Pelakon ini dedahkan tak mampu beli susu, lampin anak, “Balik kampung pun pinjam mak, sampai rasa nak minta zakat”


KURANG seminggu sahaja lagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelakon Reza Hasbi berdepan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.

Perkara itu disebabkan Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Habullah, 30, lebih dua bulan tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

Menurut Reza, dia juga tidak mampu untuk membeli keperluan dua orang anaknya sehingga pernah merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat.

“Saya amat mengharapkan job besar untuk teruskan kehidupan. Sepatutnya pihak pengurusan tolong promosi artis tapi tak nampak mereka buat apa-apa pun. Dah masuk dua bulan lebih saya tiada kerja.

“Sekarang ni saya duduk bersama keluarga di kampung, Kuala Kangsar, Perak dan hidup atas ihsan mak ayah, menumpang makan daripada mereka.


Reza berdepan detik memeritkan selepas lebih dua bulan tiada tawaran berlakon.

“Saya memang tiada duit langsung sampai terpaksa pinjam duit isteri untuk isi minyak. Lampin dan susu anak pun isteri saya yang keluar duit. Nak balik kampung pun pinjam dengan mak. Sampai satu tahap saya rasa nak minta bantuan pusat zakat,” katanya kepada mStar.

Selain itu, pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini meluahkan rasa kesal terhadap pihak produksi yang menguruskannya kerana menganggap menjadi punca dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Malah, terasa seperti dianaktirikan oleh syarikat terbabit.

“Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku. Seolah-olah tak menghargai bakat dimiliki anak seni.

“Ia membuatkan saya rasa sudah putus asa dalam industri bila jadi macam ni. Bila tengok kawan-kawan lain, job mereka back to back. Rasa seperti dipinggirkan.

“Saya sangat mengharap pihak pengurusan dapat buat promosi untuk saya. Tak pernah saya tak dapat job langsung. Kalau sampai bulan Julai ini tiada tawaran saya terpaksa tinggalkan bidang seni,” katanya.

Reza antara pelakon drama Dia Menantu Rahsia.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Reza turut terkilan dengan sikap sebuah produksi tempatan yang didakwa tidak melunaskan bayaran berjumlah RM5,000.

Menurut Reza, pelbagai alasan diberikan syarikat berkenaan namun sehingga hari ini tiada bayaran diterima.

“Dah lima bulan saya tunggu bayaran. Mereka asyik beri harapan akan bayar tapi sampai hari ni tiada bayaran.

“Sudah minta banyak kali sampai tak tahu nak cakap macam mana kerana sudah malu nak minta.

“Kalau anda tak dapat penuh tidak mengapa, bayar RM1,000 dulu pun saya terima,” ujarnya.

Reza dan isterinya, Rosedarlila mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhamad Risqi Danial, 2 dan Muhamad Rafie Dayan, berusia dua bulan.

sumber : mstar
‘No more!’ Bintang utama ‘Dia Menantu Rahsia’ antara pelakon bakal disenaraihitamkan

BENGANG dengan sikap segelintir pelakon Dia Menantu Rahsia yang berat memberikan kerjasama, produser Datuk A. Aida memutuskan untuk menyenarai hitamkan mereka daripada terlibat dalam drama terbitan syarikatnya pada masa hadapan.

A. Aida atau Zaidah Awang, 49, berkata, keputusan itu bertujuan untuk ‘mengajar’ mereka agar tidak berkira dengan tanggungjawab yang diamanahkan selepas ditawarkan berlakon dalam drama produksinya.

No more! Saya akan ‘blacklistkan’ beberapa pelakon dalam drama ini termasuklah salah seorang teraju utamanya kerana enggan melakukan promosi drama yang mereka lakonkan,” ujar penerbit A.Aida Production ini kepada mStar Online.

Dia Menantu Rahsia sebuah drama adaptasi novel disiarkan menerusi slot Akasia, TV3, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 7 malam.

Ia membariskan pelakon antaranya Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Fazlina Ahmad Daud, Wilma Muhammad dan Aida Khalida.

A. Aida berkata mengikut dalam kontrak yang ditandatangani, pelakon drama itu perlu melakukan promosi dengan cara menguarkan-uarkan drama berkenaan di media sosial masing-masing.

Malah ada juga sesetengah pelakon yang meminta bayaran sehingga RM3,000 untuk setiap ‘posting’ dibuat dan ia memang melampau.
DATUK A. AIDA
PRODUSER

Katanya, hanya segelintir sahaja pelakon karya itu berbuat demikian manakala yang lainnya enggan membantu.

“Mereka sepatutnya bersyukur dengan tawaran diberikan dan perlulah membantu mempromsikan hasil kerja lakonan masing-masing namun menjadi sebaliknya.

“Malah ada juga sesetengah pelakon yang meminta bayaran sehingga RM3,000 untuk setiap ‘posting’ dibuat dan ia memang melampau,” katanya.

Jelas A. Aida lagi, mereka yang mempunyai sikap seperti ini tidak akan lagi ditawarkan untuk membintangi drama terbitan syarikatnya pada masa hadapan.

Drama ini disiarkan sejak 29 Januari lalu dan diterbitkan sebanyak 28 episod.