Baru main sekali Beyblade dah kena rembat’ – Simpati dengan nasibnya, lelaki ini tampil hadiahkan 3 Beyblade baru


Baru-baru ini viral di media sosial perkongsian seorang wanita mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang menangis kesedihan berikutan gasing moden atau Beyblade miliknya telah dicuri.

Menurut Ukhti Ya Humaira, kanak-kanak lelaki itu bukan berasal dari keluarga yang berada, mengumpul duit sekolah setiap hari semata-mata mahu membeli Beyblade.

“Adik ini bukan dari keluarga senang, kumpul duit sekolah hari-hari sebab nak beli Beyblade. Namun apakan daya, baru main sekali Beyblade, dia dah kena rembat (curi).

“Mak ayah, kalau anak ada bawa balik mainan dari mana-mana dan perasan tak pernah beli pun mainan itu, bertanyalah dahulu anak ambil mainan itu dari mana. Jangan membiasakan anak dari kecil lagi dah ambil barang orang,” katanya.

Perkongsian Humaira itu mendapat banyak perhatian netizen sehingga ada beberapa individu yang menawarkan diri untuk memberikan Beyblade baru kepada kanak-kanak berkenaan.

Susulan viral gambar kanak-kanak itu, tampil seorang lelaki menghadiahkan tiga set Beyblade baru antaranya God Valkyrie dan Sieg Xcalibur berserta dengan Beyblade Battle Stadium berwarna biru.

“Terima kasih untuk abang ini dari Alor Setar ke Bukit Mertajam. Semoga jasa baik dibalas Allah SWT. Aamiin,” kata Humaira.

Sementara itu, netizen memuji usaha lelaki berkenaan menghulurkan permainan kegemaran kanak-kanak itu.

terima kasih semua yg pm sy..dh bgtau ada kakak abg pakcik makcik nk hadiahkan bey utk dia..dh seronok tu

Komen Netizen:

Kipas Lipas Power rakyat malaysia! Selute korang semua! Aku tumpang gembira mcm adk ni jugak sbb ramai netizen cm korg yg snggup happykan bdk ni wlupn korg x kenal. Terima kasih semua!

Azman Abdul Meh nak belikan. Nak banyak mana habaq dia tgk..

Meeyka Lautner Adik nak kea ? Rumah akk banyak . Amik jea dik Puan Rozie sedekah satu kat dia la . Indra punya terlalu bnyk . Dia beli beyblade . Kumpul duit sekolah . Pastu org rembat dia punya . Aku nk rembat siapa yg amik beyblade dia tu . Dlu pun akk main dik . Zaman budak2 . Mcm2 color and lampu

Hamz Nana Kadang2 yg amik tu pun sbab dia xmampu beli tp teringin…ada ketika kena tgok dr sudut lain jugak…zaman skrg mmg nmpak mewah tp masih ada yg xbekemampuan

Hani Comel Mat Jidin Dapat Rasa perasaan kanak2 ni…bila Kita sendiri pun nak beli sesuatu Dan Rasa sayang bila dah dpt beli

Zainal Ariffin Hassan Bole share alamat tak.. In Shaa Allah.. Ramai yg nk kasik adik ni happy bulan syawal ni…

Sa Ohh Sasyaa Dh dpt bey bru bljar rajin2 ye syg jd ank yg brjga besar nt bntu mak ayah..

Sumber: Ukhti Ya Humaira