Suami Baru saja pergi buat selamanya, Isteri Tidak Bekerja Jaga 3 Anak, Mentua Pula Rebut Semua Harta Termasuk Rumah Dan Kereta


Apabila suami meningggal dunia, isu yang sering dibangkitkan adalah berkaitan hak isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Jika keluarga suami penuh dengan belas ihsan dan kasih sayang, maka tidak timbul sebarang perebutan harta. Tetapi jika tidak, berlaku lah sebaliknya seperti kes ini.

Perkongsian oleh seorang kaunselor Normaliza Mahadi yang berpengalaman berdepan dengan kes seumpamanya ternyata menyentak hati yang membaca. Keluarga menuntut hak anak lelaki mereka yang meningggal dunia sedangkan tiada siapa yang membela nasib isteri dan anak seramai tiga orang yang ditinggalkan.

Sudahlah si isteri tidak bekerja, di manakah rasa kasih sayang dan belas ihsan keluarga mertua terhadap menantu dan anak-anaknya. Hilang suami sebagai tempat bergantung, kini terpaksa pula menempuh kesukaran untuk meneruskan hidup. Ikuti perkongsian ini seperti di bawah.

Anak lelaki meningggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi.

Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul-betul nak tanggung b4alu itu dan anak-anaknya selepas semua harta tu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah tu meminta-minta untuk makan.

Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung?

Gambar sekadar hiasan – Google

Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Meningggal hartanya direbutkan. Kesihan b4alu 3 orang anak tu.

Perkembangan terkini..

Menantu makcik ke yang telepon puan tu?

Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?

Aah. Anak makcik baru meningggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai-pandai. Makcik ikut aje.

Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang tuntut harta tu.

Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah. Makcik ikut Islam.

Iya makcik. Saya faham. Oh ya! RM3000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makciklah ya.

RM3000 apa ya puan? Eh! Kena bayar ke makcik telepon ni.

Takkkk. Telepon ni percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak charge orang susah. RM3000 ni untuk menantu dan cucu makcik.

RM800 sewa rumah.

RM400 bayar kereta

RM900 makan 3 cucu

RM200 perubatan cucu

RM300 jalan-jalan sebulan

RM400 untuk sekolah cucu

Jumlah RM3000

Ini makcik, pakcik dan keluarga kena tanggung. Sebab ikut Islam selepas anak lelaki meningggal, isteri dan cucu-cucu adalah tanggungan keluarga lelaki tu.

Kita kena IKUT ISLAM makcik. Semua perkara. Saya suka makcik sebab makcik nak ikut Islam.

Eh! Manalah kami mampu. Makcik rasa salah macam ni. Menganiya keluarga lelaki pulak.

Treetttttttttt. Makcik, Makcik, Makcik. Dah putus pulak talian ni.

Kisah masyarakat by NM.

Sumber : Normaliza Mahadi
Apa Perlu Buat, Jika Suami Meningggal
Kem4atian itu datang tanpa syarat. Sudah menjadi fitrah dan lumrah kehidupan, pastinya si isteri buntu seketika apabila suami tiba-tiba pergi menggejut. Lebih-lebih lagi jika segala harta seperti rumah dan kereta diuruskan sepenuhnya oleh suami.

Dalam keadaan baru kehilangan insan tersayang, sudah pasti jiwa dan fikiran sedikit terganggu. Maka akan wujud situasi ‘blur’ sekejap kerana tidak tahu bagaimana untuk uruskan harta pusaka yang ditinggalkan suami.

Semoga perkongsian yang disiarkan di Iiumc di bawah dapat membantu isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah yang sama.

ASSALAMUALAIKUM, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Saya nak sedekah ilmu yang ramai perlukan bila tiba masanya. Saya kem4atian suami hampir 4 tahun lalu kerana meni1ngtis atau jangk1itan kuma4n pada ota4k.

Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikom4akan akibat saw4an yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah kom4a 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.

Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya, sampaikan nak makan apa pun dia yang handle.

Alhamdulillah, Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.

1. Pencen Socso
Kalau si m44ati meningggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat.

Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir.

Alhamdulillah, majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya memang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. Loan Rumah
Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover.

Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo! Apakah?

Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau-tau dah dekat RM10k sekali dengan interest lewat bayar. Memang keji.

Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dengan pengamal-pengamal riba ni, saya settlekan semua loan. Padan muka. Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. Kereta
Ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car.

Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meningggal, bank kena continue bayar.

Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, tak adanya. Kitorang tak ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorang yang Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”.

Tak apalah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak mampu sebab loan kat bank banyak lagi, kena top up puluh ribu. Tak apa, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup.

Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila-bila kalau ada Surat Kuasa. Kalau tak ada surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. Insurans
Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yang saya nak cerita kalau si mati ambil insurance untuk org lain, like his kids and wife. Bila dia meningggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?

5. Akaun Bank
Kalau waris tahu no pin kad atm si m4ati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau orang.

Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau saya tau no pin dia kan? So, bila dia s4akit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja.

Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kepada jumlah duit dalam akaun.

Kalau ada kurang daripada RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yang sama. Jika lebih daripada RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. Surat Kuasa
Okay yang ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dalam bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sebagai bukti.

Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dengan kita selalunya. So kena pergi ambil geran sementara.

Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau tak silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dengan borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.

Lepas tu, tunggu surat untuk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang daripada RM5 juta. Saya tunggu dalam sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye.

Jangan lupa bawa dokumen sokongan macam geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si ma4ti.

Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si ma4ti ada beristeri lain? ada anak dengan perempuan lain? dll.)

Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa-apa sebab kesiankan anak-anak saya.

Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorang tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan banyak duit. Tapi kalau keluarga si m4ati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujuan semua pihak.

Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dalam tempoh sebulan rasanya. Kalau dalam RM200k, kena bayar dalam RM1000 lebih. Surat Kuasa sebagai pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lepas sebulan lebih.

Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, macam nak renew road tax dan insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok-elok dan buat salinan banyak-banyak sebab kadang-kadang pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni je kot urusan yang saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan insan tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat.

Kata-kata dari orang-orang sebegini akan membuatkan kita rasa kema4tian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal-hal dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.

 

Sumber: Iiumc