Akhirnya Abang botak bebas, perlu lapor diri dua kali sebulan di balai polis


‘Abang Botak’ atau Danial Tan Abdullah sudah dibebaskan dengan jaminan Jumaat lalu sementara menunggu permohonan semakan terhadap hukum4n penjar4 12 bulan yang dikenakan terhadapnya didengar di Mahkam@h Tinggi Shah Alam.

Danial dijatuhi hukum4n penjar4 12 bulan pada 31 Mei lalu oleh Mahkam@h Majistret Petaling Jaya, selepas mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan sebuah kereta.

Majistret Nur Shahira Abdul Salim membenarkan permohonan Danial, 31, yang diwakili peguam Nur Rafiuddin Mas Wari untuk menangguhkan pelaksanaan hukum4n penjar4 dikenakan terhadapnya.

Harian Metro difahamkan bahawa Mahkam@h membenarkan tertud0h diikat jamin RM6,000 dan Danial perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali setiap bulan.

Tertud0h didakwa sudah memfailkan permohonan semakan terhadap hukum4n penjar4 dikenakan terhadapnya di Pejabat Pendaftar Mahkam@h Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan kh1anat dengan menget0k cermin hadapan kereta lelaki berusia 58 tahun menggunakan topi keledar.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, jam 5.30 petang pada 28 Mei lalu.

Pendakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Kes3ksaan yang memperuntukkan hukum4n penjar4 minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 28 Mei lalu, tular di media sosial rakaman video cermin depan seorang pemandu dipecahkan penunggang motosikal yang diberi gelaran ‘Abang Botak’ akibat membunyikan hon kereta.

Kejadian itu didakwa berlaku ketika mangsa sedang memandu, namun laluannya dihalang penunggang lelaki terbabit.

Berang tindakan pemandu itu, lelaki berkenaan bertindak memberhentikan motosikalnya dan memecahkan cermin kereta menggunakan topi keledar.

Ketika ditanya oleh Majistret punca dia bertindak sedemikian, Danial berkata, pemandu kenderaan itu hampir melanggarnya dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.

” Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang, tetapi dia telah tunjuk jari kepada saya.

” Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf,” katanya dalam keadaan sebak.

Terdahulu, peguam Nur Rafiuddin Naswari yang mewakili Danial memohon hukum4n denda atas alasan anak guamnya merupakan penyara tunggal keluarga.

” Kesalahan ini adalah kesalahan pertama dan tertud0h mempunyai dua orang anak berusia setahun dan tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, kesalahan dilakukan Danial bukanlah dirancang tetapi spontan.

” Anak guam telah dikecam oleh masyarakat apabila kad pengenalan, alamat pekerjaan, alamat rumah tular di media sosial,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: hmetro & mstar