Baru Nak Buat Surprise Tapi Mak C4mpak Pulak.. Gelagat lucu Anak Dan Ibu Ni Tarik Perhatian Netizen


Ibu merupakan bidadari pertama yang dilihat sewaktu kita membuka mata saat dilahirkan. Belaian dan pengorbanan seorang ibu tentunya menjadi kekuatan untuk kita terus berusaha supaya dapat membalas jasanya kelak. Ibu umpama guru, sahabat baik mahupun srikandi yang sentiasa cuba melindungi dan menyayangi anaknya lebih dari dirinya sendiri.

Malam tadi, tular sebuah video di laman twitter tentang momen sweet seorang anak lelaki dan ibunya. Video yang dimuat naik oleh Amirul Mustakim itu mendapat lebih dari 14,600 ulang kicau dan 13,600 tanda suka. Rakaman berdurasi saat itu menunjukkan beliau cuba untuk membuat kejutan kepada ibunya namun tidak menjadi.

Ketika itu cuaca mendung dan kelihatan seperti baru lepas hujan, terdapat seorang wanita berpakaian ungu berjalan menuju ke kereta. Wanita berkenaan membuka pintu dan terus mencampakkan beg kertas berwarna merah ke belakang untuk duduk. Wanita berkenaan tidak menyedari bahawa sebenarnya ia adalah hadiah yang dibeli oleh si anak untuk dirinya.

Menurut Amirul ketika dihubungi Siakap Keli, ibu beliau ketika itu baru selesai urusannya. Suasana yang lebat itu menyebabkan ibunya terbuku-buru masuk ke kereta tanpa menyedari hadiah yang diletakkan di tempat duduk penumpang. Amirul sebenarnya berniat hendak memberikan hadiah tersebut ketika di rumah, namun kebetulan ibunya menelefon meminta beliau untuk mengambilnya.

Amirul turut menambah bahawa ibunya sering mengingatkannya supaya berhati-hati membawa kereta.

 

Sumber : Amirul Iskandar 

Berkaitan: Anak cari telekung Siti Khadijah untuk jen4zah ibu

“NAK, mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah,” itulah antara kata-kata menyentuh emosi yang terpampang pada papan iklan di tepi jalan sehingga menjadi popular.

Populariti jenama itu menjadi tular apabila seorang pemuda berkongsi di laman sosial Twitter mengenai pengalamannya melihat papan tanda itu setiap kali ke tempat kerja.

Ia mengundang rasa bersalah jika dia mengecewakan ibunya seandainya tidak membeli telekung jenama berkenaan.

Pengasas Siti Khadijah iaitu Padzilah Enda Sulaiman berkata, slogan pada iklan itu ternyata berkesan tetapi ia bukan sekadar untuk membeli emosi pelanggan, tapi apa yang tersirat adalah peringatan buat semua supaya sentiasa mengambil berat tentang ibu bapa mereka.

“Ia mengingatkan anak-anak supaya ambil tahu. Dengan copy writing tu selain beli untuk mak dan buat mak gembira, sebenarnya mengingatkan anak-anak supaya teringat kat mak.

Antara telekung jenama Siti Khadijah yang diperagakan.

“Kalau rasa lama tak telefon mak, kita telefon mak. Kalau dah lama tak balik kampung, pergi jenguk mak. Itu antara maksud secara tidak langsung supaya kita mengingati insan bergelar ibu,” katanya ketika ditemui mStar Online di Putrajaya, baru-baru ini.

Ibu kepada enam putera ini berkata, nama Siti Khadijah atau SK diambil sempena srikandi Islam, Saidatina Khadijah yang juga merupakan isteri Nabi Muhammad SAW.

Menerusi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah), syarikat pengeluar telekung nombor satu negara itu turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah umrah dan haji.

Ketika itu hari Ahad, banyak kedai tutup untuk dia beli telekung buat urusan kain kapan jen4zah ibunya. Jadi, dia beli telekung Siti Khadijah kerana kedai kami beroperasi pada Ahad.
PADZILAH ENDA SULAIMAN
Pengasas telekung Siti Khadijah

Antara produk lain termasuk hijab, sarung lengan, abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori untuk wanita muslim.

Bersandarkan tagline Siti Khadijah iaitu ‘Lambang Cinta Abadi’, ia sebenarnya menggambarkan cinta kepada insan bergelar ibu.

“Yang pertama cinta kepada Allah SWT, kedua cinta kepada ibu dan ketiga isteri. Gambarannya ialah apabila seseorang anak belikan telekung tu untuk ibunya, perasaan ibunya macam dapat gelang emas,” ujar Padzilah.

Anak kelahiran Slim River dan dibesarkan di Sungkai, Perak ini tidak menyangka kelahiran telekung Siti Khadijah pada 2009 dapat bertahan selepas sedekad namun bersyukur atas pengembangan bisnes yang turut dibantu empat anak lelakinya.

Padzilah (kiri) bersama salah seorang anaknya, Mohammad Munzir Aminuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Padzilahyang merupakan anak bongsu daripada 13 beradik menghargai setiap doa tiak ternilai para pelanggan termasuk melihat kegembiraan mereka memakai produk Siti Khadijah.

Mengimbas memori sedekad lalu, beliau yang mahir menjahit menceritakan mengenai seorang anak yang baru kematian ibunya di Bangi, Selangor pada awal perniagaannya bermula.

“Ketika itu hari Ahad, banyak kedai tutup untuk dia beli telekung buat urusan kain kapan jen4zah ibunya. Jadi, dia beli telekung Siti Khadijah kerana kedai kami beroperasi pada Ahad.

“Dia berterima kasih kepada kami kerana ada kelengkapan untuk jen4zah maknya. Dalam kesedihan akibat kehilangan orang tersayang, pelanggan itu lega dapat mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Padzilah menghargai kegembiraan pelanggan yang menggunakan produk keluaran syarikatnya.

Selain itu, beliau dimaklumkan mengenai seorang pelanggan ke Tanah Suci Makkah dan sering diekori oleh seseorang sepanjang tempoh melakukan umrah yang tertarik dengan telekung jenama Siti Khadijah dipakainya.

Dalam peristiwa yang berlaku pada 2010 itu katanya, individu tersebut setiap masa menunggu di pintu masjid meminta telekung tetapi pelanggan saya itu tidak memberikannya. Alasan diberikan dia hanya membawa tujuh telekung Siti Khadijah sahaja.

“Pada saya, jumlah tujuh helai telekung tu bukannya sikit untuk dipakai sepanjang 14 hari di Tanah Suci. Kalau dia beri sehelai kepada orang itu, saya sanggup ganti dua helai kepada pelanggan saya tadi.

“Kejadian berlaku bukan di sebarang tempat tetapi di tempat suci dan insyaAllah dapat pahala kerana berbuat kebaikan. Tapi apa yang menjadi tanda tanya, siapa yang meminta telekung itu? Adakah ia manusia atau bukan? Mungkin ia makhluk lain diutuskan untuk menguji dia,” katanya.

Padzilah (tiga, kiri) bersama model-model pada majlis pelancaran laman web mini DahSedekad.com

Padzilah memberitahu, visi beliau sejak 10 tahun lalu untuk memartabatkan telekung ke peringkat lebih tinggi dan alhamdulillah, impiannya menjadi kenyataan.

Masyarakat kini tidak lagi memandang telekung sekadar dijual di pasar malam tetapi ia boleh didapati juga di butik-butik dengan membuktikan 30 cawangan butik Siti Khadijah setakat ini.

“Bagi 10 tahun akan datang, visi kami lebih besar iaitu kalau dahulu ia sekadar ibadah tetapi kini merangkumi gaya hidup Muslim. Kami kini mempunyai satu lagi jenama bawah SK.

“Kami mahu mengglobalkan gaya hidup Muslim, tetapi imej atau akhlaknya masih melambangkan Islam,” katanya sambil menambah Siti Khadijah telah menembusi pasaran Indonesia selain merancang untuk mengembangkannya ke Timur Tengah dan Arab Saudi.