Nama Dr. Amalina ‘Trending’ Di Media Sosial. SAya Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Dekat Dr.Amalina Ni


Setelah lima jam berada dalam bilik pembe dahan untuk membuang tum0r seberat 200g di dalam mulutnya, adik Ainul Mardhiah kini telah sedar.

Seperti kata-kata ayah Ainul, Ahmad Safiuddin, “Apa yang berlaku adalah kasih sayang Allah SWT. Asbabnya adalah doktor-doktor hebat kiriman Allah.”

Alhamdulillah, dengan adanya pasukan doktor-doktor yang berdedikasi dan pakar, tum0r adik Ainul berjaya dibuang dengan selamat.

Bagi mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina, rakyat Malaysia khususnya pengguna Twitter menjadikan nama Dr. Amalina trending di Malaysia dengan 39 ribu tweets.
“Terima kasih doktor”
Rata-rata warga maya meluahkan kekaguman terhadap doktor tersebut yang banyak membantu.

“Dr. Amalina tengah trending sekarang. Rakyat Malaysia, jom kita hargai pengorbanan beliau yang sangat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita rakyat Malaysia). Dr. Amalina layak dipanggil superwoman,” kata Fazriyn.

“Beliau layak diberikan perhatian. Terima kasih Dr. Amalina dan pasukan. Moga Allah rahmati kamu,” kata Ain Zulaikha.

“Ainul Mardhiah, awak bayi yang cantik dan kuat. Dr. Amalina, terima kasih,” ucap Siti Nur Bayaa.
“Dulu cemerlang SPM, sekarang doktor hebat”

“Sangat berbangga dengan awak, Dr. Amalina. 15 tahun lepas awaklah pelajar yang mendapat 17A1 dalam SPM. Saya satu kumpulan dengan awak dan sejujurnya saya cemburukan awak dahulu. Tapi tengok sejauh mana pencapaian awak sekarang. Awak telah melakukan perubaan yang besar dalam masyarakat. BESAR,” kata Eddie Yusoff.

Dr. Amalina sekali lagi menjadi perhatian. Dulu ketika mendapat semua A dalam SPM, sekarang dalam kariernya,” kata Ano_Hidayah.
Semuanya bermula dengan Dr. Amalina

“Ini kerja pasukan. Tetapi ianya bermula dengan Dr. Amalina,” kata FarisHaziq64 sambil melampirkan paparan skrin kata-kata Dr. Ong seperti berikut,

“Tanpa Dr. Amalina, kita tidak tahu tentang kes ini dan sumbangan daripada rakyat Malaysia menjadikan Ainul dapat ke sini (London) untuk rawatan,” kata Dr. Ong sambil berkata “Malaysia Boleh” dengan senyuman lebar di wajahnya.

Di samping Dr. Amalina, pembed ahan tersebut dijalankan oleh sekumpulan doktor pakar craniofacial, plastik dan perunding kepala dan leher yang diketuai oleh Prof. David Dunway serta seorang lagi pakar be dah kelahiran Malaysia, Dr. Juling Ong, Pakar Bed ah Craniofacial.

Sumber: Ahmad Safiuddin, Dr. Amalina Bakri
“Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Dekat Dr.Amalina Ni..” – Bapa kagum semangat Doktor muda ini. Rupanya bukan mudah untuk Ainul ke sini

Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri. Terharu dengan usaha doktor muda tersebut!

Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ CeII Tum0r’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.

Video rakaman terkini:

 

Selepas lebih lima jam bertarvng ny4wa di bilik pembdahan di sebuah hospital di London, Ainul berjaya dalam operasi semalam dengan selamat.

Tum0r 200 Gram Dibuang, Dr. Amalina Kongsi Momen Sebak Selepas Pembdahan Adik Ainul

Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.

“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.

“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.

Alhamdulillah

“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.

Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.

Terbaru, menerusi kemas kini Instagram ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, dia memaklumkan bahawa Ainul sudah sedarkan diri selepas menjalani pembeedahan selama lima jam.