Pernah dider@ oleh ibu sendiri dan dan pengkid durjana. Tindakan lelaki ini membeli pakaian buat Hari Raya anak kecil bermakna


Akhirnya… Tuhan temukan aku kembali dengan Alia dan Aimi. Dua beradik yang dider@ ibu sendiri dan pengkid durjana.

Dari jam 8 malam hingga jam 10:30 malam aku menyantuni dua beradik ini bersama neneknya.

Sebaik sampai di supermarket aku suruh mereka memilih baju raya dan baju jalan-jalan. Baru Alia angkat satu baju, terus dia letak semula dan mencari lorong lain.

“Kenapa?” soal neneknya.

“Mahal nek,” balas Alia berbisik namun aku dengar.

Harga baju yang dia angkat itu RM79. Dia beralih pada lorong baju berharga RM49.

“Alia. Meh sini,” arahku.

Dia datang mendekat. Aku ambil baju yang dia berkenan pada awalnya dan ukur. Sedang elok. Aku ambil dan letak dalam troli.

Begitulah bila nak beli baju dan kasut lain pun. Dia cuba cari harga yang murah, aku pula terpaksa pilih pakaian yang lebih berkualiti dan cantik. Walau harga mahal aku tak kisah.

Kiriman kalian pada mereka dahulu aku jaga lebih dari nyawa aku. Amanah kalian untuk kirim pada Alia dan Aimi aku jaga sampai tiba hari ini.

Setiap mereka dapat 6-7 helai baju, pakaian dalam, stoking, sepasang kasut dan sepadang selipar. Tidak lupa pakaian untuk neneknya.

Payah juga nak pilih pakaian budak perempuan ni. Maklumlah aku tak ada anak perempuan. Nak memilihnya rambang mata weh.

Anak laki senang. Ada gambar Ben 10, ada gambar Superman terus settle. Huhu.

Entah berapa puluh kali Alia dan Aimi ucap terima kasih aku pun tak tahu. Berkali-kali mereka bersalam dan mengucup tangan ini.

“Saya doakan cikgu dan kawan-kawan cikgu dimurahkan rezeki dan sihat selalu,” doa Alia spontan dalam kereta sewaktu aku mahu menghantar mereka pulang tadi.

Terima kasih brother aku Wan Ahmad Faiz Marzuki terus run dari Putrajaya lepas habis kerja untuk ambil aku dan menjayakan program malam ini.

Walau masih dengan pakaian kerja, brother aku sorang ni terus harung saja. Padahal esok berpagian dia ada kelas di Melaka. Ni otw nak sambung mengeteh lagi kedai Awe.

Padu punya semangat. Terus kuat la kau!

Kita bangsa liat. Tidak mati dipijak-pijak. Sentiasa bangkit dengan lebih kuat.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

#DanaKITA
#MFS
– Hidup kita sementara, cubalah untuk berjasa –

 

sumber: Mohd Fadli Salleh