Islam secara tidak rasmi apabila mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Nik Muhammad Ryzal, pada Ramadan lalu.

Adik Nik Muhammad Ryzal, kemudian memberikan saya nama Islam, iaitu Maryam.

You Narae berkata, ketika mencari makna dan pengertian sebenar mengenai Islam dan ajarannya, beliau ‘berguru’ menerusi buku, kitab asas, bertanyakan kepada Nik Muhammad Ryzal, selain banyak melayari internet.

“Selepas bersedia (memeluk Islam), saya melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Nik Muhammad Ryzal, pada 1 Ramadan lalu sebelum dirujuk kepada imam Masjid Itaewon.

Seorang warga Korea, You Narae, 26 atau nama Islamnya, Maryam merupakan tunang Nik Muhammad Ryzal, 26 berasal dari Kelantan ‘berguru’ menerusi buku, kitab asas, bertanyakan kepada teman lelakinya dan banyak melayari internet dalam mencari makna dan pengertian sebenar mengenai Islam. – Foto ihsan Nik Muhammad Ryzal

Positif terhadap Islam

“Saya kemudian dibawa ke Pusat Buku Islamik yang berdekatan untuk berjumpa dengan pengusaha kedai itu, Muneer Ahmad, yang memberikan al-Quran secara percuma dalam terjemahan Korea dan Inggeris serta beberapa buku ilmiah sebagai rujukan.

Selepas melihat wujud keserasian mereka berdua, You Narae dan Nik Muhammad Ryzal mengikat tali pertunangan, sebelum Aidilfitri lalu.

Bercerita lanjut, merasai pengalaman pertama kali berpuasa sesuatu yang amat janggal buat wanita itu, namun digagahi juga dengan semangat menahan lapar dan dahaga sehingga waktu berbuka.

Malah, sesuatu yang boleh dibanggakan apabila You Narae berjaya berpuasa untuk dua minggu.

Nik Muhammad Ryzal berkata, beliau tidak pernah memaksa You Narae memeluk Islam.

Bagaimanapun, katanya, sejak berkenalan, You Narae sudah menunjukkan sisi positif untuk mengetahui mengenai Islam secara terperinci.

“Apa yang dia tahu mengenai Islam sebelum ini adalah dikaitkan dengan pengganas Islamic State (IS), namun gambaran sebaliknya dia lihat selepas mengenali saya kerana sikap yang ditunjukkan adalah bertentangan dengan pengertiannya.

“Atas faktor itu dia semakin ingin mengenali Islam dan budaya Melayu, termasuk cuba memakai tudung, makan makanan Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu atau meniru dialek Kelantan.

“Yang membanggakan saya, dia juga membaca doa ringkas dan kini sudah mampu menghafaz surah al-Fatihah,” katanya.

You Narae, dari Korea, (kanan) mencuba membuat sarung ketupat ketika mengunjungi rumah seorang kenalan sempena majlis kenduri di Kampung Petani Sering. – Foto Siti Rohana Idris


Seorang warga Korea, You Narae, 26 atau nama Islamnya, Maryam ditemani tunangnya, seorang pemuda Melayu dari Kota Bharu, Kelantan, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27 membakar lemang ketika berkunjung ke rumah ibu bapa tunangnya itu di Kota Bharu baru-baru ini. – Foto ihsan Nik Muhammad Ryzal

Teruja beraya

Nik Muhammad Ryzal kini bekerja sebagai perunding jualan di sebuah syarikat telekomunikasi di Suwon mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada awal Julai ini di sebuah masjid di Korea.

Bercerita mengenai pengalaman membawa pulang wanita itu menyambut Aidilfitri baru-baru ini, Nik Muhammad Ryzal berkata, tunangnya sangat teruja dan sama sekali tidak pernah menyangka ada perayaan sebegitu disambut umat Islam.

Katanya, You Narae juga memakai pakaian baharu yang cantik, menikmati aneka juadah tersedia dan seronok mengikut beliau mengunjungi rumah sanak-saudara.

“Dia teruja dan tidak bosan meskipun sehari suntuk beraya di rumah sanak saudara serta rakan.

“Maryam (You Narae) juga tidak ketinggalan mengikut kami menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Muhammadi, di sini bersama adik dan ibu saudara saya.

“Walaupun dia masih belum mampu membaca semua bacaan dalam solat dan hanya mengikut perbuatan (dalam solat) tapi kesediaannya untuk mendalami Islam cukup mengharukan saya dan keluarga,” katanya.

Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27, (dua kiri) bersama teman wanitanya You Narae, (tiga kiri) dari Korea, menikmati nasi dagang ketika mengunjungi rumah seorang kenalan sempena majlis kenduri di Kampung Petani Sering. – Foto Siti Rohana Idris

Alhamdulillah! Sejuk hati abang…

Alhamdulillah sedia mendalami Islam…

Tahniah! Selamat pengantin baru dengan saudara baru…

komen nakal netizen:

Ahmad Fahd Satu contoh baik untuk anak muda kononya duk ikut budaya barat.. Sementara barat prlajari ilmu dan pedoman yang benar..

Rosmalizainiey Jusoh Alhamdulilah,tapi ada gak orang kita yang sibuk nak ikut budaya orang,budaya sendiri pun tak ter buat

Najib Jabar Nasib baik rambut aku ni ada ala-ala Korea kampung…kira boleh lah menambat hati gadis Korea kan…

Muhammad Noor Azman Klau ddk korea lama warna rambut boleh bertukar dari hitam ke kuning ke? Kot2 la cuaca kt sana sejuk melampau boleh bertukar warna rambut tu 

Farah Mohd korang x faham cerita. yg rambut sabut kelapa tu korea. perempuan mmg org malaysia

Addy Asmawi Nmpk sweet je bila korea jadi melayu tapi bila melayu nak jd korea ish nmpk nyampah pulak hehehe.

Amin Stark Die kate solat mase kt Korea… Rambut kuning2 bole ke bawak ke solat… Keee rambut palsu jee??

Muhammad Mujahid Syaheed Alhamdulillah… Tahniah untuk gadis korea…Cuma Rakyat Malaysia Celup Tepung jer tak minat menghormati, menyantuni budaya di Malaysia…

 

Sumber : Berita Harian