Mempunyai anak Tapi warga emas tak kisah sambut raya di rumah kebajikan kerana dipinggirkan


Umum mengetahui, tinggal dua minggu sahaja lagi buat seluruh umat Islam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang sangat dinanti-nantikan.

Tetapi suasana di hari raya akan bertambah meriah sekiranya seluruh ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Namun, lain pula kisah penghuni Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah yang terletak di Kampung Chokro ini apabila rata-rata daripada mereka berasa selesa menyambut kedatangan Syawal di rumah kebajikan tersebut.
Berhari raya bersama kawan-kawan lebih menggembirakan
Bagi mereka, teratak dihuni bersama rakan sudah cukup membahagiakan apatah lagi tidak ada siapa boleh diharapkan jika pulang ke kampung halaman.

Tambah mereka, menyambut bersama kawan-kawan lebih menggembirakan jika dibandingkan bersama sanak-saudara yang sering ‘menghiraukan’ mereka kerana menghidap pelbagai penyakit kronik.

Lebih meruntun jiwa apabila duda dari Kampung Melayu dikenali sebagai Amir Abd Rahman, 54 tahun meluahkan rasa sedih ketika dia terlantar seorang diri di rumah selama tiga bulan akibat serangan angin ahmar.

Meluahkan rasa kecewanya, Amir berkata sepanjang tempoh itu tidak ada ahli keluarga yang datang menjenguknya.

“Saya mengaku perasaan nak berhari raya bersama rakan sekampung dan sanak-saudara memang ada, tapi adakah mereka boleh terima kehadiran saya.

“Lebih baik saya terus di sini selagi hayat dikandung badan. Gelagat rakan senasib dengan saya menjadi pengubat hati menjelang Aidilfitri nanti,” katanya.

Sementara itu, Asmah Hassan, 85 tahun berkata, tetap berharap bahawa kedua anak perempuannya dapat menjemputnya untuk pulang berhari raya bersama keluarga.

Pasrah & reda jika dua anak perempuan tak bawa pulang ke kampung sambut Aidilfitri

“Baru lima bulan saya tinggal di sini, tapi perasaan rindu pada kampung membuak-buak, lebih lagi bila sudah masuk Ramadan dan setiap kali mendengar lagu raya dimainkan pihak pengurusan pusat ini.

“Bukan mahu mengimpikan pakaian serba baharu dan cantik, namun jika dapat berhari raya bersama anak-anak sudah cukup besar ertinya,” katanya.

Kisah dua warga emas ini mendapat perhatian ramai apabila rata-rata turut meluahkan rasa sebak dan simpati atas nasib kedua insan itu.
Allahuakhbar…tergamak anak2 biarkan mak ayah kat rumah kebajikan

Sepatutnya sampah tu dibunuh waktu kecik lagi…

Saya takkan sesekali hantar mak saya ke sini…

Sumber : Harian Metro