Aku dibesarkan tanpa kasih syg mak dan ayah, separuh hidup aku dgn B1bik hinggakan bertunang dan Kahwin pun mak ayah tak dtg. Setelah ade anak, ini yang aku lakukan terhadap mereka


Assalamualaikum. Thanks admin jika kisah saya disiarkan. Dah lama jadi silent reader di page ni. Boleh panggil saya Mai (bukan nama sebenar). Saya yakin setiap orang ada impian masing-masing. Ada kemahuan masing-masing. Setiap orang lalui jalan yang tidak sama, pengalaman yang berbeza-beza.

Saya sudah berkahwin, ada anak 3 orang. Sepasang kembar perempuan. 1 lelaki. Dah nak raya kan? Ini lah masa nak jumpa semua saudara-mara. Dah 6 tahun saya cuba untuk jawab soalan,

“Kenapa tak kerja?”

“Cukup ke belanja anak?”

“Tolong lah suami cari duit”

“Tak takut ke kena tinggal suami?”

Etc. Etc.

Walaupun saya jawab dengan baik, tetap juga memaksa dan memerli status saya sebagai stay-at-home mom. Saya tak pernah menyiakan degree saya, walaupun saya sudah tak kerja sebagai pharmacist. saya anggap itu satu ilmu perubatan yang boleh saya apply untuk diri dan keluarga.

Saya dibesarkan b1bik semenjak masih bayi. Ibu dan ayah keluar kerja. Kadang pergi outstation singapore, vietnam. Tinggalkan saya dan abang saya kepada b1bik . Masa saya 4 tahun, abang saya umur 12 tahun lebih suka duduk dgn makcik. Dia ada kawan sebaya dia. Masa tu, b1bik tinggalkan saya dan lari ikut teman lelaki. Saya menangis sekuat hati , tertidur sampai ayah balik malam tu. Mengamuk ayah waktu tu.

Lepastu dapat b1bik baru, umur 8 tahun, b1bik kata nak pergi beli kelapa. Dia kunci pintu, saya main sorang-sorang dalam rumah. Lepas ibu ayah balik malam tu, perlaku kekecohan banyak barang mereka kena curi, almari b1bik kosong. Saya masa tu baru sedar yang saya kena tinggal.. tapi ibu ayah tetap upah b1bik baru.

b1bik baru.. b1bik yang paling saya sayang.. selalu peluk saya. Ibu saya tak pernah peluk semenjak dari saya kecil. b1bik tidur dengan saya, main dengan saya, simpan rahsia saya, masak untuk saya, datang sekolah masa saya bertanding public speaking atau ambil report card. Bila saya sakit, dia lah yang jaga saya.. bagi saya, b1bik itulah ibu, b1bik itulah ayah. Ibu ayah kandung? Bayang pun tak ada. Abang? Sibuk memberontak melawan ibu ayah, buat perkara-perkara tak elok.

Masa saya 14 tahun, ibu ayah stop kontrak b1bik tu. Mereka kata saya dah besar,boleh jaga diri sendiri. Semenjak tu semua urusan diri, sekolah, rumah, saya buat sendiri. Masa saya nak tunang, ibu ayah kata mereka sibuk. Suruh keluarga pihak lelaki sarung je cincin tanpa ibu ayah. Ya, saya seorang diri di rumah bertunang tanpa ibu ayah. Tarikh, dan urusan kahwin saya decide sendiri.

Masa nikah, ayah datang jadi wali. Lepas tu ayah terus pergi kerja… tak apa, saya faham. Ibu ayah tak mahu ada keluarga, jadi saya bina keluarga sendiri. Sejujurnya, benda ni effect saya kuat. Bagilah saya 1 Billion sekalipun, saya tak akan dan tak mahu orang lain jaga anak-anak saya. Tapi… orang lain, saudara sebaya saya tak faham… mereka anggap saya tak sensitif dgn perasaan mereka yang ibu bekerja.

Saya tak pernah berkata buruk tentang ibu bekerja. Buat sajalah apa mereka mahu, keinginan dia dgn saya kan tidak sama? Perbelanjaan harian, ya, kami sekadar cukup makan. Selalu saja keluar jalan-jalan ke tempat yang tak perlu pakai duit banyak. Itupun,kami dah bahagia. Rumah kami kecil, 2 bilik. Berbeza dengan rumah ibu ayah. Walaupun ibu ayah dan saudara selalu pandang rendah rumah kami, ada retak sikit, sempit. Tapi kami anak-beranak selesa dgn rumah kami. Inilah syurga kami..

Saya selalu pesan kepada anak-anak, biarlah dinding rumah retak.. janganlah keluarga kita yang retak. Orang mungkin tak faham, tapi jika mereka ada ditempat saya dibesarkan.. mungkin mereka akan faham. Suami saya ada insurans, dan simpan setiap bulan sejumlah amaun di akaun saya sekiranya berlaku apa-apa padanya. Sekiranya dia tinggalkan saya, modal sudah saya simpan untuk buka gerai.. hasil kerja masa bujang. Kalau buka gerai, boleh bawa anak-anak saya sekali. Tak mahu mereka dijaga orang lain.. itu, sekiranya KALAU suami tiba-tiba pergi..

Tapi bukanlah niat untuk terus tidak bekerja.. insyaAllah selepas anak remaja, saya akan mula bekerja semula. Cuma saya tidak mahu ketika mereka masih kecil. Itu saja… maaf kalau saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sejujurnya, saya tak mahu apa yang saya lalui, akan dilalui juga oleh anak-anak. Ibu ayah saya hanyalah satu bayangan ‘strangers’. Bagaikan hampir saja tidak wujud… perasaan ditinggalkan seorang diri di rumah.. sunyi.

Saya bernasib baik kerana masih berada dilandasan yang betul. Tapi abang, dia sudah jauh terpesong.. alkohol dan rokok bagaikan meal harian. Spm tidak ada disebabkan berhenti sekolah masa memberontak pada ibu ayah. Perempuan-perempuan dia ratah setiap hari bagai makan ayam goreng.. kalau kami terserempak, tidak ada sepatah yang keluar. Masing-masing buat hal sendiri… sedih.

Setiap ramadan dan hari raya mesti sedih.. tapi saya dah ada keluarga sendiri, keluarga mertua.. kepada merekalah saya menumpang kasih.. dan ini lah sebab kenapa saya berkeras untuk tidak tinggalkan anak-anak.. saya harap sangat mereka faham, tapi tak mungkin saya dapat cerita pada setiap seorang panjang begini.. cerita saya ni biasa saja, tetapi ia menjawab kenapa sesetengah orang pilih duduk di rumah..

– Mai (Bukan nama sebenar)