Kepala & mata ma ngsa beng kak, s@kit dada serta mun tah darah’ – 2 susp ek bel@sah remaja ditahan


Polis memberkas dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pu kul seorang remaja susulan video tular di media sosial yang berlaku di sebuah taman permainan di Taman Setia Indah di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu diberkas pada pu kul 7.40 malam di sebuah rumah di Jalan Jaya Putra 8/4, Taman Daya di sini.

Menurutnya, tangkapan dilakukan setelah pengadu iaitu man gsa tampil membuat laporan selepas mengalami kecederaan bengkak pada kepala, mata, dan sakit dada serta muntah darah.

“Sebelum kejadian, ma ngsa berada di sebuah bengkel di  Jalan Setia 7, Taman Setia Indah, telah terima panggilan daripada kawannya  meminta man gsa datang ke kawasan Taman Permainan di Taman Setia Indah.

“Setelah sampai di lokasi pada puk ul 3.30 petang berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan kawan-kawannya sebelum man gsa dipu kul dua suspek terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, punca kejadian akibat ejek mengejek yang membawa kepada pergaduhan di antara kedua-dua pihak.

Shahurinain berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

‘Padamkan video itu, saya tak nak mereka (sus pek) malu, saya buat hal sebab itu kena pu kul’ – Mangs4

Susulan viral klip video seorang remaja lelaki dibel asah teruk oleh dua suspek, individu yang menyebarkan video itu tampil merayu kepada orang ramai agar memadamkan video tersebut dari terus tersebar di media sosial.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Mirul itu berkata, kes tersebut telah diselesaikan di antara kedua-dua pihak dan laporan polis telahpun dibuat.

“Kepada semua yang viralkan video itu, tolong delete sebab benda dah settle. Jangan nak besar-besarkan lagi okey.

“Saya bersalah sebab viralkan. Saya tak fikir orang. Jadi, tolonglah ye kepada semua yang di luar sana itu, delete video tersebut.

Mohon jasa korang, kes ini dah settle dengan keluarga si pelaku dan ayah kepada man gsa pu kul. Tolong delete ye sebab ini arahan dari pihak atasan. Tolong bagi kerjasama ye kawan-kawan.  Laporan sudah siap. Jadi saya mohon semua doakan kawan saya sekarang ini dipermudahkan urusan.” katanya.

Namun, netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang dianggap cuba menutup kes tersebut sedangkan kejadian itu jelas merupakan kes jen ayah yang perlu ditangani dengan tindakan undang-undang.

Saya yang tengok video ini tak rasa kes ini patut settle begitu sahaja. Tolong buat laporan polis atau bagi PDRM ambil tindakan terhadap yang pijak dan memulakan puk ulan.

“Awak kakak ke, adik dia ke, saya rasa patut awak jadi orang yang bertanggungjawab,” kata netizen.

Sementara itu di Instagram Awie MBR69 memuat naik audio rayuan seorang lelaki yang  mendakwa dirinya adalah man gsa pu kul dalam video viral tersebut, agar video itu dipadamkan segera.

..saya yang kena puk ul teruk… Tolonglah bang, delete video tu bang. Bapak saya dah settlekan dengan budak-budak tu bang. Saya tak nak budak-budak itu malu bang. 

Abang buat begini, abang timbulkan rasa marah netizen. Disebabkan abang, kawan-kawan saya malu. Memang saya ada buat hal, sebab itu saya kena puk ul. Tolong bang delete video itu bang, saya merayu sangat pada abang.” kata individu yang mendakwa dirinya adalah man gsa dalam kejadian itu.

Berdasarkan klip audio itu, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki itu telah diugut oleh seseorang.

Sumber: Instagram @Mmirrull , @awiembr69