Setelah Diam Isu Rumahtangga Anak, Luahan Hati Ayah Bella Astillah Buat Netizen Sebak


Para peminat industri hiburan pasti sudah sedia maklum mengenai perpisahan pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Bella telah dilepaskan oleh Aliff Aziz dengan talak satu pada hari semalam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Susulan daripada itu, ramai netizen memuji apa yang dilakukan oleh Bella kerana ianya adalah tindakan terbaik yang dia lakukan demi masa depan dirinya sendiri dan anak-anak.

Terkini, melalui kemaskini di laman Instagram, ayah Bella telah memuat naik foto Bella bersama Ayden dengan kapsyen berikut:

Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja biarla orang nak cakap apa kakak masih ada kelurga yang selalu d belakang kakak susah senang hanya keluarga yang tahu yang pting jaga ayden dan besarkan dngn baik supaya jadi anak yang soleh aminn.

Ayahnya itu sentiasa mendoakan yang baik-baik buat Bella dan keluarga sentiasa ada di belakang Bella.

Menurutnya lagi, biarlah apa yang mahu dikatakan oleh orang ramai mengenai isu ini tetapi yang penting keluarga saja yang tahu susah senang Bella.

Dia turut berpesan supaya Ayden dijaga dengan baik dan menjadi anak yang soleh.

Boleh dikatakan semua netizen amat tersentuh dengan ucapan ringkas ayah Bella. Malah ramai yang memuji ayahnya yang tidak bersuara mengenai hal ini dan memberi ruang untuk Bella menyelesaikannya.

Ayah Bella dikenali dengan nama AG Astillah dan merupakan seorang komposer dan pemuzik. Anda boleh mengikuti beliau di Instagram AG Astillah.


“Aliff Aziz, insaflah jangan sampai orang azan kat telinga” – Janda mengaku pernah tanggung Aliff Aziz
FOTO bercium penyanyi Aliff Aziz dengan seorang wanita bergelar janda anak satu menjadi topik hangat dalam kalangan netizen pada Khamis.

Wanita yang dikenali sebagai Meri Meifina yang ditemui mStar mengakui mengenali Aliff Aziz di sebuah kelab malam kira-kira setahun yang lalu.

Menurutnya, penyanyi kelahiran Singapura itu pernah meminta bantuan membeli tiket penerbangan selain pernah tinggal sebumbung selama seminggu.

“Hubungan saya dan Aliff boleh dikatakan skandal dan dia tinggal dengan saya dan abang-abang angkat selama seminggu.

“Ketika itu dia meluahkan mempunyai masalah rumah tangga dengan Bella. Tetapi saya ada menasihatinya untuk pulang kepada keluarga,” katanya.

Mengulas mengenai isu bercumbu di sebuah kelab malam, Meri menganggap ia perkara biasa ketika berada di pusat hiburan seperti itu. Ia juga dilakukan secara suka sama suka.

“Itu suka sama suka. Normallah orang dalam kelab… mereka bercium.

“Bukannya kami lakukan lebih daripada itu.

“Lagipun ramai saksi ketika itu,” katanya.