Bile aku fikirkan semula kadang rasa menyesal minta isteri buat IVF. sesungguhnya aku Tak sanggup tengok dia sak1t


Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pastinya ingin melengkapkan lagi keluarga dengan kehadiran cahaya mata. Namun, terdapat juga pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin.

Begitulah yang dapat digambarkan nasib pasangan ini apabila mereka mengambil keputusan untuk membuat rawatan IVF sebagai salah satu ikhtiar mereka bagi mendapatkan zuria4t.

Walaupun begitu, ternyata pelbagai dugaan yang harus dihadapi oleh pasangan ini sepanjang mengadakan rawatan tersebut.

Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh Wan di akaun Facebooknya yang menarik perhatian ramai hingga meraih 11 ribu tanda suka dan lebih 4 ribu perkongsian oleh pelayar laman sosial berkenaan.

Sayang, lapar ke?,”

Bini saya angguk kepala, masa tu badan dah penuh wayar, muka pun penuh dengan alat oksigen.Nak menangis pun ada bila tengok keadaan isteri jadi macam ni.Nak suapkan makanan tak boleh lagi sebab paras oksigen dia terlampau rendah.Waktu melawat pulak nak habis. Lagi la saya risau sebab makanan pun saya tak suapkan lagi kat isteri saya.

Last² terpaksa serahkan makanan kat nurse, minta tolong dia suapkan isteri sebab masa melawat dah habis, saya nak kena keluar.
Saya dan isteri ambil keputusan untuk buat 1vf bulan april lepas sebagai salah satu ikhtiar kami untuk dapatkan zuri4at.
Setiap kali hari raya, saya kesian jugak dekat isteri nak menjawab soalan sedara mara & rakan² pasal zuria4t.
Yelah, isteri saya memang minat budak², tapi ditakdirkan dia ada Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) menyebabkan hormone dia tak stabil. Kesannya, period pun tak regular.

Tahun ni kami decide untuk buat i1vf. Appointment pertama, bulan mac lepas dengan doktor pakar sa4kit puan di HUSM.1 April isteri saya dimasukkan ke wad untuk procedure oocyte retrieval selepas 8 hari saya inject hormone FSH kat pe rut isteri saya.Lepas oocyte retrieval, isteri saya mengadu sa4kit kat bahagian lower abdomen. Masa tu, pe rut nampak makin kembang.Kami ingatkan ada angin dalam pe rut, rupanya lepas doktor scan, ada air yang berkumpul kat per ut.

Masa tulah isteri saya start rasa s4akit. Dia kena OHSS.
Nak bernafas pun tak boleh sebab air dalam pe rut dah terlampau banyak. Doktor terpaksa bagi bantuan oksigen untuk bantu pernafasan isteri saya.Lepas beberapa hari, keadaan makin teruk, air dah start masuk paru². Isteri saya dipindahkan ke wad HDU untuk close monitoring.
Lepas 2-3 hari kat HDU, keadaan jadi makin teruk, doktor² pakar semua datang tengok. Muka semua risau je tengok keadaan isteri saya.

Last², doktor decide untuk buat abdominal tap. Ditebuknya per ut isteri saya untuk keluarkan air supaya isteri saya boleh bernafas.
Lepas sehari, isteri saya masih lagi tak boleh nak bernafas. Oxygen level masih rendah. Jadi doktor decide untuk buat pleural tap pulak. Sekali lagi ditebukknya paru² isteri saya untuk keluarkan air.Last sekali, isteri saya dipindahkan ke CCU untuk close monitoring 24 jam oleh nurse & doktor kat sana. Sepanjang dalam CCU, ada je orang mninggal kat katil sebelah isteri saya tu.

Masa tu saya memang risau lah sebab benda ni boleh bawa m4ut kot. Rasa menyesal pun ada saya ambil keputusan untuk buat i1vf.
Bila tengok keadaan isteri saya masa tu, saya terus teringat kat mak. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk lahirkan anak.
Betapa besarnya pengorbanan isteri saya untuk usaha mendapatkan zuri4at. Mental dan fizikal nak kena kuat.

Alhamdulillah sekarang isteri saya dah sembuh sepenuhnya. Perjalan i1vf kami terpaksa ditangguhkan dulu sehingga lepas raya untuk bagi peluang isteri saya rehat secukupnya.
Ada 30 bijik telur yang dah disenyawakan dan dibekukan. Tunggu untuk proses seterusnya iaitu embryo transfer.
Mohon doa dari kalian supaya saya dan isteri dikurniakan rezeki untuk memiliki zuri4at melalui i1vf ni.

Tambahnya lagi, kini keadaan isterinya sudah sembuh sepenuhnya dan memohon orang ramai untuk mendoakan agar mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata melalui kaedah tersebut.

Kisah yang menyayat hati ini ternyata mengundang perhatian orang ramai yang rata-rata turut membanjiri ruangan komen entri tersebut mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.
Kuatnye dugaan untuk dapatkan anak…

Semua tu aturan Allah SWT…tuan kena sabar & tabah…

Semoga dipermudahkan segala urusan

Sumber : Wan