Sporting betul Ayah depa! aksi bapa pak sa anak posing buat netizen geli hati


Sudah menjadi lumrah musim perayaan, mengambil gambar beramai-ramai bagi tujuan kenangan dan untuk dimuat naik ke media sosial menjadi keutamaan pada masa kini. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, masing-masing segak menggayakan busana hari raya.
Sampai angkat kaki nak dapat shoot cantik
Menerusi satu perkongsian di Twitter oleh inajwarahman, dia telah memuat naik beberapa keping gambar semasa berhari raya bersama saudara-mara dan juga adik beradik. Menariknya, gambar-gambar tersebut telah diambil oleh bapanya sendiri yang bertindak sebagai jurufoto.


Garang betul pakcik hahaha
Walaupun hasil gambar yang diambil agak memuaskan, tetapi gaya lucu bapanya begitu mencuit hati. Gigih memastikan kedudukan anak-anak gadisnya dalam gambar kelihatan cantik, bapa Najwa begitu bersungguh-sungguh dalam mendapatkan angle terbaik untuk gambar yang diambil.


Macam-macam style!
Pengguna Twitter itu turut menyertakan beberapa lagi keping gambar hasil tangan bapanya yang boleh dikatakan agak menarik jika dilihat.

Bersyukur ada bapak pandai ambil gambar
Menerusi komen di Twitter, rata-rata terhibur dengan telatah ayah Najwa kerana begitu sporting  untuk mengambil gambar anaknya.


Ayah awak ambil gambar lagi talent dari meber aku


Sporting betul!

Gempak ayah awak

Bersungguh betul pakcik!

Sumber : INajwarahman