Bini punya Helok tapi keluar ngan pompuan lain, alasan tak dapat bagi zuriat. apa punya laki lah.


Sekiranya diimbas kembali pada tahun ini, banyak kisah masalah rumah tangga yang ‘bagai nyawa di hujung tanduk’ dikongsi sehingga tular di laman media sosial akibat kehadiran orang ketiga.

Terbaru, seorang wanita mengalami nasib sama apabila suaminya bertindak curang dengan seorang gadis setelah mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Menerusi laman Facebook miliknya, Nur Nrhffalsml mendedahkan kecurangan suaminya, Shafiq Atan yang kini mempunyai hubungan dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Moyy.

Kau kata dah bosan, tak bagi kau anak…
so sweet.
aku yang isteri kau pun kau tak penah peluk erat macamtu.
genting pun tak pernah bawa
ayat yang menghancurkan hati aku hari terakhir aku jumpa kau, kau kata kau bosan jemu dan apa yang kau plan masa awal perkahwinan tak menjadi and salah satu darinya ialah tak bagi kau anak.
Allah, terduduk aku. menangis aku depan kau. tergamaknya kau kata sesuatu yang mcmtu kepada isteri yg selama ni bersusah payah dengan kau sejak 10 tahun yg lalu. (kawin 4 tahun)

akhirnya ini yang aku dapat selepas aku sayang dan kasihkan kau. lakukan segalanya untuk kau.

doakan aku, korang. aku sangat tak kuat.

Isteri kau pun kau tak peluk erat macam ni!

Lebih menyakitkan hati wanita berasal dari Pulau Pinang itu apabila gadis tersebut seolah-olah berbangga dapat memiliki suaminya dengan memberi kenyataan di laman Instagram.

Kalau suami orang pun, apa masalah?

Tak payah masuk campur!

Bukan itu sahaja, Nur Nrhffalsml juga dicabar gadis tersebut untuk menularkan kisah mereka walaupun cuba untuk menyimpan aib suaminya dan menyelesaikan masalah dengan cara baik.
Dia makin banyak muat naik video dengan suami

dulu.aku pernah tanya ni no siapa. katanya tak kenal
time ni hati aku memang dah rasa.rupanya pasal perempuan ni.
aku tak tahu kau nak pusing cerita macam mana lagi.
pastu semalam up kt igstory, dating kt genting. tenangkan fikiran dengan laki aku.
dalam aku berhati hati, aku kena jugak.
takde hati dan perasaan ke buat aku mcmni? 

Tabahnya seorang wanita apabila suami dirampas orang ketiga! Harap mereka dapat melakukan perbincangan dan diselesaikan dengan cara sebaiknya.

Sumber : Nur Nrhffalsml