Abang aku Mmg anak harapan Mak, belajar tinggi bidang agama tapi lepas dia kahwin mak cakap Dia Tak Balik Lagi Bagus.


Intro sikit pasal aku. Lima beradik. Abang F, Abang M, Aku, dua adik perempuan U dan Z. Mak aku single mother. Ayah masih ada, tinggal di negeri sebelah. Mak and ayah dua dua baik je, cuma jodoh la kot tak panjang. Mak duduk seorang kat rumah, aku dengan abang F duduk dekat dengan mak so selalu la tengokkan mak.

Ini cerita tentang abang M. Oh ye, semua kami dah berkahwin alhamdulillah. Abang M, kahwin dengan kawan se-universiti. Degree bidang agama. Awal-awal dulu, mak ayah bangga betul dengan abang M. Iyelah, belajar tinggi, bidang agama pulak tu. Kiranya anak harapan la.

Dannn abang M ni kira anak lelaki bongsu kan, so mak ayah memang manjakan dia sikit. Kahwin pulak dengan perempuan baik, dari keluarga baik, muka pun not bad, tudung labuh pulak of course. Sempurna bukan. Kahwin awal, sebelum kerja. So bab kahwin banyak yang mak dan ayah tanggung. Setahun lebih kahwin, dapat anak sulung. Sekarang dah beberape tahun kahwin, anak dah nak masuk 4 dah.

Awal kahwin, semua macam biasa. Abang M masih dengan perangai azali dia, manja. Macam-macam masih harapkan mak ayah. Pastu adik U ni pulak memang jenis baik and dia pun kahwin lambat sikit. Jadinya adik U ni pun dok rajin bela Abang M anak beranak ni. Bela bukan setakat jagakan anak dia ke ape, bela sampai tahap berhabis la duit gaji dia. Baju raya, baju sekolah, belanja makan, belanja bercuti, eh macam macam lagi la. Yang Isteri abang M awal-awal pun normal. Boleh la bawak diri. Time masak masuk dapur walaupun tak pandai masak. Boleh la tolong potong-potong ke basuh pinggan ke.

Tapi lepas setahun dua, both abang M dengan wife dia macam buat perangai. Abang M jarang balik jenguk mak. Kalau balik pun, dia entah kemane. Tinggal wife dia dan anak kat rumah. Yang wife ni, bangun subuh pastu senyap dalam bilik. Anak dah bangun bising nak makan, dia buat senyap je. Taktau lah tido ke pitam ke. Dan dia makin menjadi-jadi lepas bersalin anak no 3.

Dua anak first tu lelaki. Lasaknya ya tuhan, lain macam. So dah dia ignore anak-anak, mak aku la kene layan anak dia kan. Nenek mane tak sayang cucu. Layan layan layannn, dah bertahun macam tu. Mak aku fed-up la jugak. Mak kene buat breakfast. Mak kene suap anak dia. Kejap lagi dia keluar, cedok nasik, makan, susun pinggan dalam sinki. Pastu mak jugak yang kene basuh.

Yang abang M ni pun sama jugak, keluar dengan kawan, subuh baru balik. Pastu membuta sampai dah nak habis zohor. Lagi la tak layan anak. Pernah sekali masa aku sarat mengandung, kebetulan aku dan abang M sama-sama balik kampung, aku dengan perot besar, kene masak lunch sambil jaga anak sulung aku dan dua anak dia yang lasak tu. Tak berenti mulut aku kumat kamit ‘berzikir’ marahkan dia.

Yang dia dah keras agaknya dalam bilik tak reti-reti nak keluar. Kalau taknak tolong masak pun jagalah anak tu sendiri. Ayat mak aku aritu, takpelah mak masak mak basuh pinggan pun tapi anak tu jaga lah sendiri, penatlah mak nak kene buat semua. Sampai ade sekali tu aku perasan, lepas aku, adik U and mak siap masak sama sama, laju mak jalan pegi masuk bilik, aku rasa mak nak ngelak dari anak dia bergantung kat kaki mak aku mintak nasik. Kesian mak. Itu baru bab makan tau.

Bab anak dia merosakkan harta benda kat rumah tu lagi. Bersepah lagi. Pampers anak dia lagi. Mainan toksah cerita la, anak-anak dia akan jahanamkan semua mainan yang dia nampak. Mainan anak aku dan anak-anak buah aku. Kalau mainan dia, simpan elok dalam bilik. Mainan orang lain dah patah, sorok lepas tu buat taktau.

Yang aku musykil ade sekali tu mainan anak aku macam belon gitu la, aku jumpa satu part tu dah tersiat. So bocor la kan, dan aku jumpa banyak salotep kat tempat bocor tu. Salotep properly yang aku sangat yakin budak tak reti nak salotep macam tu. Aku tau anak dia yang buat sebab anak aku ada time dia rosakkan tu.

Okay persoalan dia, kalau wife abang M yang salotepkan balik, maknanya dia tau kesalahan anak dia. Common sense is, jumpa aku and say sorry kot? Ye aku cakap pasal adab. Belon tu aku boleh beli lain je pun. Sama jugak masa anak dia koyakkan bantal mak aku. Masa anak dia melesang bantal comel mak aku tu mak aku dah sound dah, kang rosak la bantal nenek tu haa. Abang M dengan wife dia aku taktau la pekak badak ke ape dorang buat taktau je. Sudahnya koyak. Bila dah koyak, wife abang M bagi kat mak aku sambil sengih2, ‘dah koyak mak’. Like seriously.

Abang M dan wife dia tak act macam orang normal. Yang abang M berlagak macam orang bujang, padahal anak dah berderet. Yang wife dia, macam tak reti jaga anak. Bila orang marah anak dia kang, dia tarik muka. Tapi dia punya tahap tak jaga anak tu, anak punya makan dia tak dulik. Anak mandi petang pun kul10 malam. Anak mandi pun dia tak tengok langsung. Tinggal gitu je.

And yes, anak dia pernah cedera jatuh dalam bilik air. Still, dia biarkan anak mandi sendiri. Aku sangat sangat curious dia buat ape dalam bilik. Pagi bawak kepetang terperap aje. Keluar bila nasik dah siap masak ajela. Siap makan kang, lepak depan tv sengah jam gitu, pastu lesap balik.

Rasanya tahun ni masuk tahun ke 9 ke 10 gitu la dorang kahwin. Banyak lagi perangai pelik dorang. Abang M bukan taktau, mak tu single mother. Patut sebagai anak lelaki, amek berat lebih sikit la pasal mak. Kerete mak rosak ke, rumah mak bocor ke, mak tak sihat ke, keperluan mak cukup ke tak. Actually kitorang ade group whatsapp, so semua masalah mak ni akan masuk dalam group tu. Dan kitorang akan bincang la adik beradik untuk uruskan masalah mak.

Macam biasa, orang lain boleh respon, atleast sumbang idea la kot tak boleh sumbang masa and duit ke kan. Abang M tidak, dia akan buat bodoohhhh je. Dia akan berbunyi kat group tu kalau ade topik bab agama, ataupun bila kitorang cakap nak pergi bercuti. Itu sajalah. And, mak aku lagi harap kat menantu lelaki dia je kalau nak mintak tolong apa apa. Abang F okay dia jaga jugak mak, cuma ade masa yang dia tak free kan, yelah paham je dah ade keluarga sendiri.

Dulu dulu mak cakap, abang M kalau tak balik pun takpelah, mak penat nak layan diorang. Few years back pulak mak cakap, abang M tak payah balik lagi bagus, mak jadi susah. Latest kalau sebut pasal abang M, mak cuma geleng kepala sambil buat muka sedih. Kecewa betul dia dengan abang M, anak yang dia banggakan dulu.

Dan adik U yang aku cakap suka bela dia anak beranak dulu pun sekarang dah menyampah. Paling adik U menyampah, kalau plan bukak puasa ramai ramai tu kan, dia sekeluarga akan sampai kat rumah mak 7.05 malam. Elok la azan 7.10 sedang elok dia sampai cedok2 nasik dah boleh makan kan. Yang ni bukan adik U je menyampah, seisi alam pun meluat. Yang adik U tu takpelah lagi. Yang aku kisahkan sangat, bila mak dah rase macam tu, macam mane la kehidupan abang M akan datang.

Jujur sekarang aku rasa kesian dekat abang M. Kesian tapi taknak buat apa apa. Memikirkan dia yang dah tua bangka, anak dah ramai, takkan tak boleh nak fikir as a parent. Ape perasaan kau kalau anak kau tak amek kisah pasal kau, pasal masalah kau. Dan jangan disuruh nak tegur dia. Ilmu agama dia tinggi, kalau tegur memang jadi gaduh aje la. Silap silap kang berpuluh tahun taknak balik jenguk mak. Aku tau sakit hati manepun mak dekat abang M, abang M tetap anak dia. Takkan dia sanggup tak jumpa abang M berpuluh tahun.

Maaf panjang lebar benau dah ni. Dengan rendah diri, saya mohon pembaca bagilah solution nak buat apa dengan abang M dan wife dia. Mak makin tua, kesian tengok mak berduka lara macam tu. Ya Allah, kau sedarkan lah abang aku sebelum semuanya terlambat Ya Allah. Amin.

– Adik K (Bukan nama sebenar) via IIUM