Ketika Mama Terlantar Aku Yang Menjaga Tapi Bila Dia Dah Tiada Aku Dipersalahkan Atas Sebab Abg Dan Kakak Membuat.. Tergamaknya Mereka


Bismillahirahmannirrahim. Semoga apa yang aku ceritakan ini menjadi pengajaran buat semua insan yang bergelar anak. Perkenalkan diri aku Maya (bukan nama sebenar).

Kejadian ini berlaku hampir tiga tahun yang lalu, lebih tepat lagi 922 hari selepas aku kehilangan seorang insan yang bergelar Mama. Kisah ini kembali menggamit memori apabila salah seorang daripada keluarga rapat aku menceritakan kejadian di tanah perkubuuran sewaktu mama aku dikebumikan. Ketika kisah ini ditulis air mata aku tidak henti-henti mengalir. Selamanya kesedihan dalam hati ini tidak akan pernah surut. Ma, kita rindu mama.

Ringkasnya, mama aku meninggal dunia akibat s4kit kaanser. Mama terlantar hampir 10 bulan di atas katil akibat s4kit yang ditanggung telah berada di tahap empat dan mama juga lumpuh dari pinggang ke bawah. Aku mempunyai enam orang adik beradik. Aku anak nombor tiga. Abang dan kakak aku telah berkahwin, manakala ketika itu, aku masih belajar di peringkat Sarjana dan adik-adik aku masih bersekolah.

Selamanya aku tidak akan pernah melupakan mamaku. Sehingga hari ini aku masih lagi ralat kerana tidak berpeluang untuk melihat mama aku disemadikan di dalam rumah abadi. Tetapi, atas izin Allah aku sampai juga ke tanah perkkuuburan ketika jasad mama sudah disemadikan ke dalam tanah. Rupanya kelewatan aku itu telah membuka ruang kepada hati-hati keluarga lain untuk membenciku (sebelah mama).

Anggapan mereka aku tidak mahu ke kkubuur kerana aku sudah terlalu penat menjaga mama selama ini. Aku sudah tidak sanggup memberi penghormatan terakhir kepada mama lagi. Dan bermacam-macam lagi tohmahan yang menyaakitkan hati aku yang mendengarnya hari ini. Sebaliknya, abang aku yang sedang menangis sendirian menyambut jasad tidak bernyawa mama dikasihani. Diceritakan kepada aku bahawa ketika itu, semua memandang abang aku dengan kasihan di hati. Bertanya-tanya di mana aku dan keputusan diambil untuk terus menanam jasad kaku mama dan tidak menunggu kedatangan aku. Ma, kita rindu mama.

Kesal? Sungguh aku kesal. Kerana apa? Kerana aku tidak dibenarkan pergi ke tanah perkkubuuran ketika itu. Kenapa aku tidak dibenarkan pergi? Kerana beberapa orang sepupuku (sebelah ayah) yang telah berusia daripadaku melarang aku untuk pergi dengan alasan, jemputan akan ke rumah arwah. Nanti rumah akan kosong kalau semua ke tanah perkkuuburan. Ketahuilah, jenazah mama dari HKL terus ke surau dan tidak dibawa pulang ke rumah.

Jadi, kenapa orang nak datang dan tinggal di rumah aku? Lepas selesai semuanya kan boleh datang. Dan, kenapa aku seorang yang kena tinggal? Adik-adik, kakak dan abang aku semua pergi. Kenapa aku? Sedangkan yang menjaga mama setiap hari adalah aku. Malah, abangku hanya menaiki motor ke tanah perkkuuburan tanpa mengendahkan kenderaan apa yang harus adik-adiknya naiki.

Sepupu rapatku (sebelah mama) turut mengakui bahawa mereka semua memarahi kelewatan aku sehingga hari ini (iaitu hari kisah ini terbongkar dan diceritakan padaku tanpa sengaja). Tapi, pernah sepanjang 920 hari ini kalian bertanya kepada aku mengapa aku lewat? Jika aku tiada iman, mungkin aku sudah meraung menangis ketika sampai di tanah perkuuburan kerana kalian membuat keputusan tanpa menunggu aku. Sedangkan sepanjang mama s44kit, aku yang membuat keputusan. Aku yang diamanahkan oleh semua ahli keluarga untuk membuat keputusan bukan kau yang bergelar abang, bukan kau yang bergelar kakak atau abah yang bergelar ayah. Sedih? Mat11 terus rasanya hati aku sejak jasad mama dikuuburkan.

Tapi, aku masih cuba untuk berfikiran positif apabila sepupu rapatku menceritakan kejadian itu beberapa hari lepas. Aku masih bersangka baik pada percaturan Allah. Mungkin jika aku ada di tanah perkuuburan dan melihat mama aku disemadikan sambil menyaksikan kesedihan abang aku ketika itu, mungkin aku akan bergaduh dengan beliau. Kerana apa? Kerana sepanjang mama aku hidup dan terlantar s4akit beliau tidak menggunakan peluang yang ada sebaiknya. Dan, soalan yang paling aku tidak boleh terima adalah ‘Aku nak buat apa dengan mama’. Jadi, pada aku tiada guna beliau menangis meraung meratap pemergian mama. Tak mengapa aku redha walaupun aku yang terluka dan menanggung kesedihan ini sendirian. Ma, kita rindu mama.

Itu kejadian di tanah perkuuburan. Namun, kejadian yang lebih menyaakitkan hati aku adalah selepas dua jam jasaad mama dikebumikan. Aku sekali lagi dipersalahkan dan dimarahi oleh insan yang bergelar ayah dan insan yang bergelar abang tanpa perbicaraan yang adil. Tanpa aku mampu untuk membela diri, aku terus dijatuhi hukuman. Kerana apa? Kerana insan bergelar kakakku telah membuat fitnah padaku. Dengan tegar, kakakku mengatakan pada ayahku bahawa aku tidak membenarkan beliau untuk masuk ke bilik mandi maayat untuk memandikan jasad mama. Allahu.

Demi Allah Yang Maha Esa, walaupun hati aku sangat sa4kit kerana kau yang bergelar kakak begitu tegar menyaakiti hati mama dan aku, tiada sebutir perkataan pun yang terbit dari mulutku untuk tidak membenarkan kau masuk. Banyak mata yang menjadi saksi ketika di bilik mandi m4ayat itu. Tapi, kenapa mudah sangat aku yang menjadi sasaran? Ketika dalam bilik perbincangan, aku yang disuruh mengalah dan meminta maaf. Aku! Walaupun aku tidak bersalah. Ma, kita sa4kit ma.

Tidak cukup lagikah onar yang telah kau lakukan dalam hidup aku kak? Kesedihan aku ini kak, tak pernah padam sejak mama pergi. Kekesalan dalam hati aku ini kak, tak pernah hilang sejak kau menolak untuk menjaga mama secara bergilir dengan aku. Sedangkan, kau anak kesayangan mama sejak kecil. Sedari kecil aku yang harus mengalah. Aku yang bergelar adik. Seawal usia 5 tahun aku masih ingat segala kejadian yang membuatkan aku yang harus mengalah dengan kau. Sehinggalah kau berkahwin pun mama selalu lebihkan kau. Semasa mama sa4kit pun mama sanggup lebihkan kau berbanding aku.

Tapi, tegarnya kau mengguris hati mama di saat akhir kehidupan mama. Dan, tegarnya kau mengatakan perkara yang tidak benar dengan abah. Tegarnya kau kak. Ayat yang kau ucapkan dan tidak mungkin akan padam dari ingatan aku adalah apabila kau dengan tegar menyatakan untuk tidak sanggup memeluk mama yang masih lagi bernafas kaku kerana tidak mahu menangis. Egonya kau bergelar anak. Berbanding aku yang bukan anak kesayangan ini, aku sanggup keringkan air mata aku jika untuk mama. Tapi, kau?

Pesanan buat abang aku, jadilah seorang insan yang sebenar-benarnya bergelar abang. Jalankan tanggungjawab kau sebagai abang pada adik-adik kau walaupun kau telah berkeluarga. Ambil tahu hal adik-adik kau yang masih bersekolah itu. Pesanan buat kakak aku, kau ada anak-anak, aku doakan moga anak-anak kau tidak melakukan perkara yang sama kau lakukan pada mama. Kalian tetap abang dan kakak aku walaupun aku cuba dengan gigih untuk tidak membenci kalian. Tapi, rasa dalam hati ini kadang-kala terlalu sukar untuk aku lupakan. Maaf.

Sampai hari ini, aku yang harus mengalah. Pergi melawat kau yang bergelar kakak, sedangkan kau sanggup untuk tidak pulang menjenguk abah selama 10 bulan. Buat adik-adik aku yang dikasihi, ketahuilah kakakmu ini akan berusaha sehabis daya dan nya4wa untuk pastikan kalian semua berjaya. Doa aku moga Allah menarik nya4waku ini setelah tanggungjawab aku pada adik-adik aku diselesaikan dengan sempurna. Aku rela korbankan hidup aku demi adik-adikku.

Soalan adik bongsuku beberapa minggu lepas yang bertanya mengapa aku masih tidak berkahwin sehingga kini tidak aku jawab. Kerana ketika itu, aku tiada jawapan. Tapi, kini aku punyai jawapan. Semuanya kerana aku tidak tahu sama ada masih wujud lagi ke lelaki yang mampu terima diri aku yang mempunyai tanggungjawab dan amanah yang berat ini. Berkahwin bermakna aku harus mentaati suami.

Mahukah sang suami memahami diriku yang punyai tanggungjawab pada adik-adik? Mahukah sang suami berkongsi rasa sedih dalam hatiku ini? Mahukah sang suami bersama-sama menggalas amanah dan tanggungjawab aku ini? Tak mengapalah jika tiada jodohku di dunia, aku redha. Aku akan perhambakan diri aku pada Sang Pencipta dan berjumpa jodohku di Syurga sahaja. Kerana aku percaya setiap daripada kita dijadikan secara berpasang-pasangan. Mungkin dunia ini bukan untukku bercinta dengan manusia. Aku redha.

Sesungguhnya, kalian yang masih mempunyai ibu dan ayah bersama-samalah menjaga mereka ketika mereka sedang meniti hari tua. Kurangkanlah ego kalian sebagai anak dengan mereka yang banyak berjasa dalam hidup kalian. Kepada mereka yang bergelar ibu bapa, janganlah mudah sangat menjatuhkan hukuman tanpa mendapatkan bukti yang sahih. Janganlah dibezakan kasih-sayang antara anak-anak. Kasihanilah kami yang bergelar bukan anak kesayangan.

Kepada masyarakat, janganlah kalian menjatuhkan hukumnan tanpa mengetahui keseluruhan cerita. Aku turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh confessor beberapa hari lepas yang berkaitan ibu bapa yang terlantar dihospital tanpa penjaga itu bukanlah semuanya diabaikan oleh anak-anak. Sebaliknya, mungkin ada kekangan yang dihadapi oleh anak-anaknya. Seperti aku juga sepanjang mama ditahan di wad kadang-kala aku juga terpaksa tinggalkan mama tanpa pengawasan kerana aku perlu ke kampus. Pernah juga aku dari HKL ke kampus untuk mengambil peperiksaan tanpa belajar apa-apa. Hanya kepada petugas hospitallah aku harapkan ketika itu.

Hari ini walaupun sudah 922 hari mama pergi menghadap Illahi, aku masih terasa seperti mama masih ada denganku. Setiap hari, tidak pernah jemu untuk aku menatap dan mengingati mama. Malah, setiap hari juga aku hitung untuk bertemu kembali dengan mama di Syurga. Setiap doa dan sedekah aku lakukan semuanya kerana mama. Mama, kita rindu mama. Moga mama tenang di sana. Terima kasih kepada kalian yang membaca. Moga dipermudahkan urusan kalian semua di dunia dan akhirat.

– MAYA via IIUM