Abah, Ita minta maaf. Ita dah malukan abah. Mak cakap abah rindu kat orang. Ita pun rindu kat abah – Luahan B@nduan wanita buat ramai sebak


LAGU-lagu raya yang berkumandang di sana sini mengundang sayu dan hiba buat b@nduan yang menghuni tirai besi di Penj4ara Wanita Kajang, Selangor.

Hanya rintihan dan linangan air mata menemani mereka bagi mengubat kerinduan keluarga tercinta setiap kali menjelang 1 Syawal.

Walaupun cuba untuk tidak melayan emosi, tetapi hanya tuhan saja yang tahu betapa syahdunya hati b@nduan mengenang nasib beraya di sebalik sangkar besi itu.

 

Rozita (bukan nama sebenar) merupakan antara penghuni di Penj4ara Wanita Kajang. Dia disabitkan bersa4lah atas kesala4han pecah amanah, kerana menyeleweng wang syarikat sebanyak RM100,000.

Wanita berusia 31 tahun ini dihukum penj4ara lebih dua tahun sejak Mac 2018 dan Syawal merupakan kali kedua dia beraya tanpa keluarga dan suami tercinta.

“Bila kita kat dalam ni (penj4ara), kita tak ada sesiapa. Kita tak kenal antara satu sama lain. Jadi, sejak masuk sini saya down sebab teringat kat suami, keluarga, mak dan ayah.

“Saya anak yang paling rapat dengan mak ayah,” katanya kepada mStar ketika ditemui di Penj4ara Wanita Kajang, baru-baru ini.

 

Rozita (kiri) ketika ditemubual oleh wartawan mStar di Penj4ara Wanita Kajang.

Menghuni di rumah hukum itu, Rozita sering mengenangkan saat dia membeli sarapan setiap pagi dengan nasi lemak kegemaran ibu dan kuih apam dan cucur badak kesukaan bapanya untuk dibawa ke rumah insan kesayangannya itu.

Namun, apa yang membuatkan hati Rozita lebih sayu apabila teringatkan kata-kata ibu semasa melawatnya di penj4ara, baru-baru ini.

“Mak cakap raya kali ni tak ada apa-apa makna pun lagi untuk mak selagi saya tak balik.

“Begitu juga suami beritahu ini raya kedua tanpa saya dan dia tak beli apa-apa sebab sebelum ini saya yang siapkan semua,” ujarnya mengenai lelaki yang dikahwini sejak lapan tahun lalu.

 

Rozita tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan bapanya.

Di sudut hati Rozita sebenarnya tiada siapa yang tahu wanita ini amat merindui bapa tercinta yang masih belum pernah hadir melawatnya di penj4ara.

“Sebenarnya saya terlalu rindukan ayah. Sejak saya masuk sini, ayah tak pernah datang jenguk atas alasan dia tak kuat tengok saya dalam penj4ara.

“Abah, Ita minta maaf. Ita dah malukan abah sampai abah sakit… Mak cakap abah rindu kat orang. Ita pun rindu kat abah,” katanya sebak sehingga menitiskan air mata.

Namun jelas Rozita, dia tidak mengharapkan kehadiran bapa di penj4ara tetapi mahu insan yang disayanginya itu menerima dirinya seadanya selepas dibebaskan kelak.

 

Nur (bukan nama sebenar).

Sementara itu, Nur (bukan nama sebenar) meluahkan kesedihannya apabila menyambut Aidilfitri buat kali keempat di dalam penj4ara.

Gadis berusia 24 tahun itu menyifatkan sabitan hukuman penj4ara enam tahun kerana kes4alahan sa4mun bersen jata berkumpulan amat memeritkan.

“Tahun ni agak sedih sebab baru terasa dah lama kat sini. Saya rindukan masakan umi sebab umi saya pandai masak. Dia seorang cef.

“Kalau hari raya, saya suka makan rendang. Kalau bukan hari raya, saya suka makan ayam masak merah yang umi buat,” katanya.

 

Nur (kiri) berkongsi kisah menghuni di penj4ara sejak empat tahun lalu.

Berkongsi kisah lampau, darah mudanya yang mahu kebebasan membuatkan Nur bertindak keluar dari rumah dan tinggal bersama teman lelaki.

“Saya kurang ajar dengan mak saya. Kata-kata saya buat umi menangis, dia tak sangka saya boleh cakap macam tu.

“Saya buat umi terluka sebab keluar dari rumah selama tiga tahun. Saya keluar dari rumah, duduk dengan boyfriend,” katanya dengan nada kesal.

 

Baju kurung yang dijahit di penj4ara mengubat kerinduan ibu tercinta.

Bagi Nur, dia hanya mengharapkan pengampunan dan keredaan seorang ibu untuk mendoakannya agar kembali menjadi anak yang berguna.

“Kalau saya rindu dengan umi, saya akan tengok gambar, malahan tiap-tiap malam saya tengok gambar umi hingga timbul perasaan saya anak yang tak hargai mak.

“Saya nak minta ampun daripada umi. Saya nak umi ampunkan saya, redakan saya, tu je,” katanya sambil menambah lagu raya Air Mata Syawal dendangan Datuk Siti Nurhaliza pasti membuatkannya sayu mengingatkan ibu tercinta setiap kali tiba Aidifitri.

Semua institusi penj4ara di seluruh negara ditutup pada Hari Raya pertama dan kedua. Lawatan ditetapkan pada Hari Raya ketiga dan keempat dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

sumber: mstar