Setelah 15 tahun, Beto kembali jadi Along


Mengimbau kembali zaman kanak-kanak sekitar tahun 80-an hingga 90-an, pasti masih segar dalam ingatan siri televisyen yang bertajuk A.L.O.N.G, memaparkan watak tiga maskot kucing iaitu Along sebagai watak utama, Angah dan Acik.

Siapa sangka, di sebalik maskot kucing, Along, dengan gelagat yang menghiburkan, rupanya kini adalah seorang aktor hebat tanah air, Beto Kusyairy yang disegani ramai.

Beto Kusyairy atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan bin Osman memulakan karier seni pada tahun 2001, merupakan antara penggerak utama rancangan kesukaan kanak-kanak itu.


Tugas aku untuk menceriakan kanak2…
Bermula sebagai maskot, perjalanan seninya mula berkembang dan menjadi antara aktor yang dikagumi kerana mutu dan kualiti lakonannya yang tersendiri.

Namun, baru-baru ini pelakon filem CEO itu telah memuat naik foto lamanya ketika menjadi maskot Along di Instagram, sambil mengenang kembali antara momen ketika menjayakan rancangan tersebut.
Orang yang terakhir jadi ‘Along’
Menurut Beto, dia merupakan orang yang terakhir diamanahkan untuk menyarungkan maskot Along, sebelum rancangan tersebut ditamatkan siaran pada tahun pada 2004.


Kembali sarung lagi ‘sekor’
Selepas 15 tahun tidak terlibat dalam menjadi maskot, dalam telemovienya yang terbaru sempena hari bapa, Beto berkata dia sekali dipertanggungjawabkan untuk menyarung kembali maskot dengan tuntutan watak yang lebih mencabar.


Terima kasih ceriakan zaman kanak2 kami
Rata-rata netizen yang majoritinya lahir pada tahun 90-an dan 80-an, bagaikan kembali semula di zaman kanak-kanak apabila melihat foto yang dimuat naik Beto.


Terima kasih telah mencerikan pagi saya dulu…

Tidak sangka ada pelakon hebat disebalik maskot

Seorang yang aku kagum sejak dulu lagi…

Sumber : Beto Kusyairy