Walaupun umur 85 tahun masih kerah tenaga jadi nelayan, Kehidupan Daif Pakcik ini buat ramai menitis air mata


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Peribahasa ini kerap kali didengar jika melihat seseorang itu menghadapi sesuatu kesulitan dalam kehidupan.

Perkara ini turut bersesuaian dengan mereka yang hidup dalam keadaan daif dan miskin. Lebih memeritkan jika kepayahan tersebut ditanggung ketika usia semakin senja.
Seminggu tak dapat hasil tangkapan
Menerusi satu posting di Facebook milik seorang pengguna dikenali sebagai Hangkas Turi, dia telah berkongsi kisah mengenai sebuah keluarga yang dirundung kesusahan. Menurutnya,  seorang nelayan dikenali sebagai Pak Kulup, 85 dan isteri sudah seminggu makan hanya berlaukkan garam kerana tiada hasil tangkapan diperoleh.

Menurut Hangkas Turi lagi, walaupun hidup dalam keadaan daif, Pak Kulup dan isteri tetap tersenyum dan gembira. Mereka juga dikenali sebagai orang yang kuat beribadah dan tidak meminta-minta kerana malu berbuat sebegitu.
Hasil tangkapan buat lauk makan
Pengguna Facebook itu juga telah membuat posting susulan dengan pada hari ini dengan memuat naik gambar nelayan tua itu membakar ikan selepas memperoleh hasil tangkapan di laut.


Mereka dah tua dan tak larat
Perkongsian tersebut telah mengundang sebak warganet dan mendapat maklum balas yang pelbagai di Facebook. Rata-rata mereka berasa simpati dengan nasib yang menimpa warga emas itu serta mendoakan agar mereka dipermudahkan segala urusan.


Semoga ada yang membantu

Umur dah 85 tahun masih ke laut

Anak masuk penjara

Sumber : Hangkas Turi