Bila Mak ayah menggal adik beradik raya rumah mertua, gadis ini sayu sambut Syawal sorang2


Menjelang sahaja Syawal, sudah pasti anak perantau mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menatap wajah ibu dan ayah menantikan kepulangan anak untuk beraya bersama.

Namun, lain pula dengan kisah gadis ini apabila kepulangnya ke kampung halaman hanya disambut dengan rumah kosong tanpa senyuman kedua orang tua.
First time raya tanpa mak abah…
Menerusi satu gambar yang dikongsi oleh gadis yang dikenali sebagai Efa Sulaiman, di ruangan komen di Facebook, memaparkan kawasan rumah yang sunyi dan sepi tanpa seorang pun ahli keluarganya.


Adik beradik beraya dengan mertua…
Gadis itu yang merupakan anak bongsu dan masih belum berkahwin tiada pilihan untuk menyambut Syawal berseorangan,  memandang adik-beradik yang lain beraya di rumah mertua masing-masing.


Tiba2 rasa nak luahkan perasaan…
Menurut Efa, di berkongsi luahan hati dan gambar di ruangan komen satu satu portal media hanyalah sekadar mahu berkongsi rasa, kerana selama ini jika pulang ke kampung pasti disambut, tetapi kali ini tiada orang menyambutnya.

Difahamkan, rumah tersebut dijaga oleh abangnya yang tinggal disitu bersama keluarga, tetapi terpaksa pulang ke rumah mertua kerana giliran beraya disana.

Ramai yang tanya. Betul ke ni komen sy. Ya. Mmg sy komen kat page oh media bila sy tgok oh media post status ni. Saje je la buat luahan perasan. Yela. Selama ni klu balik. Ada org dalam rumah ni. Tetiba malam raya balik takde orang. Takde nk mintak simpati pun. Dont worry. Ramai je syg sy. Haha. Sy ok. Rumah ni kosong. Sy g merayap rumah makcik2 saya.

Terima kasih doakan arwah mak dan ayah sy. Mmg terasa klu org tua takde. Tp hidup kena teruskan.

Tolong jgn kecam abang kakak sy. Kesian dorang. Adik bongsu diorang ni mmg penuh drama sikit. Tp dorang syg adik dorang. Tp padan muka dorang kena kecam. Sapa suruh tggl adik beraya sorang2 malam raya kan. Hahahahahahahaha.

Lg satu. Rumah ni abg saya yg duduk dgn keluarga dia. Kebetulan raya ni turn umah mertua dia. Sy yg takde mertua ni terpaksalah bawak diri. Hahahaha.

Terima kasih yg add. Yg msg. Sy tak sempat nk reply. Td pun sy tgok ada msg kt messenger yg korang send dh hilang. Maaf ye. Tak tahu kenapa. Huuuuuuuuuuuu. 

Korang yg ada isteri tu. Tak payah la msg panjang². Cari pasal la korang ni. 

Papepun. Sy ok dan sy tk buat open house sbb rumah sy ada kucing.

K bai. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Nak jemput sy beraya kt rumah. Silakan. Hahahahahaha


Coretan gadis tersebut telah menyentuh hati ramai, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan ucapan takziah di atas pemergian kedua orang tuannya.

Sumber: Efa Sulaiman